Memandangkan aku ni blogger kecil-kecilan cuma, maka entry-entry aku ni takde lah sehebat blogger2 lain. Setakat 2 3 komen tu pun aku rasa dah cukup bagus lah kan? Apatah lagi kalau receive feedback and komen yang melampau-lampau banyaknya, lagilah teruja! But yet, tujuan mendapatkan komen yang banyak tu, bukan lah salah satu perkara yang aku kejar dalam stiap penulisan.

Cukup lah sekadar ada yang sudi membaca. (Ayat sedih...)

Tadi waktu aku tengah menelaah setiap entry, baru aku sedar, daripada 513 blog entries (termasuk entry ni) aku ni, cuma ada 34 entries saja yang tidak berkomen. Huh! Alhamdulillah, syukur. Kiranya, masih ada lagi yang sudi memberikan pandangan peribadi atas stiap benda yang aku karutkan dalam blog ni.



Sebab aku ni bermula dari zero-blogspot-knowledge, aku ni barangkali melebarkan sayap kemengarutan through kawan2 kat universiti dulu. Bermula dengan kawan2 sekolej. Sebab time tu masing2 macam tengah gila nak buat blog. Aku ni, mmg terkategori dalam someone yang suke merepek! That's y aku ada blog... kot.

But, ada jugak orang yang mula2 saja create blog, terus da dapat hits and attention daripada public. kagum. Dalam masa yang sama... teruja! Haha!

Dan penulisan aku ni pun mulai berubah daripada something yang too diary or personal, kepada sesuatu yang boleh dibincangkan. Semuanya bila aku sedar yang blog ni dah ada 'readers' tersendiri. Antara mereka adalah followers NUke Rude Blog yang mana aku panggil 'Stalkers'.

Nak menulis entry yang mega hits tu, mungkin agak mustahil lah bagi aku kot. But yet, personally, aku ada beberapa entry yang (tak hits pun) konon2nya macam hebat lah yang pernah aku hasilkan! One of them is Spender Selesa yg ditulis pada April 2009. Start daripada entry ni lah kot, aku rasa cam tetibe je bersemangat nak menulis dan terus menulis! Haha! Then, terhasil lah entry-entry macam Pink Matter? dan Aku Merana Tidur Dengan Jeans Levi's. And all of them are related to one topic.... LELAKI.

So, terima kasih kepada mereka yang pernah, sedang, masih dan akan membaca Blog ini. Sebab tanpa korang-korang yang berfikiran ngeng mcm aku ni, takdelah terhasilnya entry2 merapu entah apape ni.



NUke

4 Comments:

  1. farhana said...
    Baca ur blog since zaman blaja kat UKM lg [mcm dah berkurun je bunyinya]
    N yes, sampai skrg...
    Keep on blogging.
    Mana tau, boleh jadi pengganti Red Mummy =D
    Faizal Sulaiman said...
    ayat sedih..

    blogger kecil la sangat:PP

    apa2 pun bro, aku sentiasa support ko okay.lloking forward to ur entry yg sinikal tu:))

    that's your strength:)
    Anonymous said...
    komen diblog bukan satu-satunya penanda aras sama ada blog itu bagus atau tidak. Banyak faktor lain lagi sebenarnya.

    since encik nukerude telah blogging since (berkurun lamanya) tu dah dikira OTAI dah.

    hahaha
    agreed with Faizal
    sinikal tu is your strength
    NUke_Rude said...
    farhana:
    ya. terima kasih farhana. Anda memang setia bersama saya...

    ..punya blog. :)

    faizalsulaiman:
    ye aa. aku kan bertubuh kecil. haha!

    ray:
    i shud tell u that kamu juga salah satu pemangkin sy utk menulis lbh gigih. many thanks to blogsquad & yoyooh.com!

    btw, sinikal tu ape?

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.