Siri 4
Mata Asyraf ligat mencari kelibat dan bayang Xyryll di Kafe C yang semakin penuh dengan kehadiran pelajar-pelajar lain yang turut sama mahu menikmati makan tengah hari. Sehinggalah dia tersedar dan terperasan akan lambaian yang diberikan oleh Xyryll, di satu sudut kiri kafeteria, tak jauh dari tempatnya berdiri.
“Nak makan apa?”, soal Xyryll yang memperbetulkan dirinya setelah Asyraf melabuhkan punggungnya ke atas kerusi plastik dan meletakkan beg galasnya di atas meja. Xyryll yang berbaju Tee ringkas dipadankan dengan jeans biru lusuh menguntumkan satu senyuman kepada Asyraf.
“Aku order nasi ayam boleh?”
“Double!”
Sambil kakinya melangkah laju meninggalkan Asyraf bersendirian di meja, Xyryll sempat menoleh dan mengenyitkan mata. Menyebabkan kedua-duanya tersenyum, dengan maksud yang diketahui mereka berdua cuma.
Dan perlakuan mesra mereka ini dilihat oleh Meor dan Nuh yang duduk berhampiran, berselang tiga meja daripada kedudukan Asyraf.
--
6.12 petang.
Kasut hitam Adidas pemberian abangnya sempena hari lahir tahun lalu, dikeluarkan dari simpanan loker. Sambil itu, Asyraf terbongkok-bongkok mencari sepasang stoking bersih yang telah pun dicuci beberapa hari lalu. Sambil berlalu menuju ke pintu, Asyraf mempelawa Fadhiri untuk sama-sama bersenam dan berjogging bersamanya. Ditambah pula dengan perasaan malas yang menyelubungi diri petang itu.
Fadhiri bersetuju untuk sama-sama mengikutinya. Berbeza dengan tahap keimanan mereka berdua, Fadhiri semestinya lengkap dengan seluar trek yang panjang dan menutup lutut, manakala Asyraf selesa dengan three-quarter putihnya, yang dipadankan dengan baju hitam bercorak ringkas.
Perbualan ringan di antara kedua sahabat itu berterusan sambil mereka melakukan regangan awal di perkarangan kluster asrama. Sebelum memulakan larian perlahan, mengelilingi kawasan kolej.
“Asyraf… Kalau aku tanya sikit, kau jangan marah ya?”, sapa Fadhiri.
Mengangguk, sambil memperlahankan sedikit lariannya, memaksa Fadhiri untuk turut sama mengurangkan kelajuan.
“Apa dia?”
“Kau dengan Xyryll tu okay ke?”
Berdengus; melepaskan sejumlah nafas.
“Maksud kau?”
“Maksud aku… Kau dengan Xyryl…”
“Aku tengok macam ada something saja.”
Asyraf membalasnya dengan senyuman. Lariannya diperlahankan, sehingga masing-masing mulai berjalan. Lelehan peluh di dahinya dikesat mudah menggunakan tangan.
“Kau couple dengan dia eh?”
“Korang ni gay ke?”
Berhenti.
“Mengarutlah!”
Dan mula berlari, perlahan-lahan dan sedikit laju, meninggalkan Fadhiri yang sedikit penat di belakangnya. Asyraf kemudian menoleh dan member isyarat kepada Fadhiri untuk sama-sama berlari bersamanya.
Dalam masa yang sama, Xyryll ke bilik Hazieq, rakan sekelasnya untuk membincangkan tugasan berkumpulan bagi subjek Bahasa Inggeris. Dalam pada mereka melakukan perbincangan itu, rakan sebilik Hazieq pulang dari kompleks sukan, setelah selesai bermain tenis.
“Mak aih! Ramai betul orang!”
“Guys, kenalkan. Ini roommate aku…”, ujar Hazieq, memperkenalkan rakan sebiliknya itu kepada sahabat-sahabatnya yang lain.
“Ryll, meet my roomie!”
Bersalaman.
“Xyryll…”
“Meor.”
--Bersambung…
p/s: Disebabkan kesibukan raya, maka penulis terlupa nak meng-auto-publish kan siri KAC2 ni. Maaf zahir dan batin.
# Komen dan beri pandangan anda berkenaan kisah KAC2 ini. Komen yang 'jujur' dan menarik akan disiarkan pada pengakhiran siri KAC2 dan pengirim akan diberikan peluang untuk menyiarkan satu 'entry' di laman NUke Rude Blog.
NUke
dalam topik : ku ampunkan cintamu 2, novel
2 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
sebenarnya setting citer ni lebih kepada budak asrama kan, nuke? so no wonder depa (sama lelaki) will fall in love sebab hormone tak berapa nak stabil besides sometimes nak suka2 each other.
citer ni ada moralnya..bukan bermakna aku menyokong gay tetapi setiap manusia tu dikurniakan perasaan sayang..tp seharusnya di dalam Islam, perasaan sayang itu haruslah di berikan kepada yang hak (lelaki sama perempuan), etc.
heh nuke, kalau ko betul2 concentrate pada citer ni, boleh jadi epik cinta woo.hehehe.
sekadar meluah pandangan sebab aku selalu tinggalkan komen seciput cuma.lalalala