Waktu tu, aku baru lepas melayan cerita Shrek The Third. Bukan apa, bosan tengah2 malam ni dan mata lak susah nak lelap. Ape lagi, layan movie la kan...? Kan? Ok, cerita Shrek tu memang melekakan okay! Aku siap bole tahan berak la kejap smata2 nak menengok ending crita tu, padahal dah sah-sah aku leh pause kan kejap movie tu, since aku tgk thru my PC kan? Mengada-ngada je lebih!
Ok, sambung balik. Lepas aku habis layan shrek, aku off pc and terus merebahkan diri atas tilam kat lantai tu. Bilik aku takde katil dan aku tak nak katil. Bukan apa, kalau ade katil, for sure bilik akan jadi bersepah. Sure kotak2 pinggan mangkuk mak aku tu akan elok dan cantik je tersusun bawah katil aku tu nanti. Dan hal ni kemudiannya menyukarkan aku untuk membanteras aktiviti lipas yang aku yakin akan bersarang di bawah katil itu nanti! Nescaya punya lah...
3.01 pagi - aku cuba nak dapat rentak tidur tu, but then, angin bertiup kencang lak kat luar, hujan turun la kejap, dalam 5 menet camtu but then berhenti. Bunyik geseran daun pisang kat luar bilik aku ni mmg jelas kdengaran... Seram gak. Tapi sebab dah biasa.. rasa biasa je la kan?
3.14 pagi - Aku terdengar ade satu bunyik pelik. Yang ini bukan bunyik geseran daun pisang. Tapi lebih kpd bunyik tapak kaki orang yg sdg bjalan. Aku tersentak! Terjaga! Aku cuak! Dalam cuak2 aku tu, aku still berani rapatkan telinge ke bawah tingkap utk dgr bunyik tu dgn jelas.
'Sreet.. Sreet..... ketingk!'
Aku rasa tu bunyik anak kunci berlaga! Terus aku bangun and cuba kejutkan cousin aku kat blik blakang.. berkunci lak bilik dia tu. Aku gi bilik depan, kejutkan my mom. Dia bangun, and terangkan seluruh rumah... (satu tindakan yang salah! Obviously kalo ade org kat luar tu, sure dia akan sedar and terus blah.. kan?)
3.30 pagi - cousin aku berjaya dikejutkan, dia round keliling rumah and dia cakap, tak de apape. Mungkin angin. Ya, mungkin...
Tapi kenapa aku leh nampak macam kesan rumput dipijak kat tanah tu time aku jenguk ke luar tingkap?
NUke
dalam topik : personal
7 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
huhu nampak cam hero sket.. hehehe..
teringat citer 6senth plk..
aku actually tuh...nk g kaco ko...muhaaahah!:p