Salam.
NI ade teka teki.

Ape kah yang akan terjadi apabila korang tidur lambat dan menyedari keesokan pagi korang perlu memandu ke sebuah pekan yang jauh dr rumah ?


Jawapannya: Letih & Penat!


Hahahahah. Serius aku penat. Tapi sempat gak update blog ni!


NUke

"Jennifer... Ooo.. Jennifer..."

Sepi. Tiada sahutan kedengaran. Natalie sekali lagi menyahut nama kawannya itu...

"Jennifer Mat Lemang.... Oo... Jennifer Mat lemang..., mana kau ni haa?"

Namun, suasana masih sepi. Jennifer sekali pun tak menyahut panggilan yang dilaungkan oleh Natalie. Jennifer hanya buat dono je, sambil mengunyah kuaci dan menonton drama bersiri 'Keliwong'. huhu. 

--

Di atas merupakan salah satu situasi yang paling aku tak suka. Ye lah, kalau dah dengar orang sahut2 or panggil2 nama kita tu, apa la salahnya kita menyahut, walaupun dengan 1 perkataan "Ya..!". ini tidak. Kadang2 tu, org yg kita panggil tu ade kat bilik sebelah je, nak kata dia tak dengar tu macam pelik pulak sebab setiap kali ade sesi bergosip, laju je org tu join sekaki. Bagi aku, adalah lebih baik jika kita terdengar seseorang memanggil nama kita tu, kita sahut dengan serta merta. mana lah tahu ade apape urusan penting ke? Lagipun ni boleh menjimatkan masa dan tenaga.

tak kesian ke kat org yg memanggil kita tu? terjerit-jerit bagai nak rak. Huhuhu. So, slot pantang larang kali ni lebih kepada menegur sikap segelintir manusia yang sengaja berpura2 tak dengar or sengaja nak membiarkan org lain mendengar namanya dengan kuat. huhu.

Apape pun, yang baik jadikan teladan, yang buruk itu jadikan sempadan. Semapadan apa? entah lah.



Huhu!


NUke

Memandu kereta memang best. Menunggang motorsikal pun best jugak. Bawak la ape jenis kenderaan pun. Motor, kereta, lori, treler, bas, and so on. Perasaannya sama. Cuma kalau kita jadi co-driver or penumpang, perasaannya lagi best. Nak nak pulak kalau dalam kreta tu, kita lak jadi penumpang and duk kat bahagian belakang. Gaya macam bos pula. haha.


Okay. Since memandu memerlukan perkongsian jalan raya, maka entry kali ni aku buat khas sebagai cara memperingati diri sendiri dan juga para pembaca. Entry kali ni lebih berkisarkan "Dos and Don'ts : Driving A Vehicle"

Mungkinkah beliau seorang pemandu berhemah?

Jalan raya tu kita gunakan bersama. ye lah, sebab kita bayar road tax, jiran sebelah pun bayar roadtax juga. so, ko jangan ingat jalan raya tu kau sorang je yang punya. Cut it short la. Kat sini aku senaraikan bberapa perkara yang kita patut buat semasa memandu di atas jalan raya:

Dos:
  1. Memandu dgn kelajuan sepatutnya. Yes, kalau dah masuk highway, ape hal lak kau nak drive kereta ngan klajuan 20km/j. Even kat lorong paling kiri sekalipun. Agak2 lah weh. Kalau dah namanya highway, speed up sikit lah bro... koman2 pun 60 or 70 km/j. (tu pun paling slow lah~) So, dengan cara ni... anda tak kena maki.
  2. Memandu di lorong yang sepatutnya. Aku pun heran ngan segelintir org yg bengap ni. aku leh maafkan la kalo org tu 1st time masuk sesuatu area tu, n maybe dia tgh carik jalan ke rumah kenduri kawin. Ni tidak.. dah la ko amik lane paling kanan, pastu ko leh lak memakan angin sambil drive 40 km/j. Ape kes? Drive ikut lorong la bro!
  3. Awasi kenderaan di belakang. Babe, cermin-pandang-belakang tu dibuat sbb ade fungsinya la... jadi rajin2 la jenguk kenderaan di belakang kereta anda so anda tau ape sebenarnya yg berlaku.. mana tau tiba2 je ade ambulans kat blakang kete kamu...
  4. Berborak & Berinteraksi. Kalau ada partner dalam kereta, ajak lah dia beborak sekali. sekurang2nya anda takde lah terasa bosan dan mengndang kemengantukan. Kalau drive sensorang.. senang je. berkaraoke lah sepuas2nya~
  5. Beri signal untuk membelok / menukar lorong. Aku rasa benda ni mmg sangat penting. dah banyak kes kereta main redah kereta lain disebbkan tak bagi signal time tukar lorong. Kan? Sama jugak ngan masuk simpang. Please la bagi signal.
  6. Cermin sisi dan blindspot. Sama seperti cermin pndang belakang, gunakan cermin sisi utk mengetahui keadaan sekeliling. Sebelum menukar lorong, pastikan takde kete or motor dalam kawasan blindspot tu dulu ye sayang....
  7. Pakai sunglasses. ko faham je la kan... Malaysia ni panas. kadang2 tu terik matahari leh sebabkan silau kpd pemandu. Aku sarankan utk spare 1 sunglasses dalam kereta. Kalau silau, leh la pakai sambil bergaya~
  8. Pakai kasut yang sesuai. Ye, pilih kasut yg selesa dan mudah utk mengetahui clutch, brake, or minyak ditekan sempurna atau tak. Kalo pakai kasut tapak tebal2 ni pun susah gak sebenarnya.. huhu
  9. Bertolak ansur & beri laluan. Senang je kan. Semua org nak cepat sampai, tapi kadang2 kita takleh nak mementingkan diri sendiri gak...
  10. Memakai baju dan seluar. Ye lah. kalo tak mau ter-distract driver kiri kanan ko...

