Slot The 8 kali ni menyenaraikan 8 lagu terbaik yang pernah ditulis / dicipta / dinyanyikan oleh Avril Lavigne. Dalam erti kata lain, ini merupakan 8 lagu Avril Lavigne yang anda WAJIB dengar.
#8 : Fall To Pieces (Under My Skin)
Kenapa lagu ni menarik? Sebab ia menceritakan konflik dan dilema Avril; sama ada untuk meneruskan hubungannya dengan si kekasih, atau berpisah. Fall To Pieces barangkali bukan lagu cinta terbaik yang pernah ditulis Avril, tetapi maksud disbalik lagu ini yang membuatkan si pendengar utk berfikir dan berteka-teki barangkali...? Should listen to: Unique intro.
#7 : Girlfriend (The Best Damn Thing)
Lagu ini menjadi satu penanda aras bagi Avril dalam kariernya. Menjadi lagu pertama mengungguli carta Hot 100 di US, tak mustahil la lagu ni boleh ada dalam senarai The 8. Catchy, energetic dan kedewasaan adlh antara points yang menjadikan lagu ni hebat. Dirakam semula dalam beberapa bahasa asing, Girlfriend sememangnya salah satu lagu terbaik yang pernah dinyanyikan Avril. Straight to the point. Should listen to: second verse, the edgy voices.
#6 : Keep Holding On (The Best Damn Thing)
Dengan vokal yang mantap, lagu ni sememangnya patut didengar, dihayati, dan diiktiraf oleh peminat muzik sebagai salah satu rock ballad yang hebat. Dengan kombinasi strings; di tambah dengan alunan vokal Avril yang gemersik, bridge lagu ni memang betul2 boleh menaikkan bulu roma si pendengar. Should listen to: vocal during bridge.
#5 : Runaway (The Best Damn Thing)
Jarang kita dapat dengar Avril menyanyi dengan nada yang (sangat) tinggi. Tapi inilah salah satu kelebihan Runaway. Sekali dengar memang rasa macam nak terputus urat tengkuk tu. As we all know, suara Avril yang edgy dan tajam tu sdikit sbanyak memberi kekuatan pada lagu. Lirik & lagu yang sempoi dengan sentuhan tangannya, Dr. Luke dan Kara DioGuardi, lagu ni jugak menggunakan khidmat Travis Barker untuk drum. Thumbs up! Should listen to: Intro; drums through out the song.
#4 : Innocence (The Best Damn Thing)
Untuk peminat instrumen piano dan string, lagu ini memang sesuai untuk anda. Ada ketika, dan jika pada moodnya, lagu ini boleh membuatkan anda menangis. Serius. Avril sendiri berkata yang ini merupakan lagu yang 'cantik' pernah dihasilkan olehnya. It is the moment where you got the bliss; and you don't want to let it go... memang patut dengar. Kekuatan lagu ini bukan pada piano nya, tetapi strings. Should listen to: Bridge part, with strings.
#3: Anything But Ordinary (Let Go)
Kalau ikutkan inilah tajuk albumnya yang pertama. Lagu Anything But Odinary kalau diikutkan dari segi struktur lirik dan melodi, adalah jauh lebih bagus berbanding dengan lagu2 lain yg ada dalam album Let Go. Lirik yang betul2 stripped down dan menceritakan dirinya, sememangnya perlu didengar, dan dihafal. Of course, dengan kombinasi muzik yang ringan dan tidak terlalu berat, lagu ni merupakan salah satu produk pop terbaik yang dihasilkan Avril. Tak pernah dengar ke lagu ni? pergi carik kat youtube. Should listen to: the lyrics.
#2 : When You're Gone (The Best Damn Thing)
Gorgeous. Speechless. Itu antara respon aku ketika pertama kali mendengar lagu ini. Intro synth yang unik dengan alunan key piano yang ..... cool! Meaningful, sweet but yet mengekalkan identitinya sebagai seorang penyanyi pop-punk-rock yang hebat. Lagu ini dikategorikan sebagai 'power ballad' yang mana tak semua orang boleh simply nyanyi lagu2 mcm ni... Kolaborasi Avril dan Butch Walker dalam lagu ni memang menjadi, sekali gus mengulangi kejayaan menerusi single lamanya.. Single yang mana? Aha.... Should listen to: Last chorus & the Outro; the fading of the piano.
#1 : My Happy Ending (Under My Skin)
Intro dan outro yang sama, awal2 lagi pendengar akan dihiburkan dengan alunan kesemua instruments; percussion, strings, guitar, drum, piano, chamberlain. Aku harus akui yang ini merupakan lagu terbaik pernah dihasilkan Avril sepanjang kariernya. Lirik yang menceritakan bagaimana dia harus melupakan semua memori dan kisah silam bersama ex-nya, ending lagu ini kadang2 membuat si pendengar berfikir; sama ada perpisahan itu membawa kebaikan atau tak..? Dan yang nyata bridge lagu ni dikatakan sebagai yang 'terkuat' dan 'terhebat' baik dari segi lirik dan vokal. Perdengarkan juga drum yang hebat serta kesan electric guitar yg ada dlm lagu ni. kalau boleh pakai headset! Haha. Kolaborasi Avril dan Butch Walker yang sangat berjaya! Should listen to: every sound, lyrics, and instruments through out the song especially electric guitar & drums!
--
Overall, ia cuma pendapat peribada sahaja dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Bukan menafikan kehebatan lagu2nya yang lain, cuma kelapan-lapan lagu ini tak patut dipandang sebelah mata kerana kehebatan lirik, melodi dan jugak kesan bunyi yang ada.
Tahun ni Avril Lavigne akan release album baru.
NUke
3 Comments:
-
- ashraf said...
March 18, 2010 at 4:22 AMeh nak dgr lagu2 ni lah huhuhu :D- ashraf said...
March 18, 2010 at 4:22 AMstuju... those songs are damn good :D- charco said...
March 19, 2010 at 5:12 AMhehe...lagu rank no 1 tu mcm sudah ku jangka.. :P
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.