PE'US : Siri 5
"Thanks sebab pulangkan balik kunci aku."
Fairus cuma tersenyum. Dia kemudiannya menepuk bahu kanan Amiroul sebelum meminta izin untuk ke tempat lain. Dalam pada mereka berbahasa, sempat juga Fairus memesan kepada Amiroul untuk menjaga kunci biliknya itu dengan baik, dan masing-masing ketawa.
"Karang aku jugak yang nak kena pulangkan balik...", sayup-sayup kedengaran suara Fairus yang semakin menjauhi ruang sinki bilik air itu. Amiroul cuma mampu tersenyum sebelum mencukur jambang nipis yang mulai tumbuh di bahagian pipi kirinya.
--
Entah kenapa ayat-ayat terakhir yang dilaungkan Fairus tadi masih terngiang-ngiang di telinganya. Sambil langkah diatur menuju ke arah bilik, Amiroul cuma mampu tersenyum.
--
Melihat Zamri yang asyik bermain Counter Strike, Amiroul sengaja mengajak roommate nya itu bersarapan bersamanya. Gagal. Masuk kepada percubaan kedua. Masih gagal. Memaksa Amiroul untuk menggunakan cara lain.
"Time aku nak belanja... kau yang tak nak. Okay... aku sarap dulu!", katanya sambil membuka pintu dan berjalan keluar bilik. Pintu kayu itu ditutup semula. Selangkah. Dua langkah. Tiga langkah. Sunyi. Sehinggalah langkah ketujuh diambil, kedengaran pintu bilik dikuak dan dihempas kuat. Seseorang berlari ke arahnya.
"Kau belanja kan? Aku nak roti telur dengan teh tarik!", sapa Zamri yang tiba-tiba muncul di sebelah kanan Amiroul dan merangkul bahunya.
"Boleh! Tapi guna duit kau la... sebab aku tak bawak wallet!" balas Amiroul yang kemudiannya membuktikan kenyataannya itu. Memang sungguh dirinya tidak membawa wallet, akan tetapi ada saja sekeping not RM10 di poket kiri di bahagian belakang jeans birunya itu.
"Sial! Kenakan aku!! Patut lah aku macam berat hati je nak join kau breakfast tadi... Kalau aku tau, aku main je CS tu... Babi la kau Oul!", rungut Zamri yang kemudiannya dituruti dengan tawa kedua-dua mereka.
--
Sambil mulut mengunyah roti telur yang sama dipesan dengan Zamri, mata Amiroul terpaku kepada seorang gadis yang sedang berdiri; menanti air yang dipesannya siap dibancuh. Hatinya yakin mengatakan bahawa mereka penah bertemu, cuma tidak pasti saja di mana.
"Budak tu namanya Khadijah! Budak Chemical Engineering. Second year. Kolej Lima.", Zamri memberikan satu jawapan yang tidak ditanya Amiroul.
"Yang pakai baju kurung maroon tu?"
"Ha'ah."
"Mana kau tahu?"
Diam. Memaksa Amiroul untuk kembali berpaling kepada Zamri yang sudah pun merenung tepat ke arah matanya.
"Junior aku. Sure lah aku tau."
Tersengih. Amiroul memaksa dirinya untuk memberikan satu sengihan paksa kepada Zamri yang masih mengunyah sarapannya; sebelum kembali menghadap roti telur yang semakin sejuk itu.
"Khadijah...", Amiroul berbisik perlahan.
--Bersambung...
NUke
5 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
kenapa aku membaca dengan senyuman yang lebar?
*terlepas episode 4 rupanya
haha
tu la.. lama sangat tak singgah..
faizalsulaiman:
comel.. chinese look.
iyllie:
nti la aku jadikan ko watak jahat.. nak? haha
skin:
jeng jeng jeng..