Hm. itu cuma sebahagian saja. aku rasa korang semua tahu lagi banyak kan? Tapi takpelah. untuk mengimbangi perkara yg harus dilakukan... kat sini aku listkan jugak perkara2 yg tak seharusnya dilakukan bila memandu di atas jalan raya:-

Donts:
  1. Memandu dengan kelajuan tak sepatutnya. Kalo korang nk berspeeding kat PLUS aku leh terima lagi.. tapi janganla bila da masuk Jalan Kuching pun ko nak drive sampai 150km/j. Gila ke hape? dah la dalam bandar banyak kete, ko lak nk bwk lelaju, nak mampos?
  2. Memandu di lorong yang tak sepatutnya. Ni satu lagi perangai... kalo ko dah tahu yg lorong kiri tu pergi ke jalan Duta, yang ko ikut gak kenapa? Bila dah sampai susur keluar, baru tehegeh2 nak tuka lorong. Nak kena maki?
  3. Memandu sambil lewa. Tolong jangan bersikap "Ah-ini-jalan-aku-yang-punya". Please be alert ngan surrounding anda.
  4. Berborak dengan melampau.Tahu lah anda excited berborak dan bergosip. Tapi fikiran tu kena la jugak fokus on driving. Silap2, syok sangat bergossip, terlanggar pulak lori sampah. Hambik kau!
  5. Memaki driver lain dengan menunjukkan jari hantu! Aku pernah menyaksikan peristiwa ni. Dan percayalah, ianya bukan sebuah pengakhiran yang baik. Kedua2 pemandu tersebut kemudiannya mengalami kmalangan.... Huhu
  6. Memakai Sunglasses di waktu subuh / senja. Ko mereng eh? Or mata ko memang super?
  7. Drive kereta dengan memakai boot sawah. Melainkan kalu korang mmg expert, aku nasihatkan agar memakai kasut simple je.. or worst come to worst, berkaki ayam je. lagi senang kan?
  8. Membuang sampah keluar. Ewah2... suka2 ko je buang plastik murah kaler merah keluar tingkap kan... pastu ngam2 landing kat cemin depan keta aku. Kelakuan ni sangat tak baik. Begitu jugak dngan meludah.
  9. Hon, Kepoh & Tiada tolak ansur. Kalo dah tau jalan jammed, pandai2 la bg cooperation... bagi laluan mana2 yg patut, jangan la sombong sgt bro.. kang ade gak yang calar kereta tu nnti.
  10. Lampu tinggi. Kalau rasa tak perlu nk menggunakan lampu tinggi utk meng-alert-kan pemandu di hadapan, tak payah la guna... ko tau tak lampu tu menyilaukan?

Hm. mungkin ada beberapa penambahan yang korg nak buat? Just bagitahu ok. Lagipun aku buat ntry ni pun based on ape yg aku tahu n terlintas je. kalau korg ade terasa ngan penlisan kali ni, aku mintak maaf in advance. hahauhuh.




NUke

aku nak tanya pendapat korang tentang satu situasi ni. 



---

Seorang gadis dengan sopannya mengatur langkah menyeberangi jalan, menuju ke sebuah pondok telefon. Langkahnya cemas. Aku yang duduk dalam kereta sementara menunggu ibu membeli suratkhabar di kedai seberang, terpesona ngan warna biru baju kurung yang dipakai oleh gadis itu.

Gadis tu angkant la gagang telepon awam tu. Pastu dia letak. Mukanye kecewa. Dia pergi ke pondok tepon sebelahnya, angkat gagang. Letak. Muka kecewa. Pergi lagi sebelah. Angkat gagang. Letak. Muka kecewa.

Itu lah dia.

Aku kasihan melihatnya. Tatkala nak pakai harta2 awam ni. alih2 rosak pulak. Ni la akibat vandalisme. Tapi la kan, aku lagi kesian kat gadis tu sebab dia ada handphone, tapi mungkin tak ada kredit.

kasihan kan?


tapi serius., aku bengang gila ngan org yg suka merosakkan harta awam ni.

NUke

Salam.

Sorry pasal tajuk entry tuh. Bajet nk wat gempak lah, tapi bila pikir2 balik rasa cam bongok je. Huhu. Ok la, aku tak nak cerita pasal monyet or beruk dalam entry kali ni. Aku just nak share some stories ngan para pembaca. Tentang apa? tentang cinta! (kalo korg btul2 follow blog ni, aku rasa sure korang excited ngan entry ni, sebb aku ni jarang2 story pasal love ni) oh ya, ayat dalam kurungan tu tadi lebih kepada perasaan berlagak dan menghina diri yang poyo je lebih!

Bercinta zaman sekolah? Sapa yang tak pernah? Ada? Ada? Oh, masih ada juga org yang tak bercinta pada zaman sekolah. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur kepada tuhan, sekurang2nya masih ada anak2 muda yang fokus kepada pelajaran instead of bercanda dan berdating sewaktu di skolah.

Ok la. Tengahari tadi aku membuang masa dengan mengemas kotak2 lama yang lama terperosok dalam almari buku aku. Kotak kasut je pun. Bila aku tengok je 1 kotak ni, aku pun pelik. Dalam hati berkata, "Kejadah pulak la kotak ni?" and terus aku amik and buka. Haha, rupa2nya dalam kotak tu ade dekat 100 pucuk surat yg aku terima sejak aku skolah menengah dulu. Don't get me wrong okay, bukan semuanya surat cinta. ada tu ada lah, tapi kebanyakkan nya kad raya and surat2 tawaran masuk MRSM and Matrik Melaka. Oh, surat dari PTPTN pun ada...

