Siri 5


Perbincangan akan tugasan Bahasa Inggeris itu berakhikr kira-kira jam 6.45 petang. Menyedari akan senja yang semakin tua, Xyryll meminta diri untuk pulang ke biliknya, setelah dipastikan segala tugasan bahagiannya disempurnakan. Pun begitu, dia tetap tidak kedekut untuk meminjamkan buku rujukan miliknya kepada teman-teman lain yang masih termangu menyiapkan bahagian masing-masing.

Hazieq, you keep this book first, okay?
After Maghrib nanti, aku datang ambil…

Pintu bilik ditutup perlahan. Dan rapat.

--

Langkah kedua-dua sahabat itu perlahan saja, melewati beberapa pelajar lain yang berjalan bertentangan, menuju ke arah kafeteria. Fadhiri dan Asyraf lenjun dibasahi peluh yang mengalir sepanjang sesi senaman dan jogging.

Huh… Guarantee malam ni kau boleh tidur nyenyak, Asyraf!

Itu sudah tentu… Aku risau engkau saja yang tidur sampai berdengkur nanti!

Hahaha! Yang itu, tak boleh nak tolong lah!

Fadhiri segera mengetuk pintu bilik, menantikan Arief untuk membukanya, sambil tangan kanannya ligat melonggarkan tali kasut sukan. Asyraf pula membongkok, merenggangkan kakinya yang sedikit kepenatan akibat berlari terlalu laju sebentar tadi.

Assalamualaikum!

Waalaikumussalam…”, balas Asyraf dan Fadhiri dalam nada yang hampir serentak. Masing-masing berpaling untuk mengetahui gerangan kelibat yang memberikan ucap salam kepada mereka. Dan orang itu bukanlah sesiapa; Xyryll.

Fadhiri memandang Asyraf.

Asyraf memandang Fadhiri. Senyum, sebelum kepalanya tunduk melihat gerak tangannya menanggalkan kasut sukan. Dan Xyryll cuma berlalu masuk setelah pintu dibuka, meninggalkan kedua-dua Asyraf dan Fadhiri.

--

7.41 malam. Sesudah selesai solat Maghrib di bilik, Xyryll segera menyalin dan menggantikan kain pelekat birunya dengan seluar Bermuda perang. Baju pagoda juga dilucutkan dari tubuh dan digantikan dengan kemeja tee putih.

Asyraf, I nak pergi ambil buku kat bilik member jap eh!”. Menghadap cermin, membetulkan rambut dengan jemarinya.

Meet you at cafĂ© in 10 minutes time!”. Berlalu dan kedengaran pintu ditutup sedikit kuat.

Allahu Akbar’. Sujud. Asyraf masih sedang bersolat.

--

Sorry, Hazieq keluar pergi bilik kawan dia kot! Kenapa eh?”, soal Meor sebaik saja pintu biliknya dibuka setelah diketuk Xyryll.

Oh! Aku nak ambil buku aku. But it’s okay then, lepas makan nanti aku datang balik lah. Kau tolong pesan kat Hazieq ok?

Eh. Kau masuk la dulu. Aku rasa dia pergi sekejap je kot. Kejap lagi balik lah…

Tak payahlah. Lagipun, aku dah janji dengan member, nak dinner sekali. Thanks.

Asyraf ke?

Xyryll berpaling. Kening kirinya dinaikkan sedikit dengan dahi yang berkerut. Tidak pasti pula dirinya akan Meor yang mengenali Asyraf. Pelik. Dan dia sedang berkira-kira untuk memberikan jawapan.

No.

--Bersambung…

# Komen dan beri pandangan anda berkenaan kisah KAC2 ini. Komen yang 'jujur' dan menarik akan disiarkan pada pengakhiran siri KAC2 dan pengirim akan diberikanpeluang untuk menyiarkan satu 'entry' di laman NUke Rude Blog.

NUke

7 Comments:

  1. Faizal Sulaiman said...
    aku rasa meor tu kenal la kut asyraf.

    ps:nuke, apa kata ko ended kan citer ni dengan sesuatu yg 'tragis' ke, 'suspens' ke @ twist n turn.hehehehe

    cehh macam aku plak yg tulis:PP
    Anonymous said...
    But it’s okay then, lepas makan nanti aku dating balik lah. Kau tolong pesan kat Hazieq ok?”


    typo error bro...aku datang balik....
    Unknown said...
    emmm...blh tak kita andaikan meor tu tak kenal ashraf dan xyryll dgn baik tapi dia tahu hubungan mereka..wahh...


    *sehingga hari ini saya masih blh terhibur dan menjiwai
    NUke_Rude said...
    faizalsulaiman:
    hahha. kenal ke? entah! mestilah kenal kan... haha. kalo nk tau ending cta ni camne, kena la tgu. huhu

    ano:
    thanks weh! biasalah, since aku draft dlm words dlu, so ada few perkataan yg di-auto correct. thx.

    tengku:
    mungkinkah begitu? hahaha. ko bca kan cte ni? hahah!
    Doodle said...
    Plot cerita untuk babak 5 ni agak lemah sebab dalam 4 pecahan sub-babak macam tak ada point-point penting yang jelas... melainkan (ada penegasan di sini) setiap sub-babak tersebut digabungkan or penulisannya dipanjangkan lagi.. Then pembaca akan tahu kenapa sub-babak tu perlu ada/kepentingan sub-babak tu objektif keseluruhan cerita. Tapi keseluruhannya, suspen/ rasa ingin tahu tentang jalan cerita memang hebat.. Tahniah
    sYukCurz said...
    Meor nak masuk jarum tuh!
    Unknown said...
    hmm nuke, why not u gabungkan kac1, kac2 and kac3 jadi satu novel.. and hantar karya you ni kat fixi ke? mane tau amir mohammad terima cerita u ni ke? mane tau bole jadi bestseller? ^^

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.