PE'US : Siri 3
"Sorry geng! Aku tak perasan yang aku dah terlambat tadi...", Amiroul memohon maaf sambil mengangkat tangan kanannya kepada rakan-rakannya yang sudah pun memulakan ulangkaji. Suasana malam itu sedikit panas dan kering. Memang mereka selalu membuat ulangkaji di bilik sumber maklumat kolej, kerana keadaan yang tidak terlalu hingar sedikir sebanyak boleh membantu mereka untuk lebih fokus terhadap segala butir-butir perkataan yang terdapat di dalam nota kuliah masing-masing.
"Oul, kau rasa kan... soalan pasal Schroedinger equation ni keluar tak?", Izham tiba-tiba mencelah setelah menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan soalan latihan. Serentak dengan itu, Wahidah dan Aisyah juga berpaling. Begitu juga Amiroul. Masing-masing mula memberikan tumpuan kepada sehelai kertas yang berisi jalan kira yang ditulis Izham.
"Mak aih! Aku rasa soalan ni sure keluar punyalah!", Wahidah awal-awal telah memberikan pandangannya. Aisyah turut bersetuju dengan sahabatnya itu. Memang kebarangkalian soalan itu untuk muncul dalam peperiksaan kali ini agak tinggi. Sementelah Dr. Nizam asyik bertanyakan tentang persamaan itu berulang-ulang kali semasa di dalam kuliah sepangjang beberapa minggu lepas.
"Confirm lah keluar! Kau tak ingat ke Dr. Nizam asyik mention pasal equation ni setiap kuliah?".
Masing-masing terus berbincang akan penyelesaian permasalahan itu. Sesekali ada yang bercanggah pendapat. Namun, hilai tawa juga turut bersulaman. Sebelum akhirnya mereka tewas dan terpaksa merujuk semula nota kuliah Dr. Nizam.
--
Kafeteria. 11.45 malam.
"Nasib baik Dr. Nizam tu hensem kan Wahidah...! Kalau tak, mesti aku malas nak datang lecture dia..", Aisyah sengaja berkata demikian. Dia tahu sebenarnya Wahidah yang asyik memuji ketampanan wajah Dr. Nizam semasa berada di dalam kuliahnya. Menyedari akan hal ini, Izham dan Amiroul masing-masing mengambil giliran untuk menyakat Wahidah yang mula kemerahan mukanya.
"Okay lah guys. Aku nak balik bilik dulu. Esok pagi kita discuss past years lagi!", Amiroul bingkas bangun dari dudukannya lalu menggalas beg. Disalamnya tangan kanan Izham sebelum berpaling dan memulakan langkah meninggalkan ketiga-tiga sahabatnya itu yang masih belum menghabiskan minuman masing-masing.
"Oul... Before gerak, sms aku dlu bro!", pesan Izham kepada Amiroul.
--
"Fuck! Mana kunci aku ni??"
Amiroul hanya menyedari bahawa kuncinya tiada di poket seluarnya sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam blok kediaman asramanya. Langkahnya diatur pelahan sambil tangannya ligat memeriksa segenap poket seluar dan akhirnya memeriksa setiap ruang yang ada di beg galasnya itu. Kosong. Memang tiada kunci biliknya itu. Ketika ini dia telah pun berada di muka pintu biliknya.
Menyedari lampu biliknya menyala, Amiroul yakin bahawa rakan sebiliknya sudah pun pulang. Segera pintu bilik dikuak dan matanya ligat mencari sekujur tubuh milik roommatenya itu.
"Ha! Kau hilang kunci kan?", sapa Zamri sambil menghirup Nescafe yang baru saja dibancuhnya. "Tadi ada sorang budak hantar kunci kau... Dia kata dia jumpa kat jalan keluar blok ni", sambil memperkemaskan duduknya, Zamri kembali menghadap laptopnya.
"Siapa yang bagi balik kunci aku Zam?", soal Amiroul yang kelegaan. Tidak disangka, masih ada insan yang jujur dan berhati mulia dalam dunia ini. Ya lah, kalau diikutkan kelaziman persekitaran di universiti ni, sudah pasti biliknya itu dipecah masuk dan segala barangan berharga pastinya sudah hilang.
"Ermm.. Budak bilik 411. Kalau tak silap aku... Fairus kot nama dia...", balas Zamri ringkas.
"Oh! Thanks. Aku gi jumpa dia kejap la."
--
Pintu diketuk. Salam diberi. Tiada berjawab. Sekali lagi diketuk. Lalu terdengar akan bunyik seseorang melangkah menuju ke daun pintu.
"Ya?"
"Fairus ada?"
--Bersambung...

NUke
6 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
mst skendel baru neh.konfiden tol aku.
p/s:selamat berhujung minggu yang panjang
haha. teruskan la berteka-teki. skandal atau tidak, itu kna tunggu.
syah:
tidak sama...
tengku:
haih. takkan nk terus buat next episod kot.. ni pun sparuh hari aku memikirkan nk sambung cta ni.. next week la.. haha