Dekat sejam lebih aku belek tiap2 surat tu dan terjumpa lah sepucuk surat dari sampul warna biru. Slow2 aku baca. Yer, surat daripada S. S adlah 1st love aku (dan aku masih igt lg, time aku kapel ngan dia, aku ckp yg dia tu 2nd love aku) biasala, kena la nampak mcm berpengalaman skit kan? Tersenyum aku membaca surat drpd S. Terbayang2 aku time kitorg 1 kelas and involved dlm xtvt persatuan kat skola dlu2. Oh indahnya kenangan itu~

Aku simpan surat tu. Kat muka ni still melebar je senyuman. Aku terus membelek dan terjumpa 1 lagi surat dri sampul berwarna perang. It's from K, my 2nd love. Honestly, sebelum kehadiran insan yg aku sayangi sekarang, sukar untuk aku lupakan K. Aku rasa aku kapel ngan dia pd waktu yg salah. Time aku nk abis skola and maybe disebabkan aku jauh ngan dia. Tambah2 lak time dlu2 aku mana la reti nak bagi2 coklat ke hadiah2 ke kat girlfrend.. so, maybe bila K terjumpa smula 1st love dia time celebrate birthday dia yg 18, dia jatuh hati smula. Tapi takpe, aku pasrah je walaupun time aku clash ngan K, masih tersimpan hadiah untuk K dalam beg, tatkala aku dalam pjalanan balik KL dr Melaka. Aku break up ngan K just 6 hari after birthday K.

Cinta monyet. datang dan pergi. Kemudian datang lagi. Aku mula bergerak scara solo (cewah~!) selama setahun before aku berjumpa J. Asalnya aku just mahu menjadi kawan, tapi biasa lah kan, lama2 jadi kawan..tiba2 terchenta pulak! aduuhh!!

Aku taknak tunjukkan kasih syg aku kat J dengan melampau sgt, and aku tak nak terlalu mengharap. Aku takut utk kecewa lagi. Aku sayang sangat kat J.



p/s: korang rasa sapa yg ada dlm gambar tu? S? K? or J?


NUke

Salam kepada semua pembaca.

hari-hari ku berlalu garang. aku tak mahu ulas dgn lebih lanjut tentang perkara keji yang berlaku kebelakangan ni. Nanti lah. Kepada sesiapa yg menantikan sambungan entry "Kenapa Saya Harus Menghormatinya", aku harap kalian bersabar, bila tiba masanya, akan aku sambung.

---

Ok lah, enough intro. Kadang2 bila kita visit blog org lain, nampak cam best je kan. Mcm semuanya senang je. Dan bila kita terjumpa blog g mnarik hati, sure kita akan puji author-nya, lebih kurg camni la "Pandai btul blogger ni attract readers ngan pnulisan dia", or bhsa pasarnya "Mantap ah blog ko bro/babe".

Like my friend said "Pujian dan support tu lah yg kita perlukan as a blogger". And i definately agreed ngan him. To be a blogger is not as easy as u think. Kadang2, kita kena maki, kena keji, and dipandang hina. Tapi tak selalu la. It all depends. Kalau penulisan kita baik n berkualiti, aku jamin, setiap masa ade je org yg akan melawat blog yg kita wujudkan utk paparan umum tu. Menjadi blogger ni seperti meletakkan diri di tengah2 persimpangan realiti yang aku boleh analogikan sebagai bdiri di hujung kolam taik.

Kau tahu ke perasaan menjadi blogger? Bila masanya blogger itu dalam dilemma? Haha! Runsing bukan?



Dilema blogger 1 - To Write Or Not? Yes, dalam hdup ni, mcm2 yg kita leh tgk n sometimes leh jadikan pngajaran utk diri sendiri n org lain. Tapi, ko ingat kalo ko seorg blogger, ko boleh suka2 je nk tulis ape yg ko alami? Pada aku, biarlah berpada2. Kalau tak, tu yg jadi mcm entry aku sebelum ni... dek beberapa org Felo nyer pasal, semua Felo aku maki. Geram gila! So, menjadi blogger bukan la mendapat lesen untuk story everythg around kita. Katakanla 1 kesah or insiden buruk or mengaibkan tu happened kat ur family or friends, tak patut kot kalo nak hebah2kan. Some stories need to be secrets.


gamba camni salu jadi kontroversi kan!

kalau dah namanya blogger. Segala ayat yg kita paparkan akan menjadi bualan kenalan or readers yg follow blog tu. begitu juga dgn gambar2 yg kita pamerkan. Aku admit, aku sering mengalami dilema ni. Kadang2 aku just nak share keseronokn yg aku rasai ngan kwn2, at the end, gambar2 aku tu disalahtafsir pula. Dah tak pasal2 nama aku terjejas as well as my friend(s). Aku rasa most blogger akan mnghadapi dilema yg semacam ni. Correct me if i'm wrong.

Kadang2 bila kita tengok ada komen2 yang ditinggalkan kat blog, kita rasa gembira and tak sabar nk tahu feedbacks yg readers tinggalkan. Tapi alangkah kecewanya aku as a blogger bila dapat tahu komen yg ditinggalkan tu lebih berunsurkan makian dan cacian. Sebak! hati mana yang tak sakit bila kita tiba2 kena maki dan dikeji. Last year aku pernah mngalami perkara ni and mendesak aku utk restrict blog aku ni utk nearly 2 months. Dalam masa tu, aku cuba kaji2 setiap penulisan aku. aku cuba carik tang mana silapnya. Tolonglah mengerti, pabila seorang blogger tu mendapat immoral comments left by readers, sedikit kemesraannya akan jatuh menurun. Kena lak kalo blogger tu jenis yg low self-esteem, trus dia close blog dia. Sian blogger tu.

