Salam.
Seperti yang dijanjikan dalam beberapa entry lepas, kali ni aku buat satu lagi entry pantang larang, edisi ke lapan. HUhu, sekejap je dah masuk episod lapan. Sebenarnya aku ada je nak cerita hal-hal yang lain, tapi takpe lah, memandangkan slot PantangLarang ni pun dah lama tak update, aku dahulukan la slot ni.
Memang rasa rimas kalau ada orang asyik tenung2 and pandang2 kita je kan? Tak kesah lah sama ada time kita berjalan, duduk, makan, even berdiri sekali pun. Kadang2 tu kita pulak jadi tak selesa, ye lah, asyik terfikir je kenapa org kat sana tu pandang2 kita... Seluarku koyak kah? Baju ku terkena kuah kah? Tidak juga...
Tapi, itu adalah perkara common utk dibincangkan.
Kali ni aku nk cerita tentang satu habit pelik segelintir orang yang suka menyebuk kat belakang kita time kita duduk mengadap PC. Korang ada tak kawan2 mcm ni? Aku ada! Dia ni memang suka mnyebuk kat blakang org lain time kita sdg buat assignment or update blog! Jujurnya, aku memang pantang dengan kelakuan camni. Rasa meremang je bulu roma tengkuk. Huhuhu...
Saranan aku, tak payah la ko nak mnyebuk2 kat belakang aku... Aku bukan bukak website blue pun, aku just nk update blog. Kalau ko rasa tindakan ko tu tak memberikan kesan besar... ternyata ko silap!
Haha, duduk mnyebuk diblakang aku time aku tgh update blog akan menjadikan aku kehilangan idea untuk menulis and skaligus mendorong aku untuk mencaci maki kamu di dalam hati.
itu saja untuk episod kali ini.
NUke
dalam topik : pantang larang
Salam.
Hari ni aku pergi Melaka; ada kenduri kahwin sedara kat Kesang, and terlanjur tu, my parents gi la menjemput sedara mara utk ke majlis kahwin anaknya itu. Ehem-ehem... siapa lagi kalau bukan AKU punya kakak!
Then, lepas urusan selesai around jam 3 ptg, kitorg singgah kampung nenek kat Kg. Chin Chin and aktiviti2 keluarga pun bermula.. biasa ah, petik2 buah rambutan la... Hahaha.
Ni la rupa kampung yang dah lama kena tinggal...
---
Tiba-tiba...
Maka, upacara memetik dan menjolok buah manggis pun bermula...
Peergh... Sedap gila!
---
Standard la kan kalo dah namanye kenduri kahwin, sure la ada bunga telur. but just now, tuan rumah kenduri kahwin tu bagi 1 puding & 1 buah epal. But then, org keep asking, like "Kau dah dapat ke bunga telur tu..?".
Nenek aku tanya satu soalan kat aku time kenduri tu tadi. Aku nak tergelak dengan soalan nya...
"KAU ADA TELUR?"
NUke
dalam topik : family
Salam.
Ni tengah demam2 Transformers ni. Aku terjumpa gamba2 ni, then aku edit2 skit. Lantak korang lah.
TRANSFORMERS : REVENGE OF THE WANNABE!!!
Sam as Optimus Prime
NUke as Bumblebee
&
Premlatha as Herself...
Haha!
NUke
Salam.
Sedar tak sedar, dah masuk minggu ke LAPAN aku join Yoyooh! BlogSquad! Aku pun macam tak caya je dah masuk minggu ke lapan. Sekejap je rasanya. Andai kata ada yang tertanya2 bila pulak aku buat segala tasks yg diberikan, aku harap korg dapat jadi sedikit particular; tugasan2 yg diberikan mempunyai label 'blogsquad'. And korg boleh baca semua tugasan2 tu.
