Mula-mula ingat nak update Vlog. Tapi mengenangkan masih ada masa untuk membuat preparation dan editing, maka ditangguhkan dulu hasrat hati kecil ni. Then, sambil2 aku mendengar dan melayan koleksi lagu dalam pc ni, aku tergerak untuk membelek2 hasil contengan dan nukilan lama kat laman blog ni. Apa yang aku leh conclude?

Ada sesetengah perkara atau karya, yang aku rasa mcam baru je publish, turned out to be my 135th entry, which is way......... back! Then, mula lah membelek2 dan terkekek2 gelak membaca feedbacks kalian untuk certain2 entry blog. Antaranya komen yang korang dropped untuk slot Pantang Larang.

Lawak pun ada.

Terfikir. Apa yang courage aku untuk menulis dan menghasilkan karya. (Or whatever terms that you want to use). For me, the answer is simple; Kehidupan, pengalaman dan pemerhatian. Yeah... melainkan kalau korang  menulis cerpen @ novel dalam blog (macam beberapa rakan blogger aku), setiap entry tu sepatutnya dan seharusnya terkesan pada pembaca. Tak kesahlah walau ia sekadar lawak bodoh cuma. Atau barangkali hanya perkongsian ilmu dan makluman kepada pembaca yang duit gaji sudah masuk!

For me, aku cuba me-relate-kan entry2 aku dengan para pembaca. Bukanlah aku ni blogger yang ternama macam RedMummy, Ray, to name a few. Malah, aku still consider diri sendiri as blogger amatur; yang entry nya kadang2 tidak pernah serius. Kot?

Yes. You may fake your life. But faking your entries tu pada aku... tidak patut. Tak perlu korang mengubah identiti penulisan korang semata-mata untuk menjadi terkenal. Dan tak perlu mengikut-ikut gaya penulisan orang lain; ended up dilabel sebagai... penciplak?

Boleh untuk dijadikan panduan, tapi tak perlu jadi sepenuhnya sama engan orang lain. Kelak, blog yang terhasil adalah blog 'copycat' yang tiada keaslian dan identiti sendiri. Biarlah kita terkenal disebabkan keunikan penulisan dan cara penyampaian karya, dan bukan terkenal sebagai "peniru" dan "penciplak" karya.

Aku yakin tak ramai yang akan membaca sehingga perenggan ini kan? Sebab kita terlalu ego untuk menafikan realiti dan susah untuk menerima pandangan seorang insan yang.. "siapa dia ni?".




Dah lah entry takde gambar pulak tu. Bosan gila.

Gila loser!

Hahaha!

NUke

2 Comments:

  1. Faizal Sulaiman said...
    hehhee..

    samalah aku selalu menganggap diri masih amatur.banyak benda kena belajar utk improve:)

    ps:aku tak pena bosan baca entry ko:P
    keep writing ok:)
    ikanbilis said...
    hi nuke, lama tak singgah sini gak dah rindu plak.. hehe..

    salam aidifitri yer =)

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.