Dan aku rasa perkara terakhir yg membuatkan seorg blogger tu berada dlm dilema adlh bila mngetahui ada comment or feedback daripada insan bergelar "Anonymous". Yeah, sebab aku tak nak berada dalam dilema ni lah aku letak syarat utk tak menerima komen dr anonimos. Bukan takut. Cuma bila comments tu ditinggalkan oleh someone yg ade profile, aku as a blogger leh la nengok2 profile si pengkomen tu n say thanx n watsoever. Cuba kalo korg wat blog n tya pasal mintak keje, n ade plak Mr Anonymous ni bg komen positif, camne korg nk trace org tu and kontek dia ke hape.. ha, kan susah? So, korg jgn tak tahu "Anonymous" ni pun leh menyebabkan seorg blogger tu berada dalam dilema.










Aku rasa aku dah banyak membebel. Bila lah aku nak kahwin ni?



NUke

Kenapa aku harus menghormati Felo-Felo yang ada di Kolej Ungku Omar UKM?

Oh.
Sebab mereka ketuk pintu tak bagi salam.
Mereka banyak menyusahkan pelajar.
Tatkala pelajar memerlukan pertolongan mereka sebb kunci hilang, mereka menjawab "Ambil esok pagi saja tak boleh ke?"
Dan kalau kita call diorang; diorang boleh lak cakap "Oh, saya ada di luar ni... sorry la, tak boleh nak tolong"
Kepala hotak dia kan?

Kenapa aku harus menghormati Felo-Felo yang ada di Kolej Ungku Omar UKM?
Mestilah kena hormat...
Sebab merekalah yang memberikan cdgn untuk melimitkan aktiviti pelajar kolej.
Mungkin takut bakat2 baru yang lebih berkualiti dihasilkan...
Ye lah, kalau jadi macam tu... mestilah diorg jadi LOSER!

Kenapa aku harus menghormati Felo-Felo yang ada di Kolej Ungku Omar UKM?
Oh, senang saja...
Mereka la yang membuat rondaan utk 'membanteras' xtvt setinggan pada jam 1.30 pgi.
Boleh pula ucap 'Selamat Malam' lepas dah rampas kad matriks student.
And kena bayar RM70 pulak untuk claim balik kad matrix tu.

Kenapa jadi macam ni ya?
Alah, senang saja...
Mereka pernah menjadi pelajar satu masa dulu...
Tapi tak faham n mendalami kepayahan hidup pelajar.
Pelajar yg setinggan beramai2 dlm 1 bilik tu bukan sebab nk 'menderhaka' pada kolej...
Cuma langkah berjimat; keluarga pun susah.
Tapi, aku rasa, felo2 gampang ni mana pernah fikir pasal hal tu.
MEreka cuma mahu menampakkan yg mereka ni lebih berkuasa saja.

Pergi Mampos lah kau Felo!

Ada la sorang felo ni... dah menghuni kolej begitu lama, lepas tu jadi felo di kolej yang sama pula. Masakan dia tak tahu ramai yg membencinya kan? Sedangkan rakan seperjuangan sendiri dahulu pun memberi tambahan nama 'Anjing' di belakang nama betulnya.

Kesian Felo itu.






p/s: nanti aku sambung Bab 2 lak

Ikhlas daripada Amier Bin Mahmod


NUke

Salam.

sedar tak sedar, 16 Mei datang lagi tahun ni. Hm, seperti yg semua sedia maklum, 16 Mei merupakan Hari Guru. Ye ke? Ye la kot. Jadi, aku nak ucapkan kepada semua pendidik di luar sana.. Selamat Hari Guru, kalian memang hebat! Karena kalian, aku dapat tau apa itu huruf A, B dan seterusnya. Kerna kalian juga lah aku dapat meningati Rukun Islam dan Rukun Iman. Dan kerna kalian juga lah aku dapat berblogging ni. yela kan.. kalo tatau nak menulis n membaca, mcm mana nak blogging sendiri? Kan?

Hm, oh ya! sekarang ni aku ada di rumah dan yang paling bagus, aku boleh mengedit mcm2 gamba utk entry2 aku yg akan dtg. So sorry kepada pembaca yg terasa agak bosan ngan gaya penulisan aku kebelakngan ni. Im so sorry okay. Aku just tak cukup bahan utk merancakkan lagi gaya penulisan blog tempoh hari.

Best ke jadi cikgu?

Best kot! Ntah, aku tak penah lak terpikir nak jadi cikgu. Bukan ape, jadi cikgu ni mmg memerlukan kesabaran yg tinggi... tambah2 lak kalo jd cikgu skolah menengah, ngan karenah remaja yg baru nk kenali dunia.. haih~ tak sanggup aku.

Tapi itu yg membuatkan aku salute kepada warga pendidik nih. Dorg bole tahan ngan mcm2 hal n kerenah students. kagum ar! kalu aku.. sure da kena pelempang da students tu! huhu

Since, aku dah ada kat rumah, maka aku merajinkan skit diri utk mengedit gamba time aku kat skolah dulu. Kalau korg terer, teka lah yg mana satu aku kat dlm gamba2 ni.

Masa aku Tingkatan 2; SMKTM


NUke

Salam.


pertama2, aku nak kongsi kegembiraan dengan korang semua. Sebab apa? Sebab.... petang tadi, aku dengan jayanya telah menghantar tesis aku! syukur Alhamdulillah. Okay. Cukuplah sedikit kegembiraan utk dikongsi. Yang lain, tak banyak benda best pun jadik.

Officially, aku dah jadi penganggur. Kadang2 seronok. Kadang2 tak! Tapi aku still rindu akan student life. And bnda yg paling aku takleh lupa ttg kolej aku kat UKM ialah keadaan tandasnya yang hebat. Aku rasa tandas2 kat UKM ni mmg hebat2 belaka.

