Walaupun aku ni jenis manusia yang malas membaca, tapi ada ketika bila 'mood' itu datang, aku akan menjadi rajin membaca. Selalunya perasaan rajin tu sekejap saja, lepas tu hilang ntah ke mana. Zaman2 skolah dlu, aku paling x suka baca buku sejarah ngan biologi. Maybe sebab byk bnda fakta dan kena hafal kot. Sebab tu skang ni aku tak jadi doktor... huhu.

Sesekali bila otak rase semak, aku akan mula mencari beberapa majalah atau novel yg nipis sbg bacaan rngan. Ya, tambah2 lak buku tu dibuat dgn kertas recycle yg warnanya mcm kuning2 coklat... dan baunya macam bau muntah tu.. lagi la ringan buku tu kan? Apape pun, tak semua buku 'ringan' aku rajin baca. After all, it all depends on my own interest.

Aku tak suka baca novel cinta yg diakhiri dgn babak2 sedih akibat si girlfriend mati diseret treler.. ataupun fiksyen melampau konon2nya tahun 3025 nanti akan ada alien yg bercinta dgn manusia. Walopun itu melambangkan daya imaginasi dan kreativiti sesorg penulis... tapi aku tak mampu nk menghadam bacaan seumpama itu.

So, buku or novel yg macamana yg aku suka?

Novel yg plot ceritanya more or less like a real-life story. Kisah2 budak yg ada masalah lambat cakap yg kemudiannya dibesarkan oleh ibu tunggal. dalam masa yg sama si anak ini semakin akrab dgn si bomba yg pernah menyelamatkannya ketika eksiden akibat ribut dulu2. "The Rescue" oleh Nicholas Sparks. Buku ni mmg dah bjaya buat aku FOKUS membaca sambil berjaya utk tidak menyiapkan assignment fizik swaktu di matriks dlu.


Lepas dah habis baca "The Rescue", aku balik rumah carik2 lagi novel nipis lain dalam kotak kat bawah katil. "The Bombmaker" by Stephen Leather pun bjaya gak buat aku tepukau ngan kemahiran seorg 'bekas ahli kumpulan pengganas' pompuan utk meletopkan 1 bangunan dek kerana nak claim insurance... Sebab apa minah tu folo gak kata org jahat tu?? Sebab org jahat tu sudah culik sama anak dia... Ha! saspen tuh!

Ke aku sorg je yg excited?

Akan ku baca sekali lagi buku2 ni. Pasti!.... Cuma, bila mahu mula ya?

NUke

5 Comments:

  1. Faizal Sulaiman said...
    eloo bro;)
    kaki buku gak yer.hiks.
    jom,welcome to the club.

    wat book club best gak neh.hahahaha

    nak mula balik baca tu part yg paling malas.
    NUke_Rude said...
    faizalsulaiman:
    hah! tu la pasal. nak start balik ni yg malas ni.. hahaha. takpe, b4 tdo ni aku try baca smula.. haha
    iyllienaz said...
    aku benci baca buku sejarah masa sekolah..sudahnya aku akan tido..
    AkU said...
    aku suke buku or novel..yg berkisar kan kehidupan..
    charco said...
    oit oit..huhu...hurm..aku skg pon tgh "rajin" mmbaca..yela da nk exam.. Somehow mmg kne rajin aa baca buku ke..nota ke.. (aiseh!)

    hurmm..aku pon act suka gak baca buku but obviosuly, I hate love story la..(mayb sbb aku tak layan jiwang kot) Buku2 HP..dan brown aku minat baca sbb bole bwk aku msuk dunia kanak2/dunia penuh imaginasi...

    but yeah!! membaca mmg seronok utk tambah pengetahuan n "bermain" ngn emosi...so kpg NUke,semoga ko rajin2 membaca, later leh story kt aku :D

    mode:otak penat + mahu tidur..

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.