Semalam, setelah seminggu aku ambil cuti dari kerja, aku pun menyambung semula rutin sebagai seorang pekerja kat event management punya company. Well, as expected, memang berlambaklah email yang masuk and waiting for further actions. But aku takde lah menjangka sehingga sebegitu banyak emel!! 68 email baru. Dan ada juga daripada tu emel2 berangkai. Kalau korang guna Google Mail, aku rasa korang leh bayangkan kot. Sometimes in that one particular email, correspondence pun boleh jd up to few emails.
Faham x apa yg cuba aku sampaikan?
Tak?
Lantak lah.
Anyway, hari ni pulak, mata aku sepanjang masa je merah. Merah yang merah la. Bukan takat mata merah akibat kena tenyah ngan jari, tapi sememangnya merah yang merah. Faham tak? Sampai kat ofis pun, semua org tegur. Segan pun ade gak. Dan yang nyata, 3 orang telah menawarkan "Eye Mo" kpd aku. Lepas je Lissa 'titikkan' aimo itu, maka terkebil2lah aku ibarat menangis tak berlagu dengan lebihan aimo meleleh-leleh di muka. Lissa kata dia seram tgk mata aku. Sebab besar!
For like few hours then, mata aku kembali pulih but still terasa pedih2. Aku rasa mata aku ni mogok la sebab asyik mengadap skrin komputer lama-lama. Pergi kerja, ngadap pc. Balik rumah pun mengadap pc.
Baca Quran tu takde la kerap. Mengadap benda ntah apape je selalu.
Skang ni pun... masih merah!
Ok lah mata. Lepas ni kita rest ok. I love you mata, and I know my Eyes love me too.
Korang faham tak entry aku kali ni?
NUke
5 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
nway, jgn salu sgt ngadap pc lpas blk keje.. letak kain bsh kt mata tu..hehehe
mmg ganggu tumpuan sepanjang hari..dah la mata asyik gatal..