Nak tahu kenapa?

(Kebanyakan) Tandas dan bilik air kat kolej aku ni dilengkapi ngan lampu bercermin kat siling. Haha, guess what? Kita leh nampak org yg ade kat bilik air or tandas sebelah okay! Hahahahaha. kadang2 rasa cuak lak... kot2 kena skodeng. Tapi kengkadang bagus gak! Bole tau org sebelah wat ape. So, dgn adenye lampu yg siap bercermin ni, student akan sentiasa mandi ngan cepat. ye ah, kalo lama2 dlm blik air tu, sure org lain musykil ngan ape yg sdg korg buat.. hahahaha!

Keji kan?

Bole lak nampak org sebelah blik air/tandas buat apa.

p/s: sometimes, siap bole tahu lagi org tu berak kaler ape! eeeyek!


NUke

Salam.

Menurut kalendar universiti, sesi pengajian rasmi utk sesi 08/09 dah pun tamat pada 8 Mei haritu. Tarikh sekarang ialah 13 Mei 09. Maknanya dah lima hari dah aku jadi 'penganggur-yg-menunggu-hari-graduasi'. Saja je aku 'up'kan skit gelaran tu, nak menyedapkan hati...

Honestly, aku merasakan yang aku seorang loser.

Kenapa? kau tanya kenapa?

Tempoh hari, aku lah insan yg paling tak sabar utk habis blajar. Seronok nya bagaikan menang kereta BMW! wooho! Dan tempoh hari juga lah yang aku semahunya melangkah ke alam yang baru dan lebih independent! Hahaha. Bajet dah fully equip and ready lah!

Skang ni aku cuma ada 1 perkataan utk diri sendiri:

CIS!

Ok. Aku admit... aku seorang loser. Au ingat dah habis belajar ni seronok. Tapi, dlm tempoh 5 hari aku tamat pengajian kat UKM, aku rasa bosan teramat sangat. Kat ruma, lepas je aku kemas2 brg dalam bilik baru, aku just lay back n mnghabiskan masa ngan foods. Yeah, i like to eat. sebab tu aku nak isteri aku nti pandai masak! So what?

Habis blaja kat U... aku lepak2 tengok tv. walopun aku ni bukan kaki tv. Aku terpaksa melayan crita indonesia yg salu disiarkan leh TV-tv tempatan. Sometimes, aku rasa mcm aku duk kat Indonesia yg mn cuma certain2 masa je aku leh jumpa drama2 melayu!

Loser-nya aku ni... sampai bangun pagi pun makin liat. nak2 lak time hujung minggu. Aku bertambah malas dan berat utk mengangkat kepala drpd bantal. Bontot dr tilam, dan jejari dari keyboard! Aku kena aktif semula. I was thinking to be a full-time blogger, and i am actually.

No. I need job. Next week, i'll be joinng the xhibition (will talk bout this later) and i need some fresh air so that aku tak 'mati' kebosanan.


Life after habis belajar sucks!

Believe me guys (and girls)

DO ENJOY ur campus life sementara korang ada peluang itu. Student's life is beautiful.


p/s: no pic for now, damn! i missed my own PC!


NUke

Salam.


The moment aku wat entry ni, aku berada di UKM sebab nak setelkan psl submition thesis aku n benda2 berkaitan ngan thesis. So, aku hanya berbekalkan psg baju n suar dn brg2 prbadi. tu je. Oh! PC aku ada kat rumah. So, aku x punyai kelengkapan yg ckup utk mengedit gegambar utk entry kali ni.

Credits to Topeq sbb bagi pinjam lappy dia nih!

As a blogger, aku sentiasa perlu alert in current issues n what is happening around. So, aku kna byk mmbaca n do some blog hopping. Kengkdg tu kna visit good blogs so that aku dpt few ideas n that blogger's creativity in presenting his/her p.o.v. Ok! aku admit yg aku ade admire some blogs yg btul2 mmbuatkan aku tertunggu2 akan entry barunya. Korang? ada? aku rasa kalo korg ni jenis pengunjung-alam-maya-yg-tegar, korg msti ad skap camni. kan?

So, blog feveret aku is [r][a][y] eusouff.

(ray, u dont hv to say thanks, just gv me some treats ok! hahahaha kidding bro!)


1st time aku jumpa blog ni.. i was like.. "oh, ok..quite nice" and i decided to follow this blog. Every whle, aku jenguk2 blog ni, menantikan entry2 yg baru. kenapa aku ska blog tu? Haha, 1st! aku nak korang sendiri yg carik keistimewaan blog ray tuh! yes, i can simply tell u the good thgs bout that blog, tapi ape kata korg gi sevey2 blog ray tu dlu n korg akan tahu knapa aku suka blog tu.







  1. Padat ngan content yg humor n bersahaja.
  2. Kemas n reader-friendly
  3. Author-nya yg aku rasa mg byk pngalaman dlm hdup. itu yg buatkan aku suka bc setiap pnulisan dia nih.
  4. author yg friendy.
Ray si penulis blog tu mmg friendly. Eventhough aku x pnah jumpa dia, but aku rasa rapat ngan dia. maybe sebab the way he communicate ngan other respondents (kot! yeke ray?)

--

A good blog s the 1 yg ada komunikasi ngan pembaca. Itu pandangan aku. Aku maybe tak berapa nk bagus dlm bab2 blogging ni, tapi so far aku sentiasa cuba memuaskan kehendak n kefahaman pembc dlm setiap entry yg aku post. So, ape tu 'blog yang syok Sendiri'?

