Siri 3
Dalam kelas tutorial Matematik Puan Roslinda itu, jemarinya ligat menyalin soalan-soalan tutorial yang ditulis pensyarahnya itu pada papan putih. Kesemua soalan itu dirasakan mudah untuk dijawab, justeru membuatkan dirinya sedikit leka dan mulai hilang dalam angan yang tidak pasti mana hujung pangkalnya.
Ada ketika dia memikirkan menu makan tengahari yang diingin, memandangkan Xyryll yang akan membelanjanya.
“Kalau aku order nasi ayam double pun okay juga ni…”
Tanpa disedari, monolog dirinya itu didengari oleh Puan Roslinda, yang kebetulan lalu bersebelahan dengannya.
“Hai??”
“Punyalah saya ingat awak ni fokus memikirkan jawapan untuk soalan tutorial saya tu, rupa-rupanya memikir pasal apa benda yang nak di-order untuk tengahari nanti??”
“Bertuah punya anak!”, telatah bersahaja Puan Roslinda yang digeruni dek kerana ketegasannya itu sedikit sebanyak melucukan beberapa pelajar perempuan yang duduk berhampiran Asyraf. Terkejut dengan teriak pensyarahnya itu, Asyraf kemudiannya menunduk malu dengan muka kemerahan. Apatah lagi selepas itu dia dihukum untuk menyelesaikan tujuh daripada lima belas soalan di hadapan kelas tutorial. Itu pun disebabkan masa yang diperuntukkan telah tamat.
--
“Lawaklah kau ni Asyraf…”, tegur Pugneswary sambil memperbetulkan selendang yang dikenakan bersama sari hijaunya itu. Buku-buku nota yang diletakkan di kerusi sebelah diambil satu-persatu, sebelum dimasukkan ke dalam beg galas.
“Ye lah tu lawak. Korang memang suka tengok aku kena denda kan?”
“Alah. Okay lah tu. At least you have helped us answer almost all the questions given by Kak Ros kita tu…”, Noradilah mencelah.
“Jom lunch! Kita makan nasi ayam…”, kata seorang lagi rakannya, Meor.
“Double!”, sampuk Nuh dari belakang.
Gurauan yang dimulakan Pugneswary sambil berjalan di kaki lima Bangunan Tutorial 2 itu turut disertai dengan gelak tawa rakan sekelasnya yang sememangnya ‘havoc’ dan ‘sporting’. Masing-masing menuju ke Dewan Kuliah 1 untuk menghadiri kuliah Kimia.
--
2.15petang. Kuliah dua jam itu sememangnya terjangka untuk tamat dengan lebihan masa. Semuanya gara-gara pop quiz mengejut; menyebabkan hampir semua pelajar kalut dan mula menggelabah dan mencari jalan untuk meniru. Dan yang pasti, tactic melengah-lengahkan diri untuk menghantar kertas jawapan itu sememangnya memberikan lebih banyak peluang untuk mereka untuk meniru jawapan pelajar-pelajar lain.
“So, kau nak join kita orang makan tak ni?”, tanya Noradilah kepada Asyraf, Meor dan rakan-rakan sekelas yang lain.
“Siapa lagi yang join?”
“Aku, Meor, Pugnes, Che Wan… dengan Nuh.”
“Korang pergi lah dulu. Aku tak dapat join kot. Aku lunch dengan Xyryll.”
“Okay then. Jumpa kat kelas petang nanti!”
Melambai perlahan sambil tersenyum. Beg hitamnya itu digalas di sebelah bahu kanannya, menuju ke arah Kafe C yang sama dituju oleh sekumpulan sahabatnya itu. Asyraf berjalan sedikit perlahan berbanding mereka. Sesekali dia terperasan Meor menoleh ke arahnya sebelum kembali berborak bersama Nuh.
Nuh juga berpaling. Senyum. Memandang Meor. Senyum. Berpaling semula memandang Asyraf. Toleh ke hadapan.
“Apsal pulak dengan dia orang tu?” bisik Asyraf.
Bingung.
--Bersambung…
NUke
dalam topik : ku ampunkan cintamu 2, novel
4 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
adakah ketahuan??
nexttt
hihi