Modread dah release-kan single terbaru mereka; Neeruza Ozawa yang mana maknanya pun aku tak tahu! Hahaha. Anyway, single ni dah lama dah di-releasekan dan perhaps sedang mendaki carta2 lagu radio tempatan dgn suksesnya. Sejak memenangi Twisties Bingit last year, aku rasa muzik mereka ni mmg makin matang dan mempengaruhi situasi muzik tempatan skang ni. Neeruza Ozawa mmg mirip dengan lagu rock Jepun (ada yg mengklasifikasikan sbg J-Pop), dan mungkin salah satu pengaruh baru dalam seni muzik semasa.

Susunan muzik yang menarik dengan persembahan vokal yang sederhana dan garau. Sememangnya boleh dikatakan Neeruza Ozawa sbg salah satu lagu rock tempatan terbaik tahun ni. Dan tak salah kalau aku katakan yang lagu ni merupakan lagu yg terbaik pernah aku dengar drpd Modread.

Modread - Neeruza Ozawa

Bergetar detik arah perjalanan ini pun kehendak
Oleh penawanan perasaan yang menghilang
Mampu membawa rasa yang telah pun tenggelam
Oh kepada dia yang tidak pernah ada

Kasih tiada daya
Menutup mataku walau aku tahu oh hatimu
Kerana dirimu masih melangkah tidak berpaling
Dan kau tinggalkan aku

Pergilah satu hidup bahagia yang telah pun tertewas
Terdengar satu kesalahan yang mungkin dimaaf
Perasaan ini seperti telah pun mati
Hanya kehendak aku berdiri sendiri

Dia yang telah tiada
Hilang dimataku walau aku tahu oh hatimu
Cukuplah sekadar satu senyuman yang mampu
Memanjangkan nafasku oh oh oh

Kasih tiada daya
Menutup mataku walau aku tahu oh hatimu
Kerana dirimu masih melangkah tidak berpaling
Dan kau tinggalkan aku

Dia yang telah tiada
Hilang dimataku walau aku tahu oh hatimu
Cukuplah sekadar satu senyuman yang mampu
Memanjangkan nafasku oh oh oh…

--


MyRate : 4.2 / 5.0


NUke

2 Comments:

  1. Unknown said...
    huhuhu
    muzik nyer amat segar...
    charco said...
    hurm..bole tahan lagu ni.. :D

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.