Waktu tu, jam dah melewati 5.30 petang. Aku terus meng-shut-down-kan pc sebab aku kena balik on-time. Kalau stay lama2 pun, tiada overtime. Jadi, kita kena patuhi masa. Cewah! Padahal balik awal sebab kat luar tu, awan dah makin gelap. Sambil-sambil aku nak ambil punch card, Fadli lalu dan menegur aku. "Awan dah lain macam dah ni... kena balik cepat ni!". Aku rasa perbualan tu hanya kami berdua saja yang faham. Sebab kami menunggang motor ke tempat kerja.

Dalam hati mulalah berkata "Harap-harap biar lah aku sampai rumah dulu baru hujan.", dalam masa yang sama, hati juga dah mula bernyanyi lagu Shahir, Kebahagiaan Dalam Perpisahan. Naik saja motor, terus hatiku gembira menyanyikan chorus lagu tu.

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum bunga yang layu pada musim luruh,
Yang dulunya mekar disinar suria,
Bila sudah kering pasti akan gugur...

Berulang-ulang menyanyi lagu tu sepanjang perjalanan balik. Ada ketika, aku selang-selikan dengan lagu Bad Romance. Tapi sekejap saja lah, sebab nak buat suara macam Lady Gaga, takut driver lori yang pintas motor aku kat LDP tu dengar. Karang mula lah dia nak confuse, takut-takut aku ni penyanyi asal lagu tu.

Bila dah menghampiri Kepong, aku dah berimaginasi yang aku akan kuyup dibasahi hujan rahmat. Dalam hati mula lah berkata. "Tak sempat aku nak sampai rumah ni. Perlu ke aku singgah Shell kat depan Tasik Metropolitan tu?". Dalam masa yang sama, teringin juga nak withdraw duit sikit. Bukan sebab gaji dah masuk... cuma mengenangkan Appeton Weight Gain yang aku beli haritu dah nak habis. Sedar-sedar je, aku dah terlepas pun stesen minyak Shell tu.

Gamble.

Bak kata orang-orang putih. Chop!! Itu tak bermakna aku ni racist. But, of course la, aku ni mengamalkan sikit sifat sisih-sisih warna ni. Bukan warna kulit. Cuma warna-warna di dinding. Mengenangkan hal itu, hati mulalah mengenangkan peristiwa kat ofis siang tadi. Perihal warna kulit dan diskriminasi.

At the same time, lagu Shahir tu tetap aku nyanyi.

Balik rumah dalam keadaan kering. Syukur Alhamdulillah. Terus saja aku decide untuk baca New Malaysian Essay 1 yang aku beli haritu. Layan juga. Sambil-sambil hati mendendangkan lagu Shahir, minda aku juga cuba memahami dan menjamah butir-butir penulisan Amir Muhammad & Brian Yap tu. Anyway, baru baca chapter yang bertama. Beratus-ratus muka surat lagi untuk dijamah.

Memandangkan dah masuk maghrib, mulut pun secara automatiknya menghentikan nyanyian lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan. Sambil menyedari hujan dan petir semakin berkurangan, aku pun on kan pc dan biarkan selama beberapa minit. Tak sempat MSN Mesengger tu nak pop-up, aku dah klik Maxis Broadband untuk on-line. Niatnya cuma nak check facebook, tapi tangan ni gatal2 membuka blog pulak. Habis je azan, aku baca lah doa dulu, sebelum sambung nyanyi lagu Shahir. Tiba-tiba rasa nak dengar lagu Miz Nina & Colby O'Donis. Bukan apa, aku suka dengar mat saleh tu pronounce 'Kuala Lumpur'. Macam berbelit je lidah dia. Susah bebenorke nak sebut Kuala Lumpur, kata hati aku...

Lepas layan video klip Mizz Nina, hati pun berkata, "Hang ni bila nak pi mandi? Solat pun dak lagi..."

Aku pun pergi la mandi dan solat maghrib, tu pun setelah menyedari akan muzik tema Buletin Utama kedengaran dari ruang tamu. Maknanya, dah pukul 8 la tu. Berdosa betul aku sebab melewatkan solat.

Sekarang ni, aku duk gigih nak update blog sampai sanggup tahan lapar dulu. Hati pun mula lah berkata...


"Hang nak tunjuk hebat konon...."

"Hang bajet ade pembaca nak komen..?"




Nak marah pun tak boleh. Sebab yang berkata tu pun hati aku.


"Eh! Hati... Hang rasa la kan... Mizz Nina baca tak blog aku lepas ni?"

"Hang toksah nak berangan lah!"

NUke

6 Comments:

  1. AkuAyie said...
    wah! smpai tahan lapar tu! :D
    tenkiu2...bertuahnye, dpt menjamah blog entri ko dua kali sehari hari ini. Hahaha...

    eh..psst.. appeton weight gain tu berkesan ke? dr dulu nk try, tp x penah try pon...
    Faizal Sulaiman said...
    tak sangka aku baca cecehan ko sampai abes.hehehehe.

    aku tetap baca, bro!hehe

    ko sibuk nak naik berat, aku sibuk nak turun berat.hehehehehe
    Mel said...
    penyanyi asal Bad Romance? HAHAHAH! u wish la...

    eh xde pakai safety belt ke? nak kena ni!
    NUke_Rude said...
    ayie:
    hahah. tima kasih. tima kasih.. eh, aku try weight gain tu elok je. hahah.

    faizalsulaiman:
    oh.. ko baca sampai abis?? kagum! aku rasa, aku pun mcm malas nk baca sampai habis entry aku ni. hahaha.

    lissa:
    ya ya ya.. u jeles kan? DENGKI. haha. nway, i pakai la belt tu. u je tak nampak. so, u kna blanje pizza this saturday!
    iyllienaz said...
    alaa..xperlu kot miss nina baca..asalkan miss j tetap baca..haha
    Unknown said...
    hahaha...
    1.kagum sbb ko akhirnya o ader fb seblm ni ko ckp ko tk der fb..

    2.hahaha...kagum kali kedua sbb blh baca sambil hati besenandung.

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.