Heh! Aku tau, hari ni, 10 Oktober 2010, pasti ramai blogger nak buat entry khas and schedule pada 10.10 pagi or 10.10 malam. Sama lah macam aku dulu, tahun lepas, buat entry pasal 09 September 2009. Anyway, tahun ni, aku macam malas je nak buat entry macam tu. Bagi lah peluang orang lain pulak kan?

Angah cakap, aku ni mementingkan hujah yang logik untuk menerima sesuatu info. Mulanya, aku macam menyangkal dalam hati, sebab aku rasa aku macam boleh adapt je dengan semua info dan berita yang aku terima, sampai lah ada satu ketika yang mana perbincangan antara aku & kawan2, selalunya akan mengambil masa yg lama... semuanya sebab aku yang mahu penjelasan yang detailed dan berinfo. Entah apa-apa. Moral of the story, kalau kakak kau tu dah kata kau tu macam tu.. kau terima je lah! faham?



Fight #1 : Ayam Fast Food CKF (Bukan Nama Sebenar) Tak Dibasuh!

Ibu buat story-telling kat aku lepas dinner tadi, dia kata ada someone kat kampung cerita (one of the kampungers tu kerja Manager CKF) yang mana ayam2 kat restoren tu tak dibasuh terlebih dulu. Ayam tu terus diperap dengan 11 (bukan nilai sebenar) rempah rahsia, sebabtu lah rasanya sedap! Ibu juga mengexagerrate dengan mimik muka sambil berkata, "entahkan ayam tu disembelih dgn cara betul atau tidak..?". Tambah bonda, "Manager itu sendiri tak nak makan ayam2 tu...".

Aku fight! Aku kata, as a Manager kat CKF, mana leh makcik/pakcik tu buat story macam tu sebab itu akan reflects pada imej restoren. Logically, kalau ayam2 tu semua tak diproses mengikut kaedah pengurusan makanan secara Islam, masa kan restoren tu boleh dapat Sijil & logo Halal? Or, simply thinking, kalau cerita buruk pasal restoren sendiri kat clients, of course takkan ada yang akan datang. So, restoren pun tak laku. Ended up, manager tu jugak kena buang kerja! Kan?

Setelah 5 minit masing2 memberikan pandangan dan ego, maka keputusan telah dicapai. Pemenangnya ialah... IBU!

Sebab dia ibu, dialah yang menang! Gila apa kalau aku nak membangkang lebih2, dah lah dia tgh bancuh air Nescafe, kang tak pasal2 aku dapat cium aroma saja. Lagipun dia kan IBU.

Fight #2 : What's the point of cukur-ing bulu ketiak, Ended up dia tumbuh balik?!

Kawan aku kata, reasonnya supaya syaitan tak bergayut kat bulu ketiak! Dia cakap aku bengong! Sorang lagi member tanya aku balik, lbh kurang camni lah "Kenapa sibuk utk survive, ended up akan mati juga?". Dan ada juga kawan suruh aku blog about it.

Aku fight! Aku berstuju dengan part syaitan tu. Bila difikir balik, agak seram juga kalau ditakdirkan kita boleh melihat syaitan sedang bermain buaian yang dibuat dari bulu ketiak yang panjang! Tapi, aku tak puas hati sebab dia panggil aku bengong! Aku ni ngeng je! And pada member yang kedua tu pulak, aku tak puas hati dengan soalan dia! Dah lah aku yang tanya soalan mula2, ended up dia pulak tanya aku balik! Ape ni weyh! Dan kawan yang terakhir pula, ini lah dia jawapan aku, terhasillah entry ini.

Keputusan: Aku Menang! Sebab kalau dilihat, perbincangan terfokus pada jawapan yang korang berikan, dan bukanlah pada bulu ketiak yang panjang!

Fight #3 : Perkahwinan Sheikh Muszaphar, Angkasawan Negara

Tahniah Astronaut sebab berkahwin juga anda! Moga berkekalan hingga ke alam syurga yang kekal abadi! Kalau angkasawan nak tau, saya lah yang berdiri pegang banner UKM sewaktu menyambut ketibaan angkasawan di KLIA dulu2.

J call and tanya kalau2 aku tgk 'Perkahwinan Kayangan Angkasawan Negara' tu...? Aku jawab, tak. Sebab keluarga saya sedang menonton acara Lawn Bowl Sukan Komanwel 2010. Aku tanya dia balik, dia tengok ke rancangan perkahwinan tu? Adakah dia rindu kat aku setelah melihat wajah Angkasawan itu? Adakah mukaku mirip muka angkasawan tu?

Dia jawab tak. Aku suruh dia berkata jujur. Dia kata, tak baik menipu.

Pememangnya: J. Sebab dia kan J.


NUke

2 Comments:

  1. AkuAyie said...
    sygnyer ko kt J...hehe...

    weh, kalau x silap, lelaki xleh cukur bulu ketiak sampai habis. Trim bolehlah. Hehe..
    utk yg lebih konpem, pi tnye ustaz :D
    Faizal Sulaiman said...
    hehehehe..sometimes kena beralah utk menang juga.

    bagi peluang pun sama jugalah.ahahaha

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.