Salam.

Seronok apabila mengenangkan segala kenangan yang dah kita lalui kan? Ade yang gembira, menyeronokkan, sedih, tawar, duka... Entahlah. Semua tu permainan emosi dan perasaan. Acapkali kalian membaca entry2 di blog ni... namun pernahkah kalian terfikir akan hati seorang penulis / blogger ni? Mungkin ya. Mungkin tidak. Tak perlu kisah pun. Apa yang penting adalah diri kita sendiri kan?


Sedar kah aku? Sedarkah kamu? Aku berusaha dan melakukan pelbagai ikhtiar untuk berada di kemuncak dunia. Mengecapi segala nikmat milikNya. Aku seringkali mahu menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik pernah aku saksikan. Kamu? Pun sedikit sebanyak pasti berperasaan sebegitu kan? Mungkin sudah tiba masanya untuk penulisan yang matang; dan menjengah kelemahan seorang hamba Nya.

Kenapa aku menagungkan hiburan? aku sering melayan lagu-lagu yang mengalpakan. Satu hiburan yang menjanjikan ketenangan sementara. Sebut saja... Linkin Park, Good Charlotte, Simple Plan.. malah artis-artis tempatan yang tak kurang hebatnya.. Meet Uncle Hussain, Faizal Tahir... semua aku layan. Yang menakjubkan, hampir kesemua lagunya aku hafal.. dan ingat; menjadi siulan tatkala berjalan berseorangan di kaki lima. Namun, sedarkah aku akan azan yang sayup berkumandang di hujung telinga? Ya, aku dengar. Dan aku hanya mendengar... bukan menghayati. Keji nya aku sebagai seorang hamba-Nya, aku sekadar menghormati azan dengan memberhentikan sebentar alunan muzik syaitan itu. Namun, tetap melengahkan solat yang kadang kala masanya telah pun luput. Aku sedar akan jijiknya aku sebagai seorang hambaMu. Ya Allah...

Aku membaca khusyuk setiap butiran kata yang terdapat dalam majalah. Namun ini tak bermakna aku tak menelaah buku-buku ilmiah. Setiap helaian nota aku jamah dengan mata dan pemikiran. Dalam usaha untuk berjaya dalam peperiksaan setiap semester. Dalam pada aku menelaah, aku tegar menatap laman maya yang tiada berfaedah. Membangkitkan nafsu yang sementara. Nafsu yang minta diisikan.. dengan kelakuan keji, yang mengundang diri ke kencah neraka. Apa aku tak belajar akan dosa dan pahala, walhal aku pernah berada di menara gading? Apakah ilmu agama hanya setakat Tingkatan 5? Bebekalkan gred A2 yang aku peroleh, segalanya difikirkan sudah cukup? Oh tidak. Kejinya aku sebagai seorang hambaNya. Masa kan aku boleh membaca beratus-ratus naskah majalah dan buku ilmiah, akan tetapi tidak menyentuh pun sebuah naskah suci yakni Al-Quran...? Teruknya aku!!

Naskah suci yang dilupakan...


ke mana hilangnya zikir-zikir dari mulut ku? 

Masa ku diluangkan terbazir merenung siling. Sambil badan berbaring dan tangan menyilang di pangkal dahi. Mengharapkan segala yang ku tempuhi berjalan lancar. Dalam pada membuat dosa, aku masih meminta untuk cemerlang dlam segala yang aku lakukan. Tak tahu malu bukan? Sudahla tidak beramal.. meminta lebih-lebih pula. Termakbul kah akan doa ku ini? Aku malu, kadangkala rasa bersalah. Namun, itu lah manusia.. hanya mengetahui kewujudan perasaan itu, tapi tidak berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri. Sampai bila harus begini ya? Oh tuhan, aku akui banyak laranganMu aku lakukan, malah terlalu kecil jika mahu dibandingkan dengan amalan ku ini. Mungkinkah aku dijamin syurga Firdaus? atau Neraka Jahannam yang sedang menanti ku?

Aku malu. Malu padaMu ya Allah...











NUke

8 Comments:

  1. Gurindam Jiwa said...
    This comment has been removed by the author.
    Nizam Zahri said...
    huh.. ko hafal semua lagu2... cmnih bley masuk jgn lupa lirik.. menang sejuta boleh beli mcm2... segala kemewahan dunia.. macam2..

    duit boleh beli segalanya.. ingat tu..

    (saat setan bermain di minda.. hahaha...)

    Good Luck mencari Jalan Kebenaran..
    AkuAyie said...
    =) thanks kerana saling ingat mengingati. Itu yg kita mahu.
    Kita sebagai manusia mudah alpa. Sebab tu kita dikurniakan akal fikiran dan naluri untuk berkasih sesama manusia, supaya hubungan itu dapat menimbulkan muafakat untuk menuju ke jalan yang diredhaiNya..
    Anonymous said...
    nuke tgh baiki rumah
    tak nak kacau
    kalo kacau
    roboh plak mcm bangunan kat PJ tu

    later bro!
    matgeo said...
    hope you find what you are looking for
    NUke_Rude said...
    yer. semoga kita akan sentiasa saling mengingati antara 1 sama lain..


    ray:
    ha.. berani kaco la.. haha..
    Faizal Sulaiman said...
    salam nuke.bagusnya n3 ko.insaf kejap.huhuhu..

    manusia selalu alpha.dengan adanya manusia lain yang mengingati, ianya melengkapi kephidupan. saling ingat mengingati!

    drop by my new blog at http://oktober7.blogspot.com/
    Anonymous said...
    wahhh...
    ibarat hijrah
    buat entry spiritual terus tkar layout
    caiyok2

    huhuhu
    ni dah dikira kacau ke ni?

    larikkkk

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.