Bukan berniat tak nak expose kan tugasan tu, cuma aku lebih prefer melakukan setiap tugasan yg diberikan tu dengan cara aku sendiri. Mungkin tu lebih baik kot! Huhuhu. Sebab aku join bloqsquad? Salah satunya adlh as satu persediaan aku utk menerima segala pandangan dan kritikan org lain, walopun kdg2 aku rasa mcm memberontak.
Sepanjang 8 minggu (termasuk minggu ni) aku join cabaran tu. Aku rasa macam2 perkara dapat aku belajar. Pertamanya, of course la aku belajar utk adapt and terima saja pandangan org lain (the juries) as well as other participants. I have to admit, i am competing with other damn good bloggers. Every participant ada kelebihan dan kekuatan masing2 dlm blogging. Aku? ada ke? Haha..
Then, aku belajar untuk berterima kasih dengan setiap pandangan yang diberikan oleh org lain. Walaupun ia mungkin satu pandangan negatif. Jujur aku katakan, joining this BlogSquad membuatkan mata aku lebih terbuka. Aku dicabar untuk melakukan (menulis) something yang out of the box. Maybe itu cara kita untuk mengenali potensi yang ada dalam diri. Well, sometimes kita tak sedar kita ada kelebihan2 tertentu sampai lah kita dicabar utk melakukan sesuatu yg lebih kan?
Perubahan yang berlaku pada aku, dan blog ni maybe tak sebanyak mana. Kalau diambil scra fizikal, layout memang berubah. From something dark to pearl white. Then, my tag line kat blog ni pun berubah. Instead of being EMO all the time, now i wanted to 're-tuning' back my life to the exact and right path. Mungkin ini satu permulaan. Who knows?
Participating dlm BlogSquad membuatkan aku tak bosan duduk di rumah. Haha! And aku berpeluang utk belajar drpd bloggers lain; lihat how they write issues on their blogs. It's good to have something like this; now and future.
Terima kasih. Ungkapan tu aku tujukan kepada penganjur; team Yoyooh.com lead by Ray, dan tak lupa juga kepada para juri dan pengkritik, especially 'The 3 Unpredictable Emotioners' siapa lagi kalo bukan Kak El, Megat dan Adi Hemu. Korang semua memang bagus and very supportive even though in some period of times I felt like you're not being truly you. But, I do appreciate all of your times you spent just to read and critic my blog. Terima kasih juga kpd peserta2 yg memberikan saingan.. Yeah! Bloggers Rock!! Woohoo!
In future, i might be able to do something more serious kot! After participating this BlogSquad!..
Yeah. I guess so...
Among those participants, aku rasa mereka2 ni layak mendapat gelaran berikut:-
1. Transformasi Paling Ketara : Nakustikability
2. Layout Paling Kemas Dan Menarik : Saffawati
3. Penulisan Paling Kreatif : FaPet
But I like to say "Semua peserta adalah PEMENANG!"
NUke
dalam topik : blogsquad
salam.
Well, agak menyakitkan hati kan bila perlakuan dan gerak geri yg kita lakukan dibalas dengan makian dan gelak tawa yang menjadi bahan gurauan kawan2. Haha, ape yg aku merepek ni? To make it easier, susah kan kalau kita saja yg asyik nak respek kat orang, but then, org lain buat tak kesah je dengan kita, or sometimes tak pernah ada intention nak respect kita and org lain pun.
Respect!
Aku rasa itu salah satu benda penting dlm hidup. Semua org nak rasa dihormati. But then, to gain something, we should give something la kan? Aku rasa respek pun lbh kurg mcm tu la. Aku respek semua org, as long as org lain pun pandai menghargai and menghormati org lain, dlm erti kata yg lain, pandai respek org lain.
Respek ape?
Segala-galanya. Respek akn perbuatan dan perilaku baik, PRIVASI, dan diri sendiri. Haha. Kenapa aku buat entry camni ha? Aku rasa aku tengah bengang kot. Bengang ngan someone yg kurg respek org lain. Mungkin ni akan membuatkan aku menjauhinya. Tapi, aku salu terfikir... Aku takleh la nak jadi 'mean' sgt mcm zaman tak berapa nk matang dulu2. Aku lebih kepada pendekatan diplomasi...
