It takes hours for me to publish this entry...

Salam.

Alhamdulillah, ni dah masuk tahun ke 22 aku hidup di bumi Malaysia. Dan dalam tempoh itu, dah macam2 perkara aku saksikan, aku dengari, dan juga aku rasai. Termasuk perubahan dalam meminati genre muzik. So, hasil drpd beberapa bacaan selama ni, maka tak salah kalau aku concludekan dan senaraikan beberapa lagu tempatan yg menjadi 'turning point' kepada selera pendengar muzik tempatan sejak penghujung tahun 90-an.


Irama Malaysia pernah menjadi satu genre muzik yang diminati rakyat Malaysia. Sebelum ini, lagu2 rock mula menampakkan dominasi muzik negara dengan munculnya bahan2 & produk muzik yang membanjiri industri muzik. Buktinya adalah AJL 1992 yang buat pertama kalinya memperkenalkan kategori 'Irama Malaysia'. Sebab? Kerisauan para pemuzik tanah air akan 'hilang'nya genre muzik tradisional ketika itu. Jadi, siapa dan lagu manakah yg menjadi titik perubahan dan bertanggungjawab besar dlm mempromosikan genre ini kepada kita? Cindai - Siti Nurhaliza. Tiba2 lagu ini menjadi satu fenomena dlm industri muzik tanah air. Terima kasih juga kpd lagu ini, populariti Siti Nurhaliza mulai meningkat dari tahun ke tahun. Malah lagu ni juga pernah dinyanyikan semula dan di alih ke bahasa Mandarin oleh seorang penyanyi China, Chien Bai Hui.

Selera muzik tanahair mmg dah sinonim dgn genre Rock. Daripada kegemilangan Search, Wings, Ella, dan banyak lagi kumpulan rock tempatan, tak heran lah kalau banyak lagu rock yg dihasilkan oleh komposer dan penulis lirik tempatan. Dalam masa 15 tahun kebelakangan ini, ade satu kumpulan yg banyak memberikan impak kpd senario muzik rock tanah air; KRU - Awas. Trio adik beradik ni masih aktif dlm penghasilan material baru; bukan saja untuk mereka, juga kpd bakat2 baru yg aktif memperjuangkan muzik rock Malaysia.

Too Phat - Anak Ayam. Siapa sangka irama muzik tradisional boleh di-hip-hopkan dan menjadi satu lagu segar? Semuanya boleh bagi Too Phat. Aku yakin, semua yg hidup dalam tahun 90an - 2000an tahu akan lagu ni. Memang apabila mula2 dimainkan di radio, rasa macam kelakar, tapi sedarkah kita yg ianya kemudian menjadi siulan ketika berjalan di kaki lima? Lagu ni memang turning point song dalam muzik tempatan okay!


Indie; seperti yg diminati ramai anak muda sekarang ni sebenarnya dah lama dah masuk arus 'mainstream' ni. Cuma sebelum2 ni takdelah menjadi kegilaan sangat. OAG, Jason Lo... mmg notable lah dengan usaha mereka mempromosikan genre ni. Cuma mungkin penerimaan peminat ketika tu tak berapa menggalakkan. So, siapa yg berjaya memberikan impak besar dlm senario muzik indie Malaysia? Bukanlah Estranged, kerana ketika kemenangan mereka dalam AJL, ramai yg masih bising akan pemilihan 'Itu Kamu' yg diangkat sbg juara. Namun ianya beransur reda setelah seketika. Lagu yang betul2 melonjakkan muzik indie tempatan adalh Hujan - Pagi Yang Gelap. Mungkin dek kekeliruan nationality menjadikan Hujan satu topik hangat dlm arena muzik tanahair; di tambah pulak dgn lirik positif yg bersahaja, maka tak hairanlah lagu ni menjadi satu hits dan menerima heavy rotation kat radio2.

Raihan. Lagu Puji-Pujian mmg mnjadi satu fenomena dlm industri muzik Malaysia.

Dan satu2nya genre yg berjaya membuat peminat muzik berpaling minat ialah Nasyid. Kemuncak kegemilangannya bermula pada lewat 90-an apabila industri muzik tempatan dilimpahi dengan muzik2 balada, pop, dan rock yg bertapak kukuh dalam muzik mainstream Malaysia. Bagi aku, ada 2 lagu yg berjaya memberikan impak besar dlm industri muzik Malaysia. Satu lagu Nasyid ketuhanan, dan satu lagu Nasyid percintaan. Raihan - Puji-Pujian dengan tak semena2 mendesak AIM utk mewujudkan satu kategori baru; 'Album Nasyid Terbaik' pada AIM 1998. Pada malam penganugerahan itu, Album Puji-Pujian dinobatkan sebagai Album Terbaik dengan jumlah jualan melebihi 500,000 unit. Kau tanya la semua org yg hidup dalam era kegemilangan nasyid ni, sapa je yg tak tahu lagu Puji-Pujian tu? Dan satu lagi lagu nasyid yg berjaya membuatkan org ramai jatuh hati ialah InTeam - Kasih Kekasih. Antara lagu nasyid percintaan yg paling digemari dan diingati oleh peminat muzik tempatan. Tak pernah2 ada org nyanyi nasyid crita pasal jodoh... Diorg ni lah antara perintis dan bertanggungjawab dlm mempromosikan lagu sedemikian rupa.

So, what's now? mari kita ramai2 nantikan lagu yg bakal mengubah selera muzik kita...

Pic credits to unknown; Google.

NUke

4 Comments:

  1. iyllienaz said...
    oh..suke gile lagu ank ayam tu..kitorang penah buat side show lagu tu and ada 7couple yg menari lagu tu with tarian yg berbeza at the same time..haha..paham ke??xphm xpela..

    maknenya, smua tarian boleh masuk dgn lagu ank ayam tu..tarian melayu, zapin, india, cina, ada tarian sbh n swak gak..
    Faizal Sulaiman said...
    yeah!!!!

    cayalah ulasan nih;)
    Adam Arjuna said...
    kagum dengan pemerhatian anda dlm arena muzik malaysia ni..

    tahniah..
    NUke_Rude said...
    terima kasih :)

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.