Ingat tak jingle tu? Dalam iklan milo dulu-dulu ada jingle ni:
"Minum Milo, Anda Jadi Sihat... Dan KUAT!!"
Tak ingat? Never mind.
Anyway, aku rasa kebanyakan korang yang lahir pada tahun yg lebih kurang dgn aku, pasti merasa dan melakukan perkara yang sama. Waktu aku tadika and sampai lah habis sekolah kebangsaan, aku ada satu habit dan perangai. Yang mana, aku rasa ianya diperturunkan daripada kakak2 aku, sampailah ke abang aku, dan aku menurunkan perangai itu kepada adik aku yang sorang tu.
Makan MILO.
Selalunya hari Sabtu lah. Sebab tak sekolah, atau lepas habis aktiviti ko-kurikulum, dan sesudah makan tengah hari, adik-beradik aku akan lepak kat ruang tamu untuk layan cerita hindi. Dulu2 kat TV3 ada 'Panggung Sabtu'. Zaman aku skool dlu, pelakun Kajol, Karisma Kapoor, Anil Kapoor, Sanjay Dutt, Aamir Khan, dan segala macam Khan tu semuanya tengah up! Dan yang kongker TV, surelah akak2 aku.
Dan dialah yang memperkenalkan tabiat makan milo tu kat kitorang ni.
Amik cawan, bubuh Milo barang 4 - 5 sudu, lpas tu mngadap TV dan nikmatilah Milo itu. Kalau nak lagi best, tambah susu sikit. Zaman dlu, ibu beli susu F&N. Layan kan saja.
Flashback.
1996. Darjah 2. Sabtu. Lebih kurang 3.15ptg.
Kerusi dapur ditarik rapat ke kabinet yang menempatkan gula, periuk nasi, horlicks, dan tin MILO. Seorang budak lelaki yang hensem dan comel memanjat kerusi itu dengan harapan utuk menikmati Milo. Milo yang dikunyah halus dengan campuran susu F&N sememangnya menjanjikan senyuman manis pada petang yang panas dan bosan itu.
Langkah budak lelaki yang hensem & comel itu tidak dapat didengari dan dikesan oleh sesiapa. Dia merasa gembira dan berhajat untuk menambahkan lagi serbuk Milo ke dalam cawan plastik yang sudah pun dibubuh susu F&N itu. Sehinggalah kedengaran pintu dikuak oleh (arwah) Wan (panggilan kami utk Nenek).
"Eh! Laa... Baik-baik.. nanti jatuh!!"
Budak lelaki yang hensem & comel itu terkejut dan disebabkan itu, cawan yang berisi serbuk Milo itu hampir-hampir terjatuh ke lantai. Matanya bulat memandang Wan. Dan dia tersenyum. Kantoi...!
"Apsal tak bagi tahu Wan.. Nanti Wan buatkan air Milo untuk kau...", Wan dengan selamba neneknya 'merampas' cawan itu lalu memasukkan air panas. Sudu dicapai dan digunakan untuk mengacau minuman tenaga itu.
"Terima kasih Wan...", budak lelaki hensem & kacak itu berlalu perlahan sambil memegang cawan yang berisi air Milo panas itu, dan membawanya ke ruang tamu. Cerita hindustan itu ditonton tanpa sebarang perasaan.
Jauh di suatu sudut di dapur, kedengaran Wan memberi nasihat...
"Lain kali, kalau nak air panas ke apa, bagitau Wan. Biar Wan je yang buatkan. Kang jatuh ke apa, siapa jugak yang susah...?"
Jauh di sudut hati budak lelaki yang hensem & comel itu kecewa kerana niatnya untuk memakan Milo tidak kesampaian.
NUke
dalam topik : makan
9 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
skrg kalau mkn aiskrim, ske tabur milo atas dia. :D
ps:dulu my mom selalu bebel bekalan milo tak sampai sebulan.wakakaka
hehe.. ni lah generasi yang menjadikan Milo sbg MAKANAN! hahaha.
apa barang makan serbuk milo. keh keh keh..
yeah avid.. disebabkan junior2 aku yg ska iron peket milo tu lah.. baju skolah aku dlu rosak!! sebab milo mlekat kat iron.. pastu tkena kat baju aku.. huhuhu...
razy:
huhu. tu lah. mak aku dlu pun ade gak ckp yg dlu2 ovaltine lagi femes. :)