"Eh Eh!! Ni macam member lama aku je ni! Muzamil!!"
Setelah melihat gambar yang terdapat pada profil friendster sahabatnya itu, Amiroul segera klik 'Add as Friend' sebelum terus menghantar mesej menerusi laman sosial itu. Sementelah mereka sudah terpisah sejak tamat darjah 6, maka bermacam-macam cerita mahu dikongsi. Segala yang peribadi juga mahu dimengerti.
Malam itu, mata Amiroul bagaikan tidak mahu lelap, apatah lagi Muzamil yang juga kebetulan online di Friendster membalas setiap mesej yang dikirimkan Amiroul. Ceria. Terpalit senyuman yang cukup lebar di wajah Amiroul.
--
Hari-hari yang berikutnya penuh dengan pengisian yang tidak berfaedah. Sungguhpun masih di dalam minggu ulangkaji, Amiroul masih kerap membalas setiap mesej yang dikirimkan Muzamil di Friendster. Pelajaran entah ke mana, nota pun hilang dari genggaman tangan. Ya, mereka sememangnya akrab sejak darjah satu. Enam tahun persekolahan dahulu, mereka ditakdirkan untuk berada di kelas yang sama. Bezanya tenpat mereka hanyalah ketika peperiksaan UPSR. Itu pun kerana perbezaan permulaan huruf pada nama masing-masing.
--
"Ha. Sure dah ade awek ni? Sapa awek ko? Husna, penolong ketua klas yang gemuk tu ke?"
Itulah antara kandungan mesej yang dihantar Amiroul kepada Muzamil. Gelihati dirinya apabila mengenangkan 'gosip' yang diada-adakan oleh rakan sekelasnya yang lain tentang hubungan Muzamil dan Husna ketika berada di darjah lima. Biasalah, budak-budak dahulu kala, pantang saja ada ketua kelas dan penolong, pasti mahu dikenen-kenenkan.
Belum sampai pun 5 minit, mesejnya itu kembali berbalas.
"Siot kau! Husna skang dah slim la weh.. cantik da. Kalau aku cakap nanti, ko mesti tak caya... aku memang couple dgn dia lah sekarang! hahahaha..."
Tertawa. Kuat dekahnya apabila membaca mesej Muzamil. Berulang-ulang kali dibaca ayat itu, sebelum perlahan tawanya apabila mendapat sms daripada Wahidah.
Oul, mana kau ni? Lupa ke ada study group malam ni?
"Shit! Camne boleh terlupa lak ni?". Dengan tergesa, dia membalas pendek mesej Muzamil, menyarung seluar jean birunya lalu menggapai beg galas merahnya di atas katil. Sebelum keluar, tangannya sempat menyambat t-shirt putih yang tersangkut di bangku kayu.
Dan tidak disedari oleh Amiroul akan kecuaiannya ketika menyarungkan baju menyebabkan kuncinya tercicir di laluan keluar blok asrama.
--Bersambung...
p/s: sorry la, lama x update series. banyak perkara yg perlu diselesaikan.

NUke
6 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
aku terpaksa review episod pertama sbb lupa sapa amiroul..
hahaha...
p/s:ko ok ker...?semlm ko private ko punye blog..??
ye la, mana ade simpanan series. idea tu on the spot saja.