Siri 6

Keadaan di dalam ruang makan kafeteria itu sangat sesak. Sesak dengan pelajar lelaki yang rancak bersembang, dan juga sesak dengan pelajar lelaki yang beratur untuk memesan makanan. Dalam kesesakan itu, Xyryll dengan mudah mengecam Asyraf yang sudahpun duduk di satu sudut kiri kafe, sedikit jauh daripada kesesakan di ruang tengah.

"Sorry lambat.", sapa Xyryll, lalu melabuhkan punggung ke bangku bersebelahan dengan Asyraf.

--

8.44 malam. Masing-masing sudah selesai menjamu selera, menikmati makan malam. Dan kini sedang asyik menikmati teh o' limau yang semakin tawar dek kerana ais yang semakin mencair. Dan ketika itulah Xyryll mengambil peluang untuk bertanya dan berbual seperkara yang sedikit serius bersama Asyraf.

"Sayang... You ada kawan nama Meor tak?"

Matanya tak berkelip memandang raut wajah Asyraf. Menantikan jawapan yang bakal dikeluarkan dari baris bibir yang nipis. Sedikit air diteguk menerusi penyedut minuman.

"Ada. Classmate."
"Mana awak kenal dia?"

"Oh. Tadi pergi bilik member, nak ambil buku. Si Meor tu tegur... Boleh pulak dia tanya pasal awak."

"Ha?"

"Tak kisah lah. The point is... saya taulah yang dia tu kawan awak."

"Dia kacau awak ke?"

"Nope."

"Awak suka dia ke?"

"Hish... ke situ pulak."

"Eleh..."

Asyraf kembali menghadap gelasnya yang semakin kurang air di dalamnya. Manakala Xyryll memandang ke kanan, melemparkan senyuman entah kepada sesiapa. Sedikt tawa kecil kedengaran. Dan itu menyebabkan Asyraf yang duduk disebelahnya berpaling ke arahnya. Badan Xyryll disiku oleh Asyraf. Segera dia bangun dan mengajak Xyryll berlalu dan pergi ke tempat lain.

--

Berpelukan. Bercumbu. Bergomol. Kesemua itu menjadikan Meor dan Xyryll berpeluh-peluh. Baju kemeja yang dipakai masing-masing untuk ke kuliah itu segera ditanggalkan, menampakkan matang tubuh Xyryll yang berkilat, akan tetapi meninggalkan Meor bersinglet putih. Ruang tandas yang terletak sedikit jauh daripada laluan pelajar lain itu dikuasai mereka. Beg-beg galas mereka dibiarkan di atas permukaan singki sambil mulut masih bertaut menikmati setiap cumbuan.

Sehinggalah pintu itu diketuk sedikit kuat oleh sesorang. Xyryll termangu. Dan sedikit panik. Dan serentak itu, dia tersedar daripada lamunan panjang. Dirinya tersedar. Dan dia masih di meja, menghadap buku Kimia. Tidak berbaju. Di dalam bilik tidurnya.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam.", balas Asyraf, segera membuka pintu biliknya. Kelihatan Meor yang bersinglet putih dan berseluar pendek tersengih di muka pintu. Ingin bertemu Asyraf untuk membincangkan tugasan matematik. Dibawa sekali buku Xyryll yang dipinjam Hazieq dan dihulurkan kepada Xyryll.

"Oh. Kenalkan! My roomie, Xyryll"

"Xyryll. Ni classmate aku. Meor."

"Korang dah berjumpa tadi kan...?"

Asyraf mendahului Meor ke meja belajarnya, meninggalkan Meor dan Xyryll di belakangnya. Peluang itu diambil Meor untuk berjabat tangan dengan Xyryll. Dan peluang itu juga diambil oleh Meor untuk mengenyitkan mata kirinya kepada lelaki tidak berbaju itu.

Dan Xyryll membalas kenyitan itu dengan melepaskan jabat tangannya, dan tersenyum.

--Bersambung...

# Komen dan beri pandangan anda berkenaan siri KAC2 ini. Komen yang menarik akan disiarkan pada pengakhiran siri KAC2. Terima kasih.

NUke

3 Comments:

  1. Faizal Sulaiman said...
    oh noeeee

    budak bedua ni aa skandal rupanya!

    oh my..

    keep writing bro.

    ps: masih belum memulakan langkah nk mereview citer neh.apa2 pun kang aku bitau ko ya:)
    ismaelzaharee said...
    Tu dia...
    Ada orang nk CELAH BEDAH....
    I hate this type of person!!!
    Unknown said...
    ouwhh..kenapa kita perlukan orang ketiga disaat mahu menikmati bahagia...
    hahahaha
    klise lah...

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.