Heh! Baru 3 hari tak udpdate blog! Rasa macam dah lama je. Anyway, kepada pengikut siri KAC2, akan ada sambungannya tak lama lagi, insyaAllah. Jadi, hari ni aku nak berkongsi dengan para pembaca blog, akan cara-cara memasak Megi Kari - Claypot Style.

But of course, aku tukar2 skit style masakan, menggunakan bahan-bahan dan benda yang mudah didapati di dapur setiap rumah. Semuanya sangat mudah, dan boleh siap dalam masa yang singkat. So, aku harap, korang dapatlah meluangkan sedikit masa untuk mencuba Megi Claypot ni.

Megi Kari - Claypot Style

Konsep Asal : NUke Rude
Olahan : NUke Rude, Angah, Alang
Jurugambar : Angah, NUke Rude


Cara-Cara:-


1. Sediakan mi segera, apa-apa jenama pun boleh, mengikut selera masing-masing.


2. Panaskan periuk claypot a.k.a Lesung Batu, pada api yang sederhana besar! Saiz lesung batu, mengikut kuantiti mi segera yang ingin dimasak. Kalau banyak, gunalah yang besar!


3. Tumiskan mi segera itu, dengan packaging nya sekali. Make sure, serbuk kari / perencahnya sama-sama ditumis. Kecilkan sedikit api, jika perlu. Anda juga boleh memasukkan segala macam daun2, sayur2, atau telur sebagai penambah rasa. Masak sehingga 2 - 3 minit.


4.  Ta-da! Dah siap. Dan sedia dinikmati!


5. Juga boleh dinikmati dengan air sejuk kalau rasa megi tu panas!!




Selamat mencuba. Hahaha!!


NUke

9 Comments:

  1. Anonymous said...
    sengal...haha!

    nnnana
    Faizal Sulaiman said...
    hahahahaahahahahahahahahaha

    sumpah aku gelak kuat2..modal jugak ni buat entry.hehehehehe
    iyllienaz said...
    katakau la kannn..
    a.t.O.k. said...
    macam mana kau tumis sekali dengan bungkus megi?
    Unknown said...
    nak cakap maggi goreng bukan..maggi basah berkuah pun bukan...

    hahaha...aku takut terkena virus klu try resipi ko..hahahaa
    NUke_Rude said...
    nnana:
    hahah.. ko jgn lupa mencuba!

    faizalsulaiman:
    heh! hanya di nuke rude blog ya. haha!

    iyllie:
    hahahahah! ye la!!
    NUke_Rude said...
    atok:
    hahah.. segalanya mungkin... dengan periuk claypot! hahah!

    tengku:
    hahahahaha. ala, aku rasa virus pun x brani nk landing kat periuk claypot aku tu. hahaha!
    Anonymous said...
    Menarik resipi nih.. tapi x sanggup nak try... hahaha -Ferdi-
    NUke_Rude said...
    Ferdi:
    hahaha. baik ko cube weh.. dijamin....





    ...entah!

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.