Ko buat taik ngan aku.. aku still senyum
Ko mencaci aku dalam tawa... aku akan still membalas tawa ko; macam ianya satu gurauan bodoh...
Tapi;
Bila ko dah tak reti nak respek aku as a human... Aku akan cuba untuk x membuat apa2, mungkin tu lebih baik kot!
Entahlah.
NUke
dalam topik : emosi
Salam.
Sangat lama aku tak update blog ni. Aku tahu ada dikalangan korang dah bosan menjenguk tiap-tiap hari and got nothing. I am so sorry. Lately, aku agak busy dengan beberapa perkara berkaitan keluarga. Family first, ryte?
Ada orang kata, blog aku ni dull! Bodoh! macam kambing saja.
Kadang-kadang tu tak ubah seperti satu blog sengal yang lain.
Ada oang kata, blog aku ni berinformasi.
Dari segi apa? Aku pun tak pasti.
Perlu ke aku ambil pusing semua itu?
PERLU!
Sebab aku seorang blogger.
Seorang blogger perlu menerima pandangan dan kritikan org lain.
Yakni pembacanya.
Terima kasih kepada mereka yang memberi komen dan pandangan.
Sekurang-kurangnya ada pandangan daripada tiada langsung perhatian.
NUke
Aku ingin sekali menikmati kemanisan cinta.
Biasalah, siapa yang tak nak kan?
Seorang yang normal, sure ada perasaan untuk dicintai
Dan juga mencintai...
Tak kisah la daripada apa, dan siapa.
Walau kucing sekalipun...
Jadi.
Jadi.
Aku sedang bercinta.
Sangat menyayanginya.
Sangat mencintainya.
Cukupkah hanya sekadar cinta.
Cinta kepada seorang manusia biasa saja.
Kelak, mati, ditinggalkan juga.
Baik cinta pada Yang Esa.
Ada ke aku kesah dengan perilaku ni?
Cinta mendorong aku ke arah mana sebenarnya ha?
Antara syurga dan neraka saja.
Mungkin berada di tengah-tengah kot.
Tengoklah macam mana
Bila dah mati nanti baru lah tahu.
Ke syurga, atau neraka...?
Macam mana nak tahu ya?
Kena la mati dulu.
Bunuh diri.
Dan ketahuilah ke mana masa depan ku nanti.
Itulah sebabnya aku semakin malas bercinta.
Cukuplah...
Cinta membuatkan aku ingin membunuh diri...
NUke
Salam.
Pernah tak korang terfikir untuk melaburkan pendapatan or sejumlah wang korang kpd pusat2 kebajikan? haha! aku yakin, kalo ditanya kepada 100 org pun, hampir 100 org akan jawab TAK! Eleh, tak payah nak tipu la... Aku pun mcm tu gak. ye lah, sometimes, kita bukan tak nak buat kbajikan kat org lain kan? Sometimes, duit utk kita sendri pun x pnah cukup...
Huhu...
Hm, entry kali ni just sekadar perkongsian idea atau pendapat saja. Let's say, aku ada wang lebih around RM300 la, tak banyak kan.. yang mana aku terniat utk bagi kat mana2 organisasi utk charity.. ape aku nak buat eyh?
Korang rasa, better bg in terms of CASH or barang2 lain?
First, kena la tau duit tu korg nak bagi kat sapa. Dalam hal ni, aku decide nak berkbajikan kat satu Tadika di hujung kampung aku ni.., yang mana aku pun dlu belajar kat situ time umur 5 6 thn. Huhu. Tadika tu ada la dalam 40 - 50 org students... kira ok la tu kot.
So, misi: Charity for (approximately) 50 students at Tadika A.
