Salam.
Kadang2 pernah jugak terfikir, macam mana pandangan org lain terhadap diri aku. Ya lah, ternyata sebagai seorang blogger, berdepan dengan macam2 kritikan, dan juga pandangan orang lain. Sama ada yang baik mahupun kurang baik.
Senangkah menjadi blogger? Menjadi blogger barangkali memang senang. Tetapi menjadi blogger yang menceritakan kehidupan peribadi... barangkali agak sukar. So, aku agak respek bagi mana2 blogger yang secara terang2an menceritakan tentang pengalaman hidup, isi hati dan juga penerimaan masyarakat luar thdp diri sendiri.
Bukanlah menyatakan yg aku ni blogger tipu. Bukan... Cuma, di alam luar, aku ada lah diri aku yang biasa. Cuma di dalam alam blogging saja aku menjadi NUke Rude.
Aku selesa begitu. Dan kalau boleh, aku mahu dikenali sebagai NUke Rude juga kalau ada yang terserempak dgn aku di MidValley, dlm LRT, mahupun di mana2 saja.
Alhamdulillah, setelah hampir 2 tahun menggunakan khidmat blogspot, akhirnya aku berjaya mencipta logo peribadi untuk NUke Rude Blog.
Terima kasih kepada semua yang singgah dan membaca nukilan aku selama ini.
NUke
dalam topik : blog
7 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
logo sendiri cam best bro!
cayalah!
terima kasih :)
next agenda..daftar ngan SPR..
hehehe...
>.<