Dengan keadaan PC sendiri yang masih lagi bermasalah, aku dengan tak malunya meminjam pc my cousin yg baru saja balik dr kampung semalam untuk terus beron-line dan mendengar lagu.

Ha. gila bai tak online! Ok la, online tu takde la aku kemaruk sangat. Cuma mendengar lagu itu agak penting. Untuk sama2 mengupdatekan diri sendiri dengan lagu2 baru da seterusnya memberikan komen dan kritik.

Edisi kali ni. Lagu Insha Allah daripada Maher Zain.

Dikeluarkan sebagai single kedua (kalau tak silapla) dan single pertama (di sesetengah negara), suara Maher Zain ini sememangnya sangat sesuai dengan lagu nasyid. Maher Zain bukanlh adik kepada Ziana & Anuar. Dia adalah seorang penyanyi berkuturunan Arab yg mengenengahkan muzik nasyid kontemporari yg berjaya menarik minat para pendengar dan penggemar muzik di sekitar UK & Eropah, Mesir dan kini sedang cuba menembusi pasaran Malaysia menerusi kerjasama Awakening Records & InTeam Records.

Insha Allah barangkali satu produk nasyid yang bagus sebagai permulaan utk menembusi pasaran nasyid Malaysia. Lirik? Of course la dalam bahasa Inggeris - menjadikan lagu ini universal dan boleh dihayati oleh semua orang. Tujuannya hanya satu - menarik minat orang ramai terhadap realiti dan ke-berserah-an kepada Tuhan yang Satu.

Kiranya kalau ada apape masalah, Insha Allah akan ada jalan penyelesaiannya; dengan izin Allah.




Title: Insha Allah
Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah

MyRate: 3.7 / 5.0

NUke

5 Comments:

  1. Anonymous said...
    besh!
    farhana said...
    Maher Zain punya suara dan lagu memang best... =)
    big fan of him =)
    Unknown said...
    lgu ni mmg best!
    SD said...
    Aku ada koleksi lagu mp3 maher zain...sesiapa nak aku emelkan....huhuhu....
    fikri FAUZI said...
    lagu lain dia semua best bro!
    ;D

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.