Possible things that can be done with that RM300:-
- Beli pensel kaler (bajet dlm RM 3 sekotak x 60) = RM180
- Beli Muqaddam(s) = RM 120
- Order printed plastic glasses with Tadika's logo (50-60 glasses) = RM300
- Beli gelung getah hoola hoop bermacam2 kaler utk kegunaan sukan = RM 250
- Masuk Tabung kewangan tadika...
Itu hanya sekadar bajet kasar. So, untuk menggunakan sepenuhnya RM300 tu for charity, aku leh combine perkara 1&2; atau perkara 3 sahaja; atau perkara 4&5.
Kalau dengan RM300 tu, aku boleh beli satu mesin rumput, aku beli. Then, aku bagi kat Tadika tu untuk diorg gunakan utk cari dana or pendapatan sendiri. Pergi satu rumah ke satu rumah di kawasan kejiranan... potong rumput.. and collect duit utk tabung tadika tu sendiri.. Ok la tu kan..?
Tapi, tu semua KALAU...
NUke
Salam.
Aku tahu.. Aku tahu.. Tak perlu korang menyatakannya. Aku sememangnya dah lama tak update blog ni. Hm, bukan apa, ada kalanya, kita kena gak ada masa untuk bersendiri kan? Betul tak?
hm, Kebelakangan ni, aku DISTRACTED dengan perasaan nervous melampau menunggu result exam. Result yg menentukan sama ada aku boleh graduate tahun ni atau tak.. Alhamdulillah, CGPA aku ok, and insyaallah graduate bulan Ogos ni. Tahniah aku ucapkan kat kawan2 yang lain. Terima kasih jugak aku ucapkan kat family, kawan2, n pembaca blog yg sudi membaca blog aku tak kesah la time aku tgh EMO or merepek! Huhuhu...
Lagi, aku jugak terDISTRACT dengan keserabutan mencari idea untuk penulisan. Penulisan apa? Penulisan blog barangkali.. Ye la, maklumlah kan, dah lama tak buat karangan... sure la ade skit kekok bila kena mnulis hal2 yang formal nih. Huhu, tapi tu tak menghalang aku utk terus berblogging kan?
And aku jugak terDISTRACT dengan perhubungan karib seorang kawan. Hahaha.. Damn! Dia sangat baik okay!
Minggu ni aku boleh fokus skit kat blog ni. Sayang betul la aku kat blog ni. Untuk semua pembaca, aku minta maaf sangat2 sebab lambat update. Sebagai teaser, aku bagitau skit... Upcoming entry is about 'Pantang Larang'... pasal ape tu.. ha, kena la tunggu.
*Thx to my friends yg wish congratulations to me. Congratulations to all of you too.
NUke
Apa yang boleh disimpulkan dari gambar di atas? Hm, bengang? Mesra? Bergaduh?? Macam2 boleh ditafsirkan.
Siti memang terkenal dengan sikapnya yang bersahaja dan suka bergurau. Well, most of her friends sangat senang dengan sikapnya. Siti juga seorang yang baik hati dan suka menolong dengan org lain. Well, most of her friends suka dengan perilakunya.
The guy next to her is her friend too. His name is Haniff. Well, he is okay... but sometimes he can't take gurauan too much.
And Siti did not actually know that fact!
So, what happened?
It was a beautiful sunny Monday, the surrounding seems to be very perfect for any picnic! (like hell, panas gila okay waktu tu!) Maka, kedua-dua mereka ini bergurau senda, melahirkan rasa mesra dikalangan mereka berdua, sambil disaksikan oleh seorang lelaki lain (yakni aku.. yg sedang mnangkap gambar persekitaran..)
Asalnya, kedengaran gelak tawa girang dua insan yang mengambil subjek yang sama. Tapi, kegirangan itu tiba2 bertukar sepi, sunyi... hanya selepas 5 minit dari gelak tawa yang pertama kedengaran.