Pada aku, Blog Syok Sendiri (BSS) tu lebih kpd 1 blog yg isi kandungannya lbh kpd nk menunjuk 'kehebatan' diri barangkali..? Or maybe blog yg hanya mnceritakan ttg opinion si blogger trsebut n dlm ms yg sama takmau terima opinion org lain. Hm.. betulkah? Atau BSS ni mungkin 1 blog yg penulisnya mmg saja buat khas utk dirinya sendiri n insan yg dia cintai. So, dia x amik port ttg org yg akan baca blog tu n x kesah langsung ttg isu2 yg nak dibcarakan.

--

Camne nak ngelak drpd dpt title ni?

aku rs la kan... senang je. maybe senarai kat bwh ni bole dijadikan ptunjuk utk elakkan mndapat title BSS:-

  1. Jangan meletakkan gambar yg d-capture sendiri dgn hp terlalu byk pd blog tu.
  2. Kurangkan cerita2 dating korang siang tadi...
  3. Kurangkan sesi puji-memuji kecantikan/kebaikan diri...
  4. Banyakkan kesah or isu2 semasa.
  5. Or maybe some humor in ur entries...
  6. Wujudkan komunikasi antara pembaca dan penulis. eg: asking opinion, polls or somethg...
Hm, itu je kot aku rasa.


Jap! nak tanya.. blog aku ni Blog Syok Sendiri ke?


NUke

salam.

sorry sebab lama tak update. Aku sekarang ni ada di rumah. Since kat rumah ni ada 1 je broadband dan penggunaannya terhad (sbb ramai lagi org kat rumah ni memerlukan internet connection), maka takleh la slalu nak update blog.


May 10.

Ada org kata hari ini ialah Hari Ibu. ye ke?

Kalau ye, Selamat Hari Ibu untuk ibu aku. Tapi aku nak ibu tahu yang setiap hari sepanjang hayatku juga adalah hari Ibu. Sebab aku tak mahu pada 10 Mei saja aku mengingati ibu. Aku mahu mengingati ibu sepanjang hayatku. Sebab apa? Hai, takkan nak tanya juga?


May 10.

Selamat ulang tahun kepada adikku. Maaf, abang kamu ni tak dapat nak wish face to face sebab kamu pun berada di sekolah asrama sekarang. Cukuplah doa supaya kamu mengecapi apa yang diimpikan dan perolehi kejayaan di dunia dan akhirat. Abang mana tak sayang adik kan?

May 10.

Setahun yang lepas, aku mem-publishkan entry yang pertama aku di http://nukerude.blogspot.com/; yang mana ia kemudiannya menjadi laman rasmi bagi aku.


Selamat ulang tahun PERTAMA wahai NUke Rude Blog.




NUke

salam.

Tajuk entry tu adalah konsep or main idea untuk dinner final year student bagi kos sains nuklear. N lagi best tagline tu diabadikan pada cenderahati yg berupa car sticker yg dberikan kpd mereka yg hadir dinner tersebut.
sedih. gembira. terharu.

aku rasa 3 perasaan tu je kot yg boleh aku gambarkan sekarang nih.





selamat berjaya kepada semua!


NUke


tarikh and waktu terakhir sebelum aku keluar dewan peperiksaan sebagai seorang mahasiswa prasiswazah sains nuklear.



sedih rasanya.



NUke

FAKTA YANG DISEMBUNYIKAN:

  • Penulis blog ini suka menulis karangan.
  • Penulis juga kdg2 keras hati, so dia tulis ikut suka dia je.
  • NUke Rude Blog ni merupakan blog yang ke-3 penulis
  • So now, laman ni mnjadi laman rasmi penulis.
  • Penulis juga tak mempunyai helaian janggut ditengah2 bahagian dagu!

So, dah tahu pasal aku? Haha, macam mana? Hebat bukan?! Ok la, straight to the point. Today, aku nak share cerita ngan korang semua ttg "Ey, macam mana ko leh start blogging ah?" and menjawab soalan2 seperti "Ey, aku tak sure la blog ko ni kategori ape.. xplain skit!", sambil2 aku menyingkap sejarah hitam aku sejak aku digelar 'blogger'.

Kepada yang baru berjinak2 dengan dunia blogging, ingin sekali aku mengucapkan selamat datang. Ternyata kita seperti adik beradik.. cuma dibezakan dengan tahap pemikiran dan point of view. Hmm.. bajet wise-saying lah tu. Buang masa saja!

Aku mula start blogging ni since 2003. Time tu, aku form 4. Dulu2, aku blogging through Friendster. But, disebabkan aku kemudiannya masuk asrama, n ditambah pulak dengan intenet kat rumah yg hanya mnggunakan dial-up, maka.. frienster tah ke mana.. blog pun ntah ke mana. Malang sekali bagi blog itu sebab aku pun tak ingat namanya.

Aktiviti rutin aku sebelum ada blog.

Lepas aku habis SPM n matrikulasi, aku masuk UKM. Then, sekali lagi aku mula berjinak2 dgn 'Blog Friendster'. time aku 1st year lagi, aku da tukar profile name friendster aku kepada "Nuke Rude". Aku x bercadang nk cerita pasal nama nuke rude tu, tapi cukuplah korg tau yg ianya ada kaitan dengan course aku; Sains Nuklear.

Blog 2nd aku dibagi nama NukEnergy. Established pada 2006. Aku tak sure blog tu still ada dlm alam maya dusta frenster itu atau dah terlupus. Sebagai insan yg baru2 nak matang n kenali dunia, blog aku tu selalu dilanda macam2 kontroversi, yang nyatanya melibatkan aku secara individu dengan pentadbiran JAKSA (macam bdn psatuan) kolej. Aku wat tak kesah je. kadang2 rasa cuak n geram gak bila kita diterima dgn layanan yg tak setimpal dgn usaha kan? So, basically blog tu tak berjaya menampakkan diri aku yg sbnar, tapi more to self expression as a growing teenager. Pastu aku rename blog tu kepada NUke Rude.

