Actually aku dah schedulekan entry ni siap2. Sebab hari Ahad ni aku mmg busy dengan pendaftaran sekolah adik aku yg sorg tu.

Hm, takde tajuk yg sesuai untuk entry kali ni sebab aku just nk menulis apa yang ada dalam kepala saja. Memandangkan aku tak reti nk menaip 'stuffs' dlm microsoft words dlu, maka the only way yg aku leh meluahkan apa yg terpendam ialah menerusi blogspot.

Kadang2 aku tak pasti apa tujuan aku berblogging. Adakah sebab aku mahu populariti? Atau sekadar mahu menguji kecekapan dan kemahiran menulis...? Mungkin juga aku mahu menunjuk2 tentang kebolehan aku berblogging dan bolehlah mencanang cerita sana sini. Paling koman pun kalau org tanya "Kau ada blog tak?", aku boleh la jawab "Ya...!"

Dan aku pun pernah terfikir dan bertanya kpd diri sendri; "Apa tujuan blogger2 yg lain ni berblogging?"

Dan sebentar tadi aku ada berbual dengan J. Rindu sangat pada dia. Dan serentak dgn tu, aku terfikir akan sikap dan prejudis masyarakat kita tentang persahabatan berlainan bangsa dan agama. Nasib baik J tu beragama Islam sungguhpun dia ada darah kacukan. Tapi adakah kemungkinan untuk aku direstui oleh keluarga dan masyarakat sekiranya kekasih aku itu asalnya berbangsa lain dan menganuti agama lain? Adakah kau juga pandang serong kalau aku bercinta dengan seorang Cina?

Dan aku masih tahu batasan agama.

Sejak dah bekerja, aku dah ada sumber kewangan sendiri, yang mana aku peroleh dari penat lelah dan cabaran aku mengharungi hari2 yg tak pasti di lebuhraya sebelum bertungkus-lumus di tempat kerja. Dan aku sedikit pun tak pernah menceritakan semua itu kepada para sahabat yang terlalu kerap minta dibelanja. Aku tak lokek wang ringgit bro; malah aku tau keperitan hidup as a student sbb aku pun seorg student dlu2. Aku suka berkongsi rezeki dgn kalian; cuma jgn meminta saja. Aku tahu rezki yg Tuhan berikan tu bukanlah semata2 utk aku, barangkali utk kalian juga. Hari ini mungkin hari kamu, esok lusa, aku pun tak pasti.

Beberapa hari lepas aku nyaris menemui satu kecelakaan jalan raya. Alhamdulillah, pd thn baru ni, aku masih mampu bergelak ketawa dan berjalan2. Mungkin tuhan nak tunjuk padaku akan kekuasaan-Nya yang mampu mengacah hamba2-Nya yang alpa akan suruhan dan larangan yang telah pun Dia tentukan.

Dan baru aku sedar dah lama jugak aku asyik missed dan asyik qada' Subuh.

Ya, lepas membaca semua ini barangkali ada 1 persepsi negatif drpd kamu tentang diriku. Kau boleh simpulkan yg aku ni Gila Populariti, Racist, Boros, dan juga seorang yg Malas sebab tak pernah on-time Subuh.

Dan aku akui kesilapan aku tu.

Tapi kamu mengaku kah setiap buruk perilaku kamu itu?

NUke

6 Comments:

  1. farhana said...
    Bila kita ingt dosa2 kita, bermaksud kita dekat dgn Allah
    Alhamdulillah

    *Sy blogging untuk mengisi masa dan mengeksperikan rasa (sesuai dgn title blog hii)
    Faizal Sulaiman said...
    nice entry;)

    semakin lama kita sedar kesilapan, maka kita takkan mengulanginya semula.

    aku berblogging sebab memang aku minat menulis dan melihat dunia dr sudut aku sendiri;)

    btw, entry kalini "tak kosong" okay.

    hdup nuke;p
    NUke_Rude said...
    farhana:
    :)
    kata2 kamu itu betul2 melegakan saya. thx!


    faizalsulaiman:
    btul br0. as long as u knw ape tujuan ko blogging, itu pun da dikira baik
    :)

    thx!
    a.t.O.k. said...
    dulu aku berblog saje untuk suka2.
    tapi bile aku dapat follower, aku teruja dan terlupa tujuan sbnr aku berblogging.
    maka lepas aku sdar sume tuh, aku kembali semulaa tujuan asal aku tanpa mengira follower ataupon jumlah komen yg diterima.
    charco said...
    hurm..anda mmg seorang abg yg baek kerana snggup menemankn adik anda mendaftar :D

    keep on blogging dgn entry2 yg lebih menarik lpas ni :D
    Jaclyn said...
    hi there sorry for being informal but i cant seem to get hold of your email on your blog. would you be interested to do an advertorial for my client? do contact me at doinkyjac@gmail.com

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.