PE'US : Siri 6

"Eh Zam, aku rasa budak perempuan tu tadi satu sekolah dengan aku la dulu..."
"Siapa?"
"Budak yang kat kafe tadi... Khadijah."
"So, kau nak aku buat ape..? Dowh!"
"Takde la... aku rasa instinct aku tu betul la. Dia junior aku kat MRSM dulu."


"Kau ada nombor telefon dia tak?", setelah pebualannya itu tak berbalas, Amiroul cuba mendapatkan nombor telefon Khadijah daripada rakan sebiliknya itu. Sambil berjalan menuju ke arah bilik, Zamri menyeluk saku dan mengeluarkan telefon Sony Ericsson nya itu. Jarinya ligat mencari nombor telefon Khadijah, seperti yang diminta Amiroul.

"Nah!", telefonnya dihulurkan kepada Amiroul yang kemudiannya menekan butang-butang nombor di telefon bimbitnya. Nombor telefon Khadijah disimpan.

"Oul, kau takde study group ke? Exam kau esok pagi kan?", tanya Zamri.

"Hari ni takde. Masing-masing off. Relaks."

"Cantek! Japgi jom teman aku pergi Alamanda! Aku nak carik jeans and kasut futsal la... Naik kereta aku!"

"Oryte."

--

5.44 petang.

Salam. Khadijah kan? Ni Miroul, ex MRSM Tranx. Ur senior. Igt lg x?

Wsalam. Miroul! Kat mn skg ni? Lm x contact.

Eleh. Dia yg tuka no. Slhkn kta lak.

Sori2. :P Ktne skang?

Somewer near u. Td g kafe kolej 3 kn? Xnmpak Miroul eh?

OMG! 1 U ke? Miroul ad kt stu ke td? Sori2 Khad x psan. Mn dpt no khad ni?

Zamri; ur senior bg. He's my roomate.

Haha. What a small world.

Guess what, can we meet tonite? Hv lots of thg to tell u.

Sure. Wer? I pun da lama x jmpa u n byk story nk cte.

I meet u at ur kafe. 9pm. ok?

K. C ya. Kim slm Zam.

--

Berbaju putih bercorak ringan dengan seluar bermuda coklat, Amiroul perlahan melangkah menuju ke arah satu meja di satu sudut kosong. Kerusi ditarik dan punggungnya dilabuhkan. Tangannya menggenggam telefon bimbit sambil matanya ligat memerhatikan kelibat Khadijah.

Bagaikan malu dengan diri sendiri, Amiroul terpesona dengan ayu wajah Khadijah yang sopan mengenakan baju kurung maroon dengan tudung berwarna cream. Langkahnya sopan menuju ke arah Amiroul yang tiba-tiba berdiri dan tersenyum.

"Miroul, Khad bawa kawan sekali. Mastura dan Ain."

Senyum.

"Takpelah Khad, kitorang duduk kat meja sana.", Ain memberitahu Khad akan kemahuan mereka yang tidak mahu mengganggu privasi antara Amiroul dan Khadijah. Setelah minuman dipesan, Amiroul kembali duduk menghadap Khadijah yang ceria tersenyum; menanti perkhabaran yang ingin dikongsi Amiroul.

"So, apa dia?"

"Miroul minta maaf. For everything yang dah berlaku sebelum ni. I'm really sorry."

"It's okay Miroul. Lagipun hal tu dah bertahun dah. Khad anggap itu semua perkara biasa... menjadikan kita matang. No worries ok."

Khadijah menyambung lagi, "Khad rasa waktu tu pun kita macam tak stabil kot. Sedih memang lah sedih bila Miroul decide nak clash dengan Khad, tapi... Khad ambil perkara yang positif."

Tersengih lalu tertawa kecil. Minuman pun tiba; dihantar oleh pelayan kafe.

"So..."

"Miroul macam mana sekarang? Dah ada girlfriend..?"

"Nope. Lepas you, Miroul dah tak couple."

"Kenapa?"

--Bersambung...

NUke

6 Comments:

  1. iyllienaz said...
    laa..pernah couple rupanya..
    fikri FAUZI said...
    ahahah..cant wait to read the continued one
    Unknown said...
    huhu..episode berikut nyerr...
    NUke_Rude said...
    iyllie:
    mcm tu la gamaknye..

    fikri fauzi:
    haha. mgu dpan sambung lagi kot.

    tengku:
    nanti ya!
    Faizal Sulaiman said...
    satu aku suka penulisan ko bro;

    simple.rasa beban otak aku kabur lari.hehehehe
    Unknown said...
    haha aku rs semcm ngn episode ni hahaha mcm ku knl:P:P

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.