That's it. Haniff dah sampai ke tahap maksima. Dia sudah tak mampu menampung gurauan Siti yang mesra itu. Dan apabila hal ni berlaku, masing-masing membisu... semua tak mahu memulakan bicara memujuk. Ego. Lelaki yang dr tadi menagkap gambar pesekitaran, terkedu dan kemudian secara candid mengambil gambar 'gap' yang ada di antara mereka. Lelaki itu tertawa kecil, geli hati mengenangkan situasi itu.
---
Moral of the story:
Gurauan perlu lah kena pada tempatnya, bukan tatkala matahari sedang terik membakar diri yang sedang berpeluh. Dan ingatlah, tak semua orang tahan dengan gurauan yang kita lakukan tu, betul tak?
*Nama dan gambar diolah untuk menjaga kredibiliti individu-individu tersebut. Nama watak dan situasi yang diolah ini tiada kena mengena dengan sesiapa. Jika ada, ianya hanya satu kebetulan.
NUke
dalam topik : blogsquad
Waktu tu, aku baru lepas melayan cerita Shrek The Third. Bukan apa, bosan tengah2 malam ni dan mata lak susah nak lelap. Ape lagi, layan movie la kan...? Kan? Ok, cerita Shrek tu memang melekakan okay! Aku siap bole tahan berak la kejap smata2 nak menengok ending crita tu, padahal dah sah-sah aku leh pause kan kejap movie tu, since aku tgk thru my PC kan? Mengada-ngada je lebih!
Ok, sambung balik. Lepas aku habis layan shrek, aku off pc and terus merebahkan diri atas tilam kat lantai tu. Bilik aku takde katil dan aku tak nak katil. Bukan apa, kalau ade katil, for sure bilik akan jadi bersepah. Sure kotak2 pinggan mangkuk mak aku tu akan elok dan cantik je tersusun bawah katil aku tu nanti. Dan hal ni kemudiannya menyukarkan aku untuk membanteras aktiviti lipas yang aku yakin akan bersarang di bawah katil itu nanti! Nescaya punya lah...
3.01 pagi - aku cuba nak dapat rentak tidur tu, but then, angin bertiup kencang lak kat luar, hujan turun la kejap, dalam 5 menet camtu but then berhenti. Bunyik geseran daun pisang kat luar bilik aku ni mmg jelas kdengaran... Seram gak. Tapi sebab dah biasa.. rasa biasa je la kan?
3.14 pagi - Aku terdengar ade satu bunyik pelik. Yang ini bukan bunyik geseran daun pisang. Tapi lebih kpd bunyik tapak kaki orang yg sdg bjalan. Aku tersentak! Terjaga! Aku cuak! Dalam cuak2 aku tu, aku still berani rapatkan telinge ke bawah tingkap utk dgr bunyik tu dgn jelas.
'Sreet.. Sreet..... ketingk!'
Aku rasa tu bunyik anak kunci berlaga! Terus aku bangun and cuba kejutkan cousin aku kat blik blakang.. berkunci lak bilik dia tu. Aku gi bilik depan, kejutkan my mom. Dia bangun, and terangkan seluruh rumah... (satu tindakan yang salah! Obviously kalo ade org kat luar tu, sure dia akan sedar and terus blah.. kan?)
3.30 pagi - cousin aku berjaya dikejutkan, dia round keliling rumah and dia cakap, tak de apape. Mungkin angin. Ya, mungkin...
Tapi kenapa aku leh nampak macam kesan rumput dipijak kat tanah tu time aku jenguk ke luar tingkap?
NUke
dalam topik : personal
Salam.