Early 2008. Aku tekad untuk terminate SEMUA social networks yg aku join: Friendster, Myspace, Tagged, Facebook, and Netlog. So, maknanya, aku kena terminate NUke Rude friendster. Aku plan untuk terminate semua2 tu pd besday aku yg ke 20 on September that year. So, setelah memikirkan sgala macam platform untuk aku trus stay dlm alam maya ni (ceh!), maka aku register NUke Rude blog kat blogspot.

Aktiviti rutin aku selepas ada blog! hahah.. Sama je!

10 Mei 2008. Aku publish entry pertama aku menerusi blog yg korang tengah baca nih! Dengan rasminya blog ini dibuka kepada umum.

Hari ni, berbekalkan nama NUke Rude, blog ni still tak cecah setahun. And aku harap aku akan still berblogging sampai aku dah takde riwayat.. so, segala mcm pandangan aku selama ni still kekal dalam ni.




Itulah dia anak2.. sejarah Encik NUke sebagai sa-orang blogger tegar.

Blog ni aku kategorikn sebagai Y

Y tu untuk apa? Y tu untuk YOUTH.

Kenapa? Sebab basically, apa yg aku kongsikan ni adalah pandangan aku sebagai seorang remaja/pemuda yang kini berusia 20 tahun 8 bulan.





Huhu. Panjang kan?

NUke

Salam.

Kehadapan pembaca yang setia.. terima kasih kerana setia mengadap blog aku setiap 5 menet bagi memastikan diri kalian sentiasa update dengan entry2 yang baru. Ceh! poyo la aku ni! takde maknanya org lain nk refresh blog ni every 5 menet. Ape kau ingat kau tu femes sgt ke Nuke? Hoho..

Itu lah dia monolog dalaman yg lebih kepada mencaci diri sendiri.

Enough.

Memandangkan sesi pengajian di universiti hampir tamat, maka ramailah di antara kita yang bermuram durja, kerana tak mahu berpisah dengan kenalan rapat yg mana kemudiannya menjadi kekasih hati. Betul kan? Well, luckily my J is not in the same university.. Haha! Selain tu, ada juga yang dah tak sabar nak berpisah dengan kawan2, sebab selama ni dia je yg asyik kena buli n dia je yg salu kena kutip tutorial n hantar kpeada lecturer. kadang2 tu, ade org rasa tak sabar nak habis belajar sebab dia yakin bhw lepas habis blaja, jawapan tutorial dia tak akan kena tiru lagi...

Huhu, walau apa pun reason anda, saya tetap dengan pendirian saya! Menjadi satu tanggungjawab bagi saya untuk menyampaikan satu fakta... Yang sebenanrnya, Dragon Ball ada 7 biji kesemuanya... huhuhu (pinjam ayat kat TV)

Ok la, be serious. Korang dah sure ke korang tak tinggal apape (selain kenangan) kat universiti or kpd kawan2? Bagaimana dengan HUTANG? Sudah dilangsaikan kah? atau sudah dikutip kah? Honestly, aku sangat takut bab2 berhutang ni, seksa oo kalo tak bayar, nanti bila akhirat, kena carik org yg kita berhutang tu n langsaikan.. langsaikan dengan apa? Wallahua'lam.

Bila kita berhutang tu, biarlah berpada2 n sentiasa beringat. kalu boleh, biarlah ada list, sekurang2nya kita tak lupa dengan siapa yg kita pnjam n berapa amaun wang yg kita pnjam. Oh! hal ni pun valid untuk barang2 lain. Contohnya kalo kita pinjam setereka ke.. mestilah kena pulangkan. Lagi bagus kalau kita dpt pulangkan awal2. Kang bila org tu dah blah, baru la menggelabah nk pulangkan kat org tu.


jadi, aku kat sini, nak mengambil kesempatan untuk bertanya kepada kawan2 universitiku... "Masih adakah hutang yang belum dilangsai?" dan "Korang dah bayar ke hutang aku tu?"

Sekiranya ada, aku nak maklumkan bahawa aku akan berada di UKM ni sehingga 10 Mei 2009. Jadi, kalau ada apape hal, boleh la call no maxis ku.


Sekian.


NUke

salam.

Pada tanggal 3 Mei 2009.
Aku ingin sekali mengisytiharkan bahawa:-

Cellphone Sony Ericsson aku telah ROSAK. dan yang lagi best, ia LANGSUNG TAK BOLEH ON!

Hal ni mendesak aku untuk menggunakan 1 cellphone saja.


DAN 1 lagi pengumuman, cellphone Motorola aku dengan ini diisytiharkan SEMI-ROSAK. Sebelum ni pun mmg dah problem, sebab button 'Send' and 'Select' dah dysfunction, tapi petang tadi ia mengalami kerosakan melampau apabila cellphone ini langsung tak boleh nk retrieve sms even kalau aku guna softwarenya.

Maka, dengan ini aku mengumumkan bahawa AKU TERPUTUS HUBUNGAN SMS dengan semua sahabat dan individu lain. Aku cuma boleh menerima dan membuat panggilan sahaja menggunakan cellphone Motorola aku tu. Oh ya, i am currently using my MAXIS number.




TQ.


NUke

HOT category berwarna merah!

