PE'US : Siri 4

Sambil berbaring, mata Amiroul ligat memerhatikan bilah kipas yang laju saja berpusing. Dalam samar-samar malam itu, matanya dirasakan amat payah untuk lelap. Tambahan pula hasrat untuk mengucapkan terima kasih kepada Fairus tidak kesampaian. Fairus tidak ada di biliknya ketika itu.

Telefon bimbitnya dicapai. Dengan ligat dia mencari nama-nama kenalannya dari simpanan direktori telefon bimbitnya... sehinggalah namatanya tersinggah pada satu nama; Khadijah. Hatinya sedikit tergerak untuk menghantar sms kepada bekas kekasihnya itu ketika di sekolah menengah. Tanpa berlengah, ayat-ayant diatur kemas didalam minda; sebelum akhirnya diterjemahkan dengan perlakuan menaip mesej yang kemudiannya dikirimkan kepada Khadijah.

Semoga tidurmu diberkati olehNya. Nyte.

Ringkas. Dan seperti yang dijangkakan, tiada jawapan dan balas. Lantas dipalingkan badannya yang letih itu menghadap dinding.

--

Berpinar mata Amiroul setelah mendapati silau mentari tepat mengenai matannya. Jam loceng yang diletakkan di sebelah bantal tepat menunjukkan jam 9.25 pagi. Masih cukup waktu baginya untuk bersiap dan bertemu Izham, Wahidah dan Aisyah untuk membincangkan past year seperti yang dijanjikan semalam. Segera tuala birunya dicapai setelah dia membaca kiriman sms daripada Khadijah. Senyum.

--

Pintu bilik air dibuka. Langkahnya perlahan menuju ke arah sinki, setelah selesai mandinya. Sambil mencukur bulu halus yang mulai panjang di pipi, Amiroul menyedari dirinya disapa seseorang.

"Awal bangun hari ni?"

Toleh lalu matanya segera menangkap dan memerhatikan kelibat seorang lelaki yang baru saja melangkah masuk menuju ke arahnya. Perlahan tangannya menurunkan shaver dari permukaan pipi, sebelum kemudiannya dibilas menggunakan air di sinki. Senyum.

"Aku Fairus."

"Amiroul."

Berjabat.

--Bersambung...

p/s: Ni antara episod yg pendek. sebb episod lpas ni agak panjang. heh.

NUke

1 Comment:

  1. Faizal Sulaiman said...
    pendeknyerr.hehehehe..good bro!

    aku ngah siapkan projek neh.datangla idea..

    nanti ko baca ok!

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.