Well, dalam entry kali ni, aku nak ceritakan pengalaman aku bersekolah. Sekolah harian, asrama, matrikulasi, dan universiti. Semua tempat2 tu banyak memberikan kenangan kpd aku. Alah, jangan nak tipu, korang pun sama kan? Korang mesti perasan, dah menjadi satu adat kalau kita masuk mana2 sekolah or tempat belajar, kita akan dapat beberapa nicknames. Basically, nickname yang kita dapat tu berdasarkan perwatakan, dan singkatan nama kita. Ade gak nickname yg kita dapat disebabkan satu peristiwa lawak or kecoh yang pnah kita lakukan kat school dulu kan?
Oh memories...
hm, maybe aku patut senaraikan nicknames yang pernah aku dapat time skool dl kot. ni lah dia... nicknames aku dari aku masuk tadika, sampai la aku dah habis blaja skang ni.
- Amey
- Pendek
- Katik
- Poyo
- Bajet
- Am
- Budak Kuiz
- Mahmod; (ni nama ayah aku! tapi aku dpt nickname ni sbb nk mmbezakan 'Amir' yang banyak gila dlm 1 batch time skool dlu)
- Negro Mono @ Monyet Hitam
- Nyet
- Kacak!
- Simpul (sempena ngan kening aku yang pelik)
- Nuke
- Mimi
- Numo (hahaha!)
Hm, tu antara nama2 yang aku ingat la.. aku rasa banyak lagi. Oh, btw, last week aku terjumpa sorg kawan skolah lama aku kat dalam 1 social network ni, dia terkejut tgk muka aku skang yang dah tak macam dlu. Ade ke patut dia kata aku ni waktu skool dlu as "simbol kecomelan kaum lelaki" ? Apekah?!
by the way, dalam banyak2 gelaran & nicknames yang aku dapat. Aku tetap suka 1 nickname ni, yang diberikan oleh adik aku sendiri...
"BAMEY"
NUke
dalam topik : sekolah
Salam.
26 Mei lepas, setelah mengumpul wang yang tak seberapa hasil drpd jadi exhibitor, maka, aku pun bergerak ke kaunter Bahagian Kewangan UKM kat bangunan Canselori tu utk mmbayar yuran pengajian yang tertunggak. Jumlahnya tak banyak, just RM74 je. Tapi still rasa perit nak bayar, maklumla dah elok2 dapat duit hasil keja sendri kan, rasa ralat gak nak guna.
But, itulah duit. Sehelai kertas yang di'signed' oleh Gabenor Bank Negara; tujuannya utk digunakan, sebab duit tak bawak mati beb! Haha (bole plak camtu...). Ok. Setel dah bab yuran tertunggak nih.
---
Pagi tadi, tergerak hati aku nk bukak portal pelajar UKM, nak check bila result exam kuar. Aku check, tak kuar2 lagi. Sambil2 tu aku baca la notis utk student, dia tulis kat stu, jgn lupa hantar gambar utk konvo.. jgn lupa baya yuran2 tertunggak... n jangan lupa untuk bayar yuran konvo.
Yuran konvo? Hadeii, nak konvo pun ade yuran...
Aku check la kat sistem kewangan pelajar tu. Alih2.. mmg ada.. RM 110. Tapi apa yang buat aku terkejut besar? Mane taknya, ditulis lak kat situ "Hutang Pengajian Pelajar"!! Ape kejadahnya? Aku bukan amik short sem pun weyh! Dah la takde kod lejar utk hutang tu... Benda ni yang buat aku musykil tadi... aku jenuh berpikir, bila pulak aku ade hutang RM110 lagi ni.. Huhuhu... Tension jap la... So, utk dapatkan kepastian, aku YM seorg mmber; Jawa nama panggilannya. Dia kata, yuran RM110 tu mmg yuran konvo sebb dlm kewangan plajar dia ade tulih... So, aku ade skit konfiden la yg hutang RM110 dlm kewangan pelajar aku tu sememangnya yuran konvo...
Dah nak konvo dah. Cepat tul masa berlalu.
NUke
Satu perasaan yang membencikan.
Kau ada blog...
Dan kau nak update blog...
