Okaylah. Memang dah kecoh pasal kes bakar gereja. But now, not just in KL, tapi dah merebak sampai ke Seremban pula. Well, ketika aku menulis ni, ianya masih tidak disahkan. Kena tunggu berita jam 8 malam nanti la. Aku dpt tau pun sebab one of my colleague yg bgtau. Dia ad dapat emel & sms pasal kes bakar gereja di N9.

Benar atau tipu, wallahualam.

Kes bantahan penggunaan kalimah 'Allah' ni memang menarik minat semua pihak; baik yang berniat baik atau buruk. Memandangkan ini isu sensitif dan boleh mencetuskan huru hara pada negara, so banyak la kesah diputar belitkan dan ada juga yg sengaja meng'api-api'kan sesetngah pihak utk bertindak lebih xtreme.

Siapa yg salah? Bagi aku.. semua org bersalah.

Masyarakat Kristian yg tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam (aku kata Islam, bukan MELAYU) di Malaysia. Tolong jangan samakan masyarakat Islam di Malaysia dgn Indonesia ya! Di Indonesia, kahwin campur tanpa bertukar agama pun diorg tak kesah tapi di Malaysia, isu berkaitan agama, memang sensitif. Apa lagi dgn penggunaan kalimah Allah.

Begitu juga dengan mereka yg bertindak mengikut perasaan. Apa nak jadi ni? Sampai bakar2 n baling2 bom petrol kat tempat keagamaan? Walaupun ketika perang, tidak sepatutnya seseorg Muslim (kalau yg melakukan serangan ke atas gereja itu seorg Muslim) menyerang dan merosakkan rumah2 agama. Sebab Islam mengajar kita menghormati agama lain. Begitu juga dengan penganutnya. Hormati hak mereka untuk beragama. Cara kita ialah dengan berdakwah.

Apa yg kau mahu cerita kan bila semua kawan2 non-muslim kamu mula memandang serong tentang agama ISLAM? Walaupun mereka tahu ada juga kemungkinan ianya berlaku bukan disebabkan oleh perilaku komuniti Muslim, tapi sikit tak banyak serongnya pandangan mereka terhadap agama yg aku anuti ini tetap ada...

Ya, siapalah aku nak berbicara ttg agama. Tapi sekurg2nya aku masih lagi menghormati masyarakat bukan Islam yg lain. Sebab apa? kau tahu sebab apa?

Sebab aku masih sedar dan ingat akan imej dan personaliti seorang MUSLIM yang aku bawa.

Dan aku masih menghormati hak dan kebebasan mereka untuk beragama.

NUke_Rude Blog menentang serangan ke atas rumah2 ibadat.

Respect people.. RESPECT!

NUke

7 Comments:

  1. charco said...
    yup..isu agama mmg sgt sensitif kt Malaysia.. tp bg aku, aku pon tak bersetuju dgn cara merosakkn rumah agama sbgai tanda protes. kita ada byk cara nk selesaikn masalah ni. drpd nk selesaikn satu masalah,kita plak sibuk mencari masalah br..

    (kita = warga Malaysia)

    Oleh itu, aku berharap, dlm kes ni takde mane2 pihak cuba menangguk air ngn mengapi2kn sentimen agama dan cuba "memanipulasi"kan situasi kt negara kita utk tujuan terselindung samada bersifat utk kepentingan peribadi atau kepentingan laen..

    peace!
    a.t.O.k. said...
    betul.setuju sangat.kate 1malaysia.apsal nak bengang bakar2 bagai?
    sendiri nak suruh orang hormat, sendiri tak tau nak hormat orang.be rasional la.walaupon aku kat negara orang yang major bukan islam, tapi diorg lebih pandai menghormati agama lain berbanding kat negara yang majority islam.nampak?
    aku pon x tau kalau tuh hanya propa pihak2 tertentu.tp ape yang pasti, kalau berterusan mcmnih, aku x terkejut klu peristiwa 15mei jadi lagi.
    er betul tarikh 15mei kan?konpius plak.
    razy san™® said...
    aku sgt sokong entry ni..
    pgunaan kalimah Allah pd msyrkt bkn muslim bukn 1 jnyh sbnrnye, asalkn mereka bijak dlm mgunaknnye dgn m'ambil kire plbgai aspek..

    aku rse mse zaman Rasul dlu pun, msyrkt muslim tdk dibnrkn mbkr rmh ibadat agama2 lain..(mungkin la)

    tndkn mbkr gereja ni dh sme mcm tindkn israel..kite kt sni sgh2 mbenci israel ble diorg bkr masjid di palestin..tp tindkn ssgth phk yg bkr gereja tu aku rse mcm lbh kurg sme je dgn tndkn israel yg x hormat agama lain

    aku pun xlah pndai sgt dlm bidang agama...tp ni skdr pdpt aku je..kalo slh hrp perbetulkn ye enche nuke

    tq
    NUke_Rude said...
    hoh panjang2 btul komen korg!

    charco:
    stuju! biasanya bla keadaan camni, ada lah yg nk mem'politikkan'nya. Malaysia.

    atok:
    itu yg kdg2 buat aku rs malu nk mngaku rakyat malaysia. kata je ngara dah maju. but ade jugak pemikiran primitif camni. btw, bukan 15 may. tapi 13 May 1969. hahaha. ye ke?

    razy:
    so far, betulla ap yg ko ckp. da mcm israel lak serang2 ni. pastu lepas tangan. tak mngaku. timbulkan huru hara.

    manusia.. manusia..
    Faizal Sulaiman said...
    betol tu nuke.Islam mengajar kita utk hormat agama lain, bukan ngan cara begini.(bakar gereja). Kalau buat pon tak mendatangkan faedah.
    skunk ni dah kecoh, hubungan dua hala Islam-Kristian dah renggang. Tak elok a macam tu. Allah tu beri byk pilihan pada kita.
    AkU said...
    we shared the same value man..
    im totally against all this things..
    NUke_Rude said...
    faizalsulaiman:
    betul! byk lagi option lain. berdialog ke..

    aku:
    yeah!. thanks!

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.