Siri 2


Berpaling. Anuar dan Asyraf memandang ke arah diri masing-masing. Jelas sekali terpancar wajah kekeliruan pada muka Anuar yang bingung akan ‘amaran’ yang dilemparkan oleh Xyryll kepada dirinya itu.

Bertuala biru yang semakin pudar warnanya, Xyryll segera merapati Asyraf yang masih menggenggam pencukur di tangan kanannya. Dirangkul perlahan leher kekasihnya itu sambil cuba merapatkan kepala Asyraf ke arah mukanya – dengan tujuan untuk mencium ubun-ubun lelaki itu. Menyedari akan sikap tak terduga Xyryll ini, Asyraf segera menolak dada Xyryll. Riak wajahnya sedikit berubah seolah-olah menyembunyikan satu perasaan yang semakin membuak dalam hati seorang lelaki. Ya, amarah.

Kau pehal ni?!

Bagaikan tersentak daripada lamunan dan ngantuk pagi, Xyryll terkebil-kebil setelah dirinya sedar dek tolakan kuat yang dilemparkan Asyraf.

Ntoh!! Kau ni kenapa Xyryll?”, sampuk Anuar.

Pepagi lagi dah gila??”, ulangnya.

Hah! Elok benar lah tu. Roommate dengan roommate. Masing-masing dah gila pagi-pagi hari…”, Anuar berlalu menuju ke bilik mandi yang sudah kosong, mengambil masanya untuk membersihkan diri. Ditinggalkan kedua-dua lelaki itu dalam keadaan yang statik; berdiri tegak sambil memandang ke arah diri masing-masing.

Anuar bersiul sambil mandi.


--

Agak-agak lah weh!

Aku tak suka lah bila kau buat macam tu tadi…

Baju kemeja putih itu disarung dan dipakai perlahan oleh Asyraf. Hampa dirinya setelah bebelannya itu tidak berbalas. Sekurang-kurangnya balaslah dengan ‘Ya’, jika berat sekalipun, nada suara yang lebih menjurus kepada meminta maaf juga sudah cukup untuk memuaskan hatinya. Butang kemeja itu dikenakan satu per satu. Dan keadaan dalam bilik itu masih senyap. Cuma sesekali kedengaran denting cawan porcelain akibat dikacau kuat dengan sudu oleh Arief yang sedang menyediakan Milo untuk minum paginya.

Setelah memastikan rambutnya disikat rapi dengan jemarinya, Asyraf menggapai beg galasnya untuk segera ke kelas tutorial Matematik. Stoking disarungkan dengan segera sebelum kasut kulit hitam yang berkilat itu dipakai, melengkapkan ‘uniform’ seragamnya.

Hampir saja pintu bilik ditutup oleh Asyraf, Xyryll menahan dan menguaknya sedikit, memberikan ruang selebar beberapa inci cuma untuk dirinya melihat wajah Asyraf yang terkejut.

Minta maaf ya.

Mata kanan dikenyitkan.

Lunch sama-sama kejap lagi okay?”, balas Asyraf.

Okay. Aku belanja.

Berlalu. Dalam perjalanan ke kelas tutorial, Asyraf masih lagi tersenyum. Ada ketika dia tersengih, menampakkan gigi putihnya itu. Dan perihal ini disedari Anuar yang kebetulan berselisih dan berjalan di sebelahnya.

Tu dia…!

Dari tadi duk tersenyum, tersengih sorang-sorang…

Pepagi lagi dah gila!

Gelak.

--Bersambung…

NUke

3 Comments:

  1. Faizal Sulaiman said...
    kesimpulan aku:

    bukan gila, tapi angau.kihkihkih
    Unknown said...
    huhu..giler lah..cinta mekar di jiwa..hahahaha
    Afir said...
    sorry..kali ni aku x bape nk tak tangkap persoalan yg cuba ditimbulkan...cewah, macam la apajkr sgt menulis sampai nk bg komen camni kan

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.