After merelasekan 'Insha Allah' awal tahun haritu, penyanyi muda berbakat ini mengambil keputusan utk sama2 membetulkan persepsi Barat terhadap perilaku Nabi Muhammad dan umatnya; yakni kita, Muslim. Lagu yang rapi disusun dengan ulangan melodi piano yang menusuk kalbu, ditambah pula dengan penggunaan bahasa mudah dan cepat utk dihafal dan difahami, 'The Chosen One' membuktikan kematangan Maher Zain dalam penyampaian makna yang tersirat di dalam lagu.

Diilhamkan oleh sifat dan perilaku mulia Nabi junjungan, s.a.w., 'The Chosen One', jika dinilai dari sudut melodi sudah cukup memberangsangkan dan kuat dek gabungan alunan vokal yang segar disulami bass, gitar, synch, 3 lapis suara latar dan juga strings.

Satu lagi produk berkualiti daripada; Maher Zain.

Song: The Chosen One
Album: Thank You Allah
Release Date: Aug 01, 2010
MyRate: 3.8 / 5.0

NUke

1 Comment:

  1. Faizal Sulaiman said...
    lagu tu mang besh ar.soothing je sore dia kan?

    lagu awaken pon best:)

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.