Ini cerita waktu sekolah menengah.

Dia pernah satu kelas dengan aku dlu. Dan kitorang memang rapat. Rapat jugak la. Erm, memang rapat. Aku akan sentiasa menjaga dia; baik dr segi pergi rehat, masuk lab, sampai la keja sekolah dia; semua aku tanya, sama ada nk bg dia tiru aku... or aku yg tiru dia.

Sama seperti aku, dia jugak slalu tanya macam2 pasal aku. Amik berat jugak lah.

Sampai lah kami masing2 dah membawa haluan masing2, belajar di universiti yang lain; dengan tempoh belajar yang tidak sama. Aku grad awal drpd dia.

Dan kami masih akrab sehingga kini...

Walaupun aku sudah berpunya; dan begitu juga dengan dia. Tetapi aku ada dengar2 cerita drpada kawan2 kitorg yang dia kini berseorangan yakni single. Aku pun terkejut. Kalau boleh, aku nak saja tolong carikan pasangan untuk dia; sebab aku tak mahu dia bersendirian sedangkan aku punyai kekasih sendiri.

Tapi itu semua diluar batasan aku. Aku sedar yang aku tak mampu melakukan semua itu.

Sahabat, walau siapa pun & bila pun masa itu kan tiba, aku doakan kau bahagia.

Sahabat, aku yakin kau takkan membaca nukilan ini (kot), tapi ada satu ketika, bila kau duduk bertentangan dengan ku, aku pernah sekali terjatuh cinta.

Hanya sekali. Dan aku yakin aku takkan mampu mencintai kamu. Dan sebab itu lah aku terus saja meneruskan langkah dengan kehidupan aku kini; bersama kekasih hati yang dicintai.

Hm, itu cerita sekolah menengah...

NUke

8 Comments:

  1. farhana said...
    Perempuan dn lelaki takkan pernah terlepas dr terjatuh cinta bila dah berkwn rapat...
    AeMcSketch said...
    that was teary. but hey, you've moved on. I'm sure she did :)

    she will find someone someday. Maybe just not yet. Let us all keep praying for her yeh!
    ashraf said...
    urmmm aku pon penah TER...

    biase kot perkara ni :) tp TER je lah
    iyllienaz said...
    haha..mesti ramai yg comment volunteer nk jd kekasih dia..
    Faizal Sulaiman said...
    ahh sudah..ehehehe..
    Unknown said...
    ouwwhh kebetulan saya pun single..
    haahhahaa....
    ko nie baik lah...
    AkU said...
    tercipta untuk nya..hmmm~~
    NUke_Rude said...
    terima kasih kalian. :)

    itu semua cerita lama.

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.