Surat yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Setelah 6 bulan menamatkan pengajian di universiti, akhirnya tanggungjawab aku sebagai peminjam haruslah dilaksanakan. Surat Bayaran Balik Pinjaman PTPTN dah pun sampai. Nasib baik aku dapat pinjaman separuh saja; RM10,500.00. Dalam jadual pmbayaran tu pun amik masa 5 tahun nak settlekan.
Dasyat diorg ni buat untung. Aku diberi pinjaman RM10,500.00 yang mana itu pun tak betul2 cukup aku dapat sebab setiap sem aku dapat kurang bebrapa ratus. But then, dalam surat tu, diorg suruh aku bayar extra RM912.36 as kos pentadbiran.
Kos pentadbiran..?
So jumlah bayaran = RM 11,412.36
Eh, boleh tak kalau aku nak bayar tak ikut amount yg diorg tetapkan tu? Sapa2 tahu? aku kalau boleh nak cepat setelkan hal PTPTN ni. MAlas aa nak kna bayar sampai 5 6 tahun. kalau boleh setel cepat, lagi bagus.
:)
NUke
dalam topik : personal
14 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
lagi cepat settle lagi bagus :)
halal kaedahnye..hahaha..
klu nk cpt byr cash teruslh..
heheh.. tu pn klu ada 11 ribu..
boleh eh?
aku:
sama ada dorg halalkan.. atau ko punya hutang byk sangat. tu yg x sampai2 lagi sbb byk kertas kna guna nak print surat tu.
syah:
jadi, study lah elok2.
bkn hutang..pinjaman..
ngeee..
akak aku yg larang amek pasal die kena bayar lebih mahal.
bayangkanlah dia dpt ptptn dr diploma sampai degree... erk!
boleh eh bayar gna kwsp.. huhu. nnti lah tya kat kwsp. thx!
aku:
ya! pinjaman!
ashraf:
tu la pasal. ni pun nasib baik la aku dpt half je. kalo full pinjaman, mau sampai 10 thn nk kna baya...
iyllie:
tahu takpe. macam2 gak dorg ni.
kos pentadbiran dia mang mahal gaban la.nak byr PT tu plak mesti atas dari percentage kos pentadbiran.
baik ko menyimpan dr skang. nti sng nk bayar. haha.
janggel:
yeah! trima kasih!
alhaqimi:
oh! kalo setel awal dorg pulangkan kos pentadbiran? haa.. cambest je. insyaallah, nti aku jmpa. Thanks.