Seperti yang korang sedia maklum, kehilangan aku tempoh hari lepas disebabkan ketidakupayaan aku untuk membayar bil broadband. Bukan sebab aku kena buang kerja, tapi cuma status kewangan aku yang tak mengizinkan. Maklumlah, sejak-sejak dah ada tanggungan ni, macam-macam benda nak kena consider. But, itu tak bermakna aku tak boleh nak berblogging, menggunakan kemudahan yang lain kan? Heheh!

(sekarang ni, aku dah tak nak jadi baik sangat kat office. Sekali-sekala kena tunjuk kejahatan jugak!)

Siapa suruh korang abaikan salary aku kan?

Okay. Back to main idea untuk entry kali ni. Macam zaman sekolah rendah dulu. Sure akan ada satu tugasan karangan oleh Cikgu BM untuk Murid Tahun 3. Arahannya berbunyi cenggini lah lebih kurang:-

"Anda dikehendaki menulis satu karangan bebas. Akhirkan karangan anda dengan ayat 'Rupa-rupanya...'"

Cek Gaji Aku

Aku merenung dalam tajam pada setiap butiran huruf setelah aku membuka menyemak akaun bank menerusi laman maya Maybank2u.com. Hairan dan pelik apabila aku mengenangkan baki di dalam akaun itu masih sama seperti kali terakhir aku mengeluarkan RM30.00 terakhirku tempoh hari. Bagaimana bakinya masih lagi RM16.68 sedangkan ketika itu sudah pun masuk waktu berbuka puasa hari Rabu, 1 September 2010. Persoalan ini mengganggu emosi dan fikiranku selaku pekerja yang baik, apatah lagi mengenangkan sejumlah bil yang masih belum dijelaskan. Jatuh reputasiku sebagai pengguna dikalangan pemiutang-pemiutang durjana.

Aku tekad untuk menya menanyakan akan hal ini kepada akauntan syarikat. Ya lah! Mana mungkin aku seorang sahaja yang belum menerima gaji bulan Ogos, sedangkan rakan-rakan lain semuanya sudah dapat! Ada yang siap membeli kuih raya lagi!



Best ke baca? Malas lah aku nak sambung! Lagipun time rehat kat ofis dah habis! Ok fine, utk tak mengecewakan korang, ending karangan aku camni:-


Rupa-rupanya, cek aku tu tak clear lagi sebab salah tulis amount!!!! Officer bank tu da bagitau our accounts since MONDAY ok!!! And aku baru tahu pasal hal ni bila???? PAGI tadi!



NUke

4 Comments:

  1. Faizal Sulaiman said...
    memang sepatutnya ekau marah la jang.hehehehehehe

    kalau aku pun berangin juga derr
    iyllienaz said...
    amount tu silap terkurang or terlebih??
    matgeo said...
    Dugaan bulan ramadhan..
    Mel said...
    LMFAO! typical of ur accounts.. :P

    skrang dah masuk ke?

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.