Tapi,
Kau ada satu masalah BESAR!
Kau tak tahu nak tulis apa.
Itu lah yang aku rasa.
Benci kan?!
NUke
dalam topik : blog
Salam.
Hm, rasanya macam banyak cerita nak dikongsi. Malam semalam, lebih kurg kul 11.45 mlm, satu area Sungai Tua mngalami black-out. huhu! Bosan. Time aku nak wat keja, time tu la nak black out. macam haram je rasanya. Selain drpd takde air, aku paling tak suka black out. sebab apa? Obviously la sebab kepanasan kan? Walopun cahaya lampu tu membekalkan haba, tapi kalau sampai dah kipas pun tak bepusing.. mmg macam celaka. Sebab tu aku tak suka blackout. Lagipun, time2 blackout la byk pencurik amik kesempatan merompak. Huhu!
So, ape yang aku buat time blackout semalam? Haha, at first, aku on9 thru my mom's lappy, sambil borak2 ngan my mom n my cousin. Huhu, siap makan biskut kering cicah kopi lagi. Sedap seyh!. Then, cousin aku ni dah nak mati kebosanan sangat.. dia ajak aku gi Danau Kota. katanya nak carik 1 snowcap. (walopun Malaysia ni takde snow..).. pusing la 2 3 kali, last2 xjumpa. So, sebab taknak rasa kecewa sgt, dia beli la 1 topi kulit ala2 koboi tu, n satu topi biasa yg mcm org pakai gi mancing. Huhuhu.. Ok la kan?
Balik rumah kul 3 pagi. letrik dah ade. Aku sambung online and tulis artikel.
Hari ni, misi mengemas dan menyusun atur semula segala almari dalam bilik aku. huhu, before this, bilik tu akak aku yg guna, since dia pun dah kawin n pindah, aku lah yg take over. Hm, aku terlupa lak nak amik gamba keadaan bilik aku sebelum di'renovate'kan.. aku cuma amik gamba lepas bilik tu dah renovet je. Huhu.
Bilik bujang.. Dah kemas pun rasa mcm bersepah gak!
Aku agak emo hari ni. Mungkin sebab penat angkat2 almari kot. Maghrib tadi terlelap jap. Bila bangun je, rasa macam nak gila jap.
Huhu.
NUke
Salam.
Semalam, lebih kurang jam 6 petang, aku terkial2 menukar layout blog aku ni. before this, aku pernah berbual dgn seorang kawan, and ckp kat dia aku prefer kaler hitam untuk blog aku ni. Tapi, alih2 jadi kaler putih lak.
hm, kenapa aku pilih putih pulak? Kata suka dark n emo2 nih..? Kalau nak sangat tahu jwpn tu, aku pun x pasti. Aku takde jawapan konkrit. Mungkin aku da sakit mata kot asyik tgk layout blog aku yg kelam2 tu.. Huhu. Tapi aku berbangga gak la, sebb aku pernah pakai layout dark-emo yg original nya aku x sengaja tukar dulu2. Aku admit, layout blog yang aku guna sebelum ni la yg menampakkan kematangan aku kot... Haha. Mungkin!
rupa blog aku; 1 ketika dulu... huhu
Jadi, skarang ni tiada lagi emosi yang keterlaluan. Mungkin dah tiba masanya untuk mencari "tuning" yang ade skit lari... sebab tu aku tukar pic banner kat blog tu. So far, mcm2 reaksi aku dapat drpd kwn2 aku ttg layout baru blog ni. Ada yang suka, ade jugak yang prefer layout lama. Hmm, terima kasih sebab sudi mmberi pandangan. Tengok lah mcm mana.. kalo aku rasa perlu utk tukar.. aku tukar semula.
NUke
Salam.