1. Artis Baru Terbaik – Artis

Meet Uncle Hussain

2. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki) – Artis
Aizat – Lagu Kita

3. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) – Artis
Dato’ Siti Nurhaliza – Di Taman Teman

4. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album – Artis

Raihan – Assubhu Bada

5. Kulit Album Terbaik – Pereka
Vignes Balasingam – Remain Unknown – Estranged

6. Rakaman Album Terbaik – Jururakam
Reshmonu, Murali, Will Quinell & CL Toh – Harapan – Reshmonu

7. Video Muzik Terbaik - Pengarah
Kerol – 1000 Tahun (Mahu Hidup) – Butterfingers

8. Album Pop Etnik Terbaik – Artis/Produser
Lentera Timur – Dato’ Siti Nurhaliza

9. Lagu Pop Etnik Terbaik – Komposer/Penulis Lirik
Nafas Cahaya – M.Nasir – Loloq – Misha Omar

10. Album Nasyid Terbaik – Artis/Produser
Nostalgia Nadamurni – Rabbani

11. Lagu Nasyid Terbaik – Komposer/Penulis Lirik
Bila Nur Melimpah Di Hati – Asri Ibrahim – Ito Lara – Rabbani

12. Album Rock Terbaik – Artis/Produser
Hujan – Hujan – Noh Hujan

13. Lagu Rock Terbaik – Komposer / Penulis Lirik
Bila Aku Sudah Tiada – Noh Hujan – Noh Hujan – Hujan

14. Album Pop Terbaik – Artis / Produser
Misha Omar – Misha Omar

15. Lagu Pop Terbaik – Komposer / Penulis Lirik
Cinta Adam Dan Hawa – Azmeer – Loloq – Misha Omar

16. Album Hip Hop Terbaik
OK - Malique

17. Lagu Hip Hop Terbaik – Komposer / Penulis Lirik
Mantera Beradu – Malique, D’Navigator & M.Nasir – Malique & M.Nasir – Malique feat M.Nasir

18. Album Inggeris Tempatan Terbaik – Artis / Produser
President – Joe Flizzow

19. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik – Komposer / Penulis Lirik
KL Streets – Malique & D’Navigator – Malique – Malique feat Lah

20. Album Cina Tempatan Terbaik – Artis / Produser
Will Be Good – Will Ng – Cheng Lee, Will Ng & David Koon

21. Lagu Cina Tempatan Terbaik – Komposer / Penulis Lirik
Man Jiang Hong – Alex San – Ah Guan – Man Jiang Hong

22. Album India Tempatan Terbaik – Artis / Produser
Ethirrpaarkiren – Anbarasan & Anuratha

23. Lagu India Tempatan Terbaik – Komposer / Penulis Lirik
Ethirrpaarkiren – Anbarasan – Divya Saraswathy – Anbarasan & Anuratha

24. Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara – Artis
Ayat-Ayat Cinta – Rossa

25. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu – Penggubah
Audi Mok – Pada Cintanya – Dato’ Siti Nurhaliza

26. Lagu Terbaik - Komposer / Penulis Lirik
Nafas Cahaya – M.Nasir – Loloq – Misha Omar

27. Album Terbaik - Artis / Produser
Lentera Timur - Dato' Siti Nurhaliza


28. Anugerah Wirama
Pn. Habsah Hassan


---
Aku sangat tak sangka album Lentera Timur boleh menang AIM16. Aku mengharapkan album Hujan.



NUke

Salam.

Sebelum aku menulis hal2 yang lain. Aku just nak bagitahu, ni entry ke 100 aku untuk tahun 2009. Hip hip hooray! Ok, lets move on to the main idea of this entry. 1 May merupakan Hari Pekerja. memandangkan ianya hari pekerja, maka semua pekerja akan mendapat cuti. Aku yakin, ramai org dah plan balik ke kampong since malam khamis lagi, maklum la cuti 3 hari, bole la lepak2 n rehat kat kampung.

Aku? Aku tak balik ke kampung, sebab keluarga aku duduk di taman perumahan. So, istilah balik kampung maybe dah tak valid untuk aku.. So, jangan tanya aku soalan ni, "Ey, ko tak balik kampong ke?", tapi tanyalah aku dengan soalan macam ni, "Ey, ko tak balik taman ke?"

Ada yang mempertikaikan tentang cuti yang turut sama dinikmati oleh pelajar. Mereka bertanya, kenapa pelajar pun dapat cuti sedangkan mereka bukan pekerja. Ya, mungkin ramai yang tak berpuas hati dengan keistimewaan itu. Namun, dendam itu hanya mampu ditahan dan disimpan dalam hati. Jadi, kenapa pelajar turut mendapat cuti pada Hari pekerja?

Hm, untuk menjawab persoalan ini, aku mengambil masa kira2 2 jam untuk mengumpul idea sebelum mampu berhujah. Pertamanya; memandangkan pekerja (akademik & bukan akademik) bercuti, adalah perlu bagi pihak school, kolej, or universiti turut memberikan cuti kepada pelajar. Ini bagi mengelakkan para pelajar dari belajar secara sendirian di dalam dewan kuliah. kalau hal ni berlaku, ade kemungkinan timbul theory2 baru dalam matapelajaran dan menyebabkan mereka gagal menguasai subjek dengan betul.

Kalau universiti turut menjalankan peperiksaaan pada hari pekerja, maka para pelajar bolehlah bersenang lenang meniru sesama sendiri dek kerana pengawas2 peperiksaan sedang bercuti hari pekerja.

Jawapan lain yang sesuai dan tepat bagi persoalan 'kenapa pelajar turut cuti' ni adalah... "Sebab si pekerja dulu pun dapat cuti time diorg bergelar pelajar... so, kira fair-lah kan?" kata seorang pelajar yg tak ingin namanya disebutkan.

Aku pun terfikir, betul jugak!



So, apa aktiviti yang bagus untuk mengisi waktu cuti? Adakah tidur? Ya, bagi aku, tidur yang lena dan nyenyak pada waktu cuti adalah pilihan yang sangat baik. Dan tak membazir duit.

What do you say?


p/s: kalau pelajar tu bukan sejenis pekerjaan, kenapa dalam mana2 borang tu ada word "Student" dalam ruangan 'Occupation' ?



NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.