Siri 1


Kau serius ke Asyraf?”, kata Xyryll yang masih terkejut dengan soalan yang diajukan rakan sebiliknya itu. Dia seolah-olah tidak percaya, setelah apa yang diperlakukan terhadap rakan baiknya itu… setiap perilaku yang sepatutnya dibalas dengan kebencian… kini sebaliknya.

Kenapa? Tak boleh ke kalau kita bercinta?

Kau sayang aku, bukan?

Asyraf melepaskan butiran kejujuran kata dengan selaju yang termampu. Bergetar jantungnya mengatur ayat untuk meyakinkan dirinya sendiri; berani mengajukan sesuatu pertanyaan dengan gopoh.

Segera Xyryll menuju ke arah Asyraf yang masih terduduk di atas katil. Dengan separuh duduk, meletakkan lutut kiri di atas lantai tak bertikar itu, Xyryll menggenggam kedua-dua tangan Asyraf.

Aku sayang kau, Asyraf.

Peluk. Sebelum masing-masing menyedari akan degup laju jantung kedua-dua lelaki bertubuh tegap itu. Baju nipis yang dipakai Asyraf itu tidak mampu mengalirkan bayu sejuk bumi Melaka ke tubuhnya, yang kini hangat dipeluk kekasih barunya malam itu. Tidak disangka, jauh sekali berangan untuk dirinya bercinta dengan seorang lelaki yang satu ketika menjadi teman sepermainannya ketika kecil – Xyryll.

Tangan-tangannya kemas menekap pipi Xyryll, disaksikan sepuasnya wajah milik seorang lelaki yang mengubah minatnya terhadap seorang perempuan; seorang lelaki ‘macho’ yang terkenal dengan sifat maskulin dan athletic ketika di zaman sekolah.

Rambut lelaki itu dibelai perlahan, dan ada ketikanya direntap manja, merapatkan muka mereka berdua, sebelum hidung mancung Xyryll bertemu dengan hidungnya. Berdengus nafas yang semakin kencang. Tersengih kedua arjuna yang mula menikmati cinta antara mereka, menampakkan baris gigi yang putih, dihias lengkap dengan taring yang cukup menggoda pabila ditusuk ke bahagian leher.

--

Allahu Akbar, Allahu Akbar!

Ada ketika, Asyraf merasa keliru dengan apa yang terjadi malam itu. Sungguhpun ia berakhir dengan tidak memaksa diri masing-masing untuk mandi wajib, akan tetapi dia sesekali merasa rimas pada bahagian bibir yang disedari kering akibat tujahan nikmat dan permainan lidah yang memberahikan.

Tualanya dicapai perlahan, sebelum satu per satu pakaian yang menutupi tubuh ditanggalkan. Dalam gelap dan pekat subuh itu, dia terperasan akan Arief yang baru saja tersedar dari lamunan, manakala Xyryll masih lagi lena dibuai mimpi. Fadhiri? Dah tentu dia lah yang paling awal bangun, mengalunkan azan, menghalau syaitan yang menghasut manusia tuk menarik selimut ‘kulit babi’.

--

Tujahan air pancur ke arah mukanya, sedikit sebanyak menyegarkan dan menghilangkan ngantuk dari tubuh. Satu demi satu keletihan malam tadi surut dan mulai hilang bersama aliran air yang keluar ke lubang di lantai bilik mandi. Dalam pada dia sibuk membersihkan diri, kedengaran beberapa orang sudah mula memenuhi bilik mandi bersebelahan yang kosong. Menyedari akan perihal itu, Asyraf menyegerakan mandinya, memberi peluang kepada teman-teman lain untuk menggunakan bilik mandi.

Tersenyum sambil mencukur janggut nipisnya itu, mengenangkan baris kata yang diluahkan Xyryll. Jauh mendalam lamunan Asyraf ke dalam cermin itu sehinggakan kehadiran Anuar yang lama berdiri disebelahnya itu pun tidak disedari.

Hok aloh… Shave janggut pun leh senyum?? Gila ke ape?? Pepagi dah gila??

Bising lah kau! Aku tengah happy ni…

Mimpi beromen ngan Avril Lavigne lah tu.. hahaha

Sial..! Hahaha.

Dalam pada mereka bergelak ketawa, satu suara muncul dari belakang, mengejutkan kedua-dua sahabat itu.

Berani kau kacau jambu aku…!


--Bersambung…


p/s: Kisah Asyraf, Xyryll dan Alya' (yang kononya lama dinantikan) kini kembali menemui pembaca. 

Sudah lupa bagaimana pengakhiran musim pertama? Klik sini untuk membacanya. 

Oh! Tak pernah tahu akan kewujudan cerita bersiri ini?? Klik sini untuk membaca semuanya!

NUke

6 Comments:

  1. sYukCurz said...
    yes! da ade new series nih
    iyllienaz said...
    sudah..jambu dia la plak..abesla lepas ni kena control..
    Faizal Sulaiman said...
    whoaa..
    tahniah bro!
    penggunaan bahasa yg lebih matang utk siri ke 2 ni. you did it well:)

    bila sambung??hehehe
    Unknown said...
    gulp..gulp..

    cikgu bahasa melayu bagi A+..
    bootunque said...
    bes2..jgn lama sgt nak sambung, x sabo rasanya...
    ismaelzaharee said...
    Foa, tahniah sebab dh berjaya terbitkan Sekual kedua untuk siri ini.

    Aku x nk komen mcm academician pulak, just go on..

    and, olah jalan cerite yang lebih menarik dan KLIMAKS yang suspend..

    Ok.. Best of luck

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.