"Tumpang tanya, kat mana rumah Haji Mahamad, anaknye Wan Ngah yang lakinya mati ditembak komunis dulu tu?"

"Ooo.. Haji Mahamad! Kamu jalan teruih sampai nampak 3 trefik lait, nampak simpang empat, kona kanan, lepas kamu lalu 2 bamper, himpit kiri sampai nampak kedai Akob. Rumah si Mahamad tu kat blakang rumah Akob."

--

Membantu orang dalam kesusahan itu memang satu perilaku mulia. Membantu orang yg kehilangan dan buntu mencari arah tujuan juga merupakan amalan mulia JIKA org yg dibantu itu bertujuan baik. Silap2 terbantu org yg berniat merompak ke, ape ke... tak ke naya?

Anyway, bukan itu tujuan entry kali ni. Slot pantang larang edisi ke 16 ni nk memberi peringatan kepada penulis dan pembaca sekalian tentang tips2 mudah ketika memberi panduan arah kepada orang lain.

Jangan memberikan direction seolah2 org yg bertanya itu familiar dgn kawasan tersebut mcm anda. Kalau betul la dia familiar, takkan dia tanya direction kat anda, bukan? Jadi, pastikan direction yg diberikan itu mudah difahami, ringkas dan padat. Berikan gambaran yang betul tentang kawasan sekitar yg hendak dituju oleh si penanya.

mention juga apap2 landmark yg boleh membantu, misalnya '...jalan terus sampai nampak masjid kat sebelah kiri...'. Dan pastikan anda mahir dalam membezakan 'kanan' dan 'kiri'.

Dan yg penting, gunakan bahasa yg mudah difahami.

Tapi lagi bagus kalau sebelum memulakan perjalanan, anda study dlu jalan2 yg ada di area tersebut. Google map kan ade skang ni...

NUke

6 Comments:

  1. Faizal Sulaiman said...
    ye stuju tuh!
    Ren said...
    Selain google map, GPS pon boleh membantu..;p
    charco said...
    hahaha...ckp biar betul da jelas :D
    iyllienaz said...
    kalau yg bertanya tu hensem, bawa kan dye terus ke destinasi..haha
    NUke_Rude said...
    haha. btul. bagi direction tu biar as simple n ringkas habis. but mk sure understandable la.
    AkU said...
    eaku nyo caption tok gambou tuh..hahhaa..slang utara ado..slang central pown ado..

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.