Seronok apabila mengenangkan segala kenangan yang dah kita lalui kan? Ade yang gembira, menyeronokkan, sedih, tawar, duka... Entahlah. Semua tu permainan emosi dan perasaan. Acapkali kalian membaca entry2 di blog ni... namun pernahkah kalian terfikir akan hati seorang penulis / blogger ni? Mungkin ya. Mungkin tidak. Tak perlu kisah pun. Apa yang penting adalah diri kita sendiri kan?
Sedar kah aku? Sedarkah kamu? Aku berusaha dan melakukan pelbagai ikhtiar untuk berada di kemuncak dunia. Mengecapi segala nikmat milikNya. Aku seringkali mahu menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik pernah aku saksikan. Kamu? Pun sedikit sebanyak pasti berperasaan sebegitu kan? Mungkin sudah tiba masanya untuk penulisan yang matang; dan menjengah kelemahan seorang hamba Nya.
Kenapa aku menagungkan hiburan? aku sering melayan lagu-lagu yang mengalpakan. Satu hiburan yang menjanjikan ketenangan sementara. Sebut saja... Linkin Park, Good Charlotte, Simple Plan.. malah artis-artis tempatan yang tak kurang hebatnya.. Meet Uncle Hussain, Faizal Tahir... semua aku layan. Yang menakjubkan, hampir kesemua lagunya aku hafal.. dan ingat; menjadi siulan tatkala berjalan berseorangan di kaki lima. Namun, sedarkah aku akan azan yang sayup berkumandang di hujung telinga? Ya, aku dengar. Dan aku hanya mendengar... bukan menghayati. Keji nya aku sebagai seorang hamba-Nya, aku sekadar menghormati azan dengan memberhentikan sebentar alunan muzik syaitan itu. Namun, tetap melengahkan solat yang kadang kala masanya telah pun luput. Aku sedar akan jijiknya aku sebagai seorang hambaMu. Ya Allah...
Aku membaca khusyuk setiap butiran kata yang terdapat dalam majalah. Namun ini tak bermakna aku tak menelaah buku-buku ilmiah. Setiap helaian nota aku jamah dengan mata dan pemikiran. Dalam usaha untuk berjaya dalam peperiksaan setiap semester. Dalam pada aku menelaah, aku tegar menatap laman maya yang tiada berfaedah. Membangkitkan nafsu yang sementara. Nafsu yang minta diisikan.. dengan kelakuan keji, yang mengundang diri ke kencah neraka. Apa aku tak belajar akan dosa dan pahala, walhal aku pernah berada di menara gading? Apakah ilmu agama hanya setakat Tingkatan 5? Bebekalkan gred A2 yang aku peroleh, segalanya difikirkan sudah cukup? Oh tidak. Kejinya aku sebagai seorang hambaNya. Masa kan aku boleh membaca beratus-ratus naskah majalah dan buku ilmiah, akan tetapi tidak menyentuh pun sebuah naskah suci yakni Al-Quran...? Teruknya aku!!
Naskah suci yang dilupakan...
ke mana hilangnya zikir-zikir dari mulut ku?
Masa ku diluangkan terbazir merenung siling. Sambil badan berbaring dan tangan menyilang di pangkal dahi. Mengharapkan segala yang ku tempuhi berjalan lancar. Dalam pada membuat dosa, aku masih meminta untuk cemerlang dlam segala yang aku lakukan. Tak tahu malu bukan? Sudahla tidak beramal.. meminta lebih-lebih pula. Termakbul kah akan doa ku ini? Aku malu, kadangkala rasa bersalah. Namun, itu lah manusia.. hanya mengetahui kewujudan perasaan itu, tapi tidak berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri. Sampai bila harus begini ya? Oh tuhan, aku akui banyak laranganMu aku lakukan, malah terlalu kecil jika mahu dibandingkan dengan amalan ku ini. Mungkinkah aku dijamin syurga Firdaus? atau Neraka Jahannam yang sedang menanti ku?
Aku malu. Malu padaMu ya Allah...
NUke
Subscribe to:
Posts (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.