PETALING JAYA; 14 September 2010 - Tepat jam 1.54 pagi tadi, genaplah 22 tahun umur seorang blogger tempatan yang dikenali sebagai NUke Rude. Blogger yang terkenal dengan sikap malasnya itu kini merasakan bahawa dirinya semakin tua dimamah usia, selain menyedari bahawa hakikatnya dia kini satu tahun menghampiri kematian. Ketika ditemui di luar pejabatnya sebentar tadi, NUke Rude memberikan komen bahawa sambutan hari lahirnya pada tahun ini tidak lah seperti tahun-tahun lalu. Ini disebabkan oleh kekangan masa dirinya dan sahabat-sahabat lain untuk sama-sama turun melepak di kedai mamak untuk menikmati hidangan Neslo.
Tambah NUke Rude, "Terima kasih kepada mereka yang wish dan teringat akan hari lahir saya hari ini. Namun, saya masih belum pasti (bagaimana) akan pengakhiran cerita bersiri Ku Ampunkan Cintamu 2 itu.", ketika disoal akan perkembangan hasil penulisan ceriblog (cerita-blog) bersirinya, Ku Ampunkan Cintamu 2, sambungan daripada siri yang pertama tahun lalu.
Sambil menerima tepukan gemuruh (laa sangat..) ketika meraikan ulangtahun kelahirannya di pejabat, NUke Rude dengan rendah dirinya mengakui bahawa usia bukan penghalang untuk kita berjaya dan maju ke hadapan. NUke Rude juga berharap agar generasi muda yang baru berjinak-jinak dengan dunia blogging akan terus berusaha dan bukan sekada hangat-hangat tahi ayam.
Bersempena dengan ulangtahun kelahirannya yang ke-22, dan sehingga jam 7.53 petang, NUke Rude telah menerima 14 kiriman SMS menerusi nombor Maxis, 33 komentar & like di laman facebook, dan dianggarkan 57 ucapan selamat secara verbal sepanjang hari ini. Juga beberapa ucapan yang diterima menerusi emel. Dan bilangan itu dijangka meningkat dari semasa ke semasa. NUke Rude juga menerima hadiah sekotak coklat, 2 pasang jersey, dan beberapa helai boxer sebagai hadiah hari jadinya selain senaskah novel yang dibeli petang tadi untuk 'memanjakan diri sendiri'. (Ternyata loser, sebab beli hadiah untuk diri sendiri!)
Bagi pihak akhbar, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada mereka yang mengingati NUke Rude dan semoga kita sama-sama dikurniakan usia yang berkat oleh-Nya. Amin.
12 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
kau! terima kasih. :P
matgeo:
thanks roomie! bla mau beraya sama?
amir naufal:
apsal wish 2 kali? haha. terima kasih.
ke-22...
*dulu exam pts kerr
ps; ye ko dah start Ku Ampunkan tu, ko kena setelkan:PPP
zhu ni shengri kuaile!!
Hurm.. Tu no umah aku la...
Hahaha.. Selamat hr lahir ye
Nuke..
panjang umur dan terus giat update blog =)
terima kasih sebb masih ingat dan mnyampaikan ucap selamat.
:)