Maafkan saya ayah, pagi tadi bila saya bangun dan keluar dari bilik untuk ke pejabat, ayah masih di dalam bilik; terlelap sesudah selesai solat subuh.

Saya pergi ke pejabat tanpa sempat mencium pipi dan bersalam dengan ayah.

Dan ketika tadi, saya pulang... ayah sedang tidur; setelah penat bekerja dan bertukang di tengah hari. Saya tak mahu mengganggu rehat ayah.

Ayah... beza usia kita cuma 40 tahun. Jauh bezanya. Hari ini, usia ayah sudah mencecah 62 tahun.

Ayah, boleh tak ayah maafkan anak ayah ni sepanjang 22 tahun anak ayah ini hidup bersama-sama ayah. Boleh kan ayah?


Selamat hari lahir, ayah. Ayah tahu kan, anak ayah ni sebenarnya sayang sangat pada ayah.

6 Mac 2010.

NUke

14 Comments:

  1. farhana said...
    Happy birthday 2 ur dad...

    nice template..nampak kemas
    putra said...
    hargainya ketika dia masih ada...
    Faizal Sulaiman said...
    Selamat Hari Lahir juga buat ayah kamu, bro

    ko mang ada resemblance ayah ko.mang betol anak ayah neh;) btw, masa ni umur bape?

    comel;p
    sYukCurz said...
    gud boi...
    Ren said...
    Eh ni template baru ker??? kemas jer..
    OO arinih besday abah ko yer.. Happy Birthday to Him, semoga sihat selalu dan ceria!
    Anonymous said...
    selama dia ada sayangilah ia sama seperti dia menyayangi,u diwaktu kecil supaya tidak kesal dikemudian hari
    Unknown said...
    sangan manis (so sweet)
    NUke_Rude said...
    thanks! :)
    charco said...
    Happy Birthday Ayah! :D
    So ape lg, mskla sumtin special utk die.. hehehe

    mode: menikmati cuaca indah
    NUke_Rude said...
    nak masak da smalam.. tba2 my sis g beli sate lak.. trus x jd masak.. (alasan)
    kudosDIYANA said...
    damn.
    tetiba sedey lak ak baca post ni.
    simple tp touching segenap hati.
    :'(
    AkU said...
    Happy Belated Birthday tok ayah ko..cherish them while u still have the chance..hmmm..
    NUke_Rude said...
    kudos:
    :) .. rilex la weyh!

    Aku:
    terima kasoh! :)
    Che said...
    saya sayang ayah saya sgt('',)

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.