PE'US : Siri 9
"Eh! Amiroul!!!", balas Khadijah dengan intonasi suara yang agak terkejut. Dia tidak menyangka bekas kekasihnya ketika di zaman sekolah dahulu kini menjadi rakan kepada teman lelakinya kini, Fairus.
"Eh, awak kenal Amiroul ke?", terkejut Fairus dibuatnya apabila teman wanitanya itu sebenarnya mengenali Amiroul.
"Kitorang kenal satu sama lain... Kitorang...", belum sempat Amiroul menghabiskan ayatnya itu, Khadijah pula menyampuk...
"Kami satu sekolah dulu. Amiroul ni my senior..."
Tersenyum.
--
Setelah memesan makan tengahari di kedai mamak Fariz Maju, Fairus memulakan bicara. Hanya bualan kosong tentang segala hal yang berlaku di universiti, permasalahan tesis yang sedang dilakukannya... sebelum dia membuka dan memula bicara tengtang kekasih hatinya itu, Khadijah.
"Tak sangka pula aku yang kau ni kenal Khadijah. Satu sekolah pulak tu dulu."
Kunci motorsikal diletakkan di atas meja. Belakang badannya disandarkan ke kerusi. Nafasnya diambil sedalam-dalamnya sebelum dihembus perlahan. Amiroul kemudian membalas perbualan sahabatnya itu. Sungguhpun dia baru saja mengenali Fairus, tapi dia begitu selesa untuk berbicara. Sangat selesa untuk berbual akan seorang gadis yang satu ketika dulu pernah bertakhta dihatinya.
"Ya. Satu sekolah. Tu pun tak sangka boleh jumpa semula kat universiti..."
"Korang rapat ke dulu?"
"Hm... nak kata terlalu rapat tu tak adalah. Biasa-biasa saja." Berdalih. Semahunya dia tidak mahu memberitahu kepada Fairus bahawa Khadijah itu adalah bekas kekasihnya. Sementelah pula Khadijah seolah-olah sudah memberikan 'hint' untuk tidak bercerita kisah lama mereka semasa mereka bertiga berbual pendek di Kolej Lima tadi.
"So, amacam exam kau?", laju saja Amiroul bertanya kepada Fairus. Tujuannya hanya satu, untuk mengubah topik perbualan yang dijangkakan akan menambahkan runsing di mindanya. Tak lama selepas itu, makanan dan minuman yang dipesan pun tiba. Berbual lah mereka sambil menikmati hidangan tengahari yang semestinya mahal itu.
--
"Kau tau Zam, Khadijah tu sekarang dah couple dengan Fairus lah!"
"Fairus budak yang pulangkan kunci kau tu ke?"
"Ya!"
"Padan muka kau. Dulu-dulu kau tak nak jaga awek kau tu."
"Hm. Nak buat macam mana. Dulu aku bodoh sikit."
"Sekarang pun sama je bodohnya..."
"Babi lah kau."
Dan selepas itu masing-masing tergelak. Sebelum gelap malam yang memenuhi bilik tidur itu kemudiannya melahirkan perasaan mengantuk yang teramat sangat; memaksa kedua teman sebilik itu tidur dan berehat untuk menantikan hari yang mendatang.
--
"Aku dah ajak Oul dah! Dia kata tak nak join doh!", balas Izham apabila Aisyah dan Wahidah bertanyakan akan Amiroul yang sejak kebelakangan ini sudah jarang keluar melepak bersama mereka. Selalunya hari-hari terakhir semesta ini, banyak saja aktiviti mereka. Ke Putrajaya untuk bergambar lah, atau ke Tasik Titiwangsa dan berjalan sekitar Kuala Lumpur. Bagi Wahidah, Aisyah dan Izham, 'kehilangan' Amiroul itu sedikit sebanyak mengundang perasaan ingin tahu. Manalah tahu kalau-kalau sahabat mereka itu ada masalah.
"Aku rasa lah, jom kita ramai-ramai pergi kolej dia la. Lepak-lepak dengan dia. Aku rasa dia ada masalah kot."
Aisyah mencadangkan kepada teman-temannya untuk sama-sama ke kolej Amiroul, lepak-lepak minum petang di kafeteria kolej bersama Amiroul. Dengan segera, dia mengirimkan SMS kepada Amiroul untuk minum petang bersama di kolej kediamannya.
Ok. Da sampai kafe nti, gtau aku.
--
"Kitorang perasan lately kau macam ada masalah je. Cerita lah. Mana tahu kalau-kalau kami boleh tolong...", Izham memulakan bicaranya kepada Amiroul.
"Tak ada apa lah. Cuma..."
"... aku rasa... aku dah mula jatuh cinta balik lah..."
"... dengan ex aku."
--Bersambung...
NUke
2 Comments:
-
- Unknown said...
May 8, 2010 at 5:38 AMepisod seterusnyer- NUke_Rude said...
May 9, 2010 at 8:48 PMseterusnya barangkali klimaks cerita...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.