PE'US : Siri 10 (Akhir)
Amiroul sedar, pengakuan akan apa yang dirasai itu cuma mengundang kemarahan rakan-rakannya. Izham, Aisyah dan Wahidah sama sekali tidak bersetuju dengan apa yang dirasainya ketika ini; untuk kembali mendapatkan Khadijah, bekas kekasihnya itu. Untuk seketika, dia juga keliru. Tidak pasti sama ada yang mengundang rasa cinta itu hanyalah nafsu, atau satu perasaan jujur yang sebenarnya lahir dari sanubari.
Berjalan seorang menuju ke bilik, Amiroul berbelah bagi untuk mengirimkan SMS pada Khadijah. Habis saja ditaip apa yang mahu diluahkan, terus saja dipadamnya. Sekali. Dua kali. Dan berkali-kali. Sengaja langkahnya diatur perlahan bagi melengahkan masa untuk sampai ke biliknya.
"Ah! Biarlah!!"
--
Komputer dihidupkan. Tujuannya, hanya mahu melayari internet dan mengemaskini status di laman Friendster. Amiroul sedaya upaya mahu melupakan niatnya untuk memikat Khadijah semula. Baginya, ada betul apa yang diperkatakan oleh rakan-rakannya petang tadi. Biarkan saja bekas kekasihnya itu bahagia dengan jejaka yang disayangi.
Shout: Camne nak padamkan rasa cinta pada ex-gf..?
--
2 minit. Itu saja selang masa yang diperlukan Amiroul untuk mendapatkan maklum balas dan komen daripada kenalannya di Friendster. Malah ada juga 'Anonymous' dan mereka yang tidak dikenali turut memberikan komen dan pendapat. Malam itu Amiroul berjaya mensibukkan diri dengan membalas setiap komen dan mesej yang diterimanya di Friendster... sehinggalah seseorang yang tidak diketahui Amiroul menghantar satu mesej yang padat dengan makna; walaupun ringkas.
Salam Bro,
Biarkan lah dia bro. Bukannya kamu tak boleh berhubung langsung dengan dia. Spatutnya kamu kna rsa gembira bila dia kini sudah bahgia.
Dan aku harap, kamu takkan sekali2 menjadi org ketiga dlm cinta dia dgn bf baru dia.
-Pe'us.
Terkedu. Hatinya tidak puas selagi tidak mengetahui siapakah 'Pe'us' itu. Pedas sungguh kandungan mesej yang dikirimkan. Terasa. Terdiam. Tak terkata dibuatnya, setelah berkali-kali dia membaca butiran kata yang dikirimkan Pe'us.
"Siapa Pe'us ni?"
- TAMAT -
p/s: Siri Pe'us dimulakan dengan sambungan siri Ku Ampunkan Cintamu. Bertemakan konflik, penulis merasakan yang siri ini masih boleh diperbaiki dan penulis mengakui akan kekangan masa dan jalan idea yang spontan dan 'on the spot' barangkali mencacatkan sesetengah bahagian dan jalan cerita. Nevertheless, penulis sangat menghargai masa yang diluangkan pembaca untuk 'menelaah' siri PE'US ini. Barangkali identiti Pe'us amat mudah dikenalpasti, dan disebabkan itu, penulis mengambil keputusan untuk menamatkan siri Pe'us di sini. Pengajaran? Biarkanlah si dia bahagia.
Akan ada sambungan? Tidak pasti.
NUke
2 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
baiklah...