Semalam, adik-beradik aku smua datang berbuka puasa di rumah ibu. Kebetulan, adik aku yg sekolah asrama tu pun pulang ke rumah bonda untuk sama2 berbuka puasa. Padahal, salah satu tujuan dia balik tu sebab nak mintak duit kat kakak2 & abang2 dia yang dah keja tu. Macam la kitorg tak tau. Berbalik pada perihal berbuka puasa, maklum sajalah, kalau dah namanya ade reunion adik beradik, for sure akan ada satu pebincangan yang akan berlaku.



Tengah duk mengupdate pasal masing2, tiba2 aku bertanya kat Along,

"Eh Monyet, kau dah tengok ke barang Linkin Park yang aku beli last year, guna kredit kad kau tu?", sambil aku membelek2 henfon utk membalas mesej J.

"Ha! Mana?? Apa benda je yang kau beli?"

"Tu!.." Sambil menunjuk ke arah vinyl record yang tergantung kat dinding. "Tu vinyl record. Boleh play tu, but kena guna vinyl record punya player laa."

"Oo.. ye ke? Ape benda namanya tu?"

"Vinyl record."

"Vinyl record?"

"Ye..vinyl record..."

"Vinyl record?"

"Vinyl record!!"

"Oo. vinyl record...", Along bersambung... "Vinyl record ni dgn piring hitam yang zaman dulu-dulu tu tak sama kan?"

Mengenangkan akan hal itu, timbul pula persoalan dalam fikiran aku, lalu aku pun bertanya Along;

"Along, piring hitam tu dalam English apa ya?"

"Entah.. Hmm..", balas Along sambil berfikir..

"Bukan ke BLACK PLATE?", kata aku.




Kalau cikgu English aku tau pasal hal ni, sure dia menangis... tak tau la sebab gembira, atau sedih!


NUke

5 Comments:

  1. Faizal Sulaiman said...
    aku rasa mesti dia menangis-kegembiraan sbb ko dah reka 1 terms baru.hahahahaha
    Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...
    hahaha.nasib baik kau tak bubuh hot plate.

    tapikan,bukan sama ker?vinyl record dgn piring hitam?ahh! beli myvi la begini.mesti nanti kau kata 'Vi saya'.
    Unknown said...
    hahaha....
    aku pun tk tahu orang paggil aper...
    iyllienaz said...
    haha..vinyl record tu piring hitam laa..tapi xtau la zaman dulu2 nya player ley play ko nye vinyl record tu ke x..

    haha lawak korang ni..dah la panggil along ko monyet..
    NUke_Rude said...
    faizalsulaiman:
    hahaha. mungkin jugak. huhu

    razi:
    hot plate pun cam cara gak. haha. Vi Saya?? comel doh!

    tengku:
    tapi aku rasa dorg panggil vinyl gak la.

    iyllie:
    kitorg mmg slumber je. Monyet2.

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.