PE’US : Siri 1

"Dahtu? Last-last diorang couple tak?", Aisyah mencelah. Sampukannya itu menyebabkan Wahidah dan Izham sedikit geram. Memanglah, sedari tadi mereka asyik mendengar setiap butiran kata Amiroul yang menceritakan kisah Asyraf dan Xyryll.

"Bising lah kau, Aisyah! Biarlah Miroul habiskan cerita ni… tak sabar-sabar! Ha! Oul, ape endingnya? Couple ke diorang tu?", kali ini Wahidah pula bertanyakan soalan yang sama setelah fokusnya terganggu. Amiroul tidak segera menyambung ceritanya itu. Dicapai botol air mineral Spritzer di atas meja itu lalu diteguk perlahan airnya. Dia merasakan yang tekaknya kering setelah terus-menerus bercerita tentang kisah Asyraf dan Xyryll kepada Izham, Wahidah dan Aisyah.

Ya… couple! Sampai la sekarang…

Jawapan kepada persoalan sahabat-sahabatnya itu disambut dengan tawa si perempuan, manakala Izham bagaikan tidak percaya. Riak wajahnya berubah. Separuh hari Rabu keempat-empat sahabat karib itu terbazir begitu saja. Memandangkan mereka masih mempunyai waktu untuk menyiapkan diri bagi peperiksaan subjek Mekanik Kuantum, maka sengaja Amiroul mengajak teman-temannya itu bersembang dan berbual; sebelum terbuka kisah silam dua lelaki yang dahulunya tidak pernah dikenali; Xyryll dan Asyraf.

Eh Roul! Macam mana kau boleh tau details pasal story nih?

Diorang tu kawan kau ke, Roul?

Izham musykil, sambil menyandar pada bangku simen sambil jari-jemarinya ligat menekan butang handphone. Sambil mendengar cerita, Izham sibuk berbalas mesej dengan girlfriendnya.

"Akak aku yang cerita semua ni. Alya’ tu kakak aku… mestilah aku tau details pasal benda ni.

Hah?? Macam mana kakak kau tahu weh?”, Aisyah pula yang memberikan respon. Buku notanya segera ditutup dan matanya kembali tertumpu kepada wajah Amiroul yang berjanggut nipis itu. Wahidah juga mengikuti Aisyah. Buku yang tertutup itu diletakkan di atas meja batu itu. Mendengar suasana sunyi untuk seketika turut mengundang Izham untuk beralih tumpuan daripada skrin handphonenya kepada setiap wajah sahabat-sahabatnya itu.

Xyryll yg story semua ni kat my sis. Dia minta clash. Sengal kan? Harap je muka hensem, tapi minat kat jantan!

Entah apa yang kelakarnya, masing-masing tertawa dan mula mempersendakan Izham yang memiliki rupa dan menarik perwatakannya. Wahidah berseloroh, bertanyakan tentang status orientasi seksual Izham. Dan ianya berlarutan dengan gurauan dan hilai tawa mereka yang lain.

--

Tak larat la aku nak gelak… perut pun dah lapar! Jom geng, mapley!”, Wahidah akhirnya tewas dengan bingit yang dilaungkan mereka.

--

9.43 malam.

Check friendster jap lah!”, bisik hati kecil Amiroul setelah matanya muak dan penat menatap nota Mekanik Kuantum. Segera dilayari internet dan mendaftar masuk ke laman sosial tanpa batasan itu. Satu-persatu ruangan dilihatnya.

Hm, not bad… 165 views untuk hari ni! Ok la tu…

Klik..

Klik, Klik…

Sapa lak mamat ni? Tiba-tiba view aku…

--Bersambung…

p/s: Kembali!

NUke

12 Comments:

  1. Ren said...
    oooh dah ada sambungan! caner nak pronounce tuh??

    sybas! teruskan usaha!
    Faizal Sulaiman said...
    ouh..sambungan.

    akan adakah lagi cinta terlarang itu?
    hohohohohohoho

    nice sequal;)
    iyllienaz said...
    ohh..kesinambungan..hehe..=)
    a.t.O.k. said...
    haha.ade je otak ko nk wat cite eh.
    NUke_Rude said...
    janggel:
    ye janggel! sebut camni... "pe' us" bukan pe' as yer...

    faizalsulaiman:
    ko mmg suka la cinta terlarang kan ?? hahahaha.. thx br0!

    iyllie:
    ye! :P

    atok:
    sementara ada otak ni.. apa salahnya atok.. ;)
    faiq said...
    peh ramai gile viewer ko
    Fauzzan Helmy Anuar said...
    suka...
    cepatlah sambung ye
    support
    Anonymous said...
    This comment has been removed by a blog administrator.
    Anonymous said...
    jalan cerita yg unik.. isu camni mmg sering berlaku sekarang.. dengan ada nya cerita camni,bole la kita buka sikit mata tentang isu-isu sensitif masa kini..
    Adam Arjuna said...
    hebat la bro..
    karya yg makin bercambah-cambah.
    byk lak idea ko wat citer berkonsep-konsep cenggini eyh..

    dasat arrr...
    Unknown said...
    huhuhu...maaf sudah cbuk kira duit...haha
    jadi lmbt ler bace blog ko...
    next episode ok...
    charco said...
    buat novel..kalo da kaya blanja kami yg sntiasa mmbaca blog anda ini ok!

    mode:happy + missing my honey so much.. (er..i shudnt say here..but i ask for ur permission ya mr.NUke)

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.