"Duan!! Amer!!!!!!"

Dulu2, kalau dengar saja teriak yang dilemparkan ayah, aku dan abang pasti akan bergegas masuk ke dalam bilik. Dah takdenye nak berani duk terjegat depan TV tengok kartun. Ataupun, bila saja kami menyakat adik kitorang, menangis pulak budak kecik tu. Ayah pun terus lah bising. Dasar pemikiran budak2. Manalah kitorang tau yang org2 dewasa ni penat bila saja dorang balik kerja. Dengar je panggilan ganas itu, secara automatik kitorang akan hilang drpada tempat 'kejadian'.

Ayah memang garang. Sangat garang. Sehinggalah dia dengan jayanya menunaikan ibadah haji! Lepas tu dah tak brape garang sangat la. untung la adik aku tu. Time dia membesar, ayah takde nak rotan2 sangat. Mungkin sebab semakin tua kot. Anyway, kitorang yg dulu2 ni dibesarkan zaman2 ayah garang, still ada ketika rasa cuak bila berdepan dgn ayah.

Ayah aku bersaiz besar? Kejadahnye!! Kurus je pun orang tua tu. Tapi mungkin sebab pengalaman dirotan dan didenda menjadikan kitorang adik-bradik ni sangat cuak dan respek pada ayah.

Mungkinkah aku mewarisi kegarangan ayah?

kalau kakak2 kitorang buat hal, ayah akan bising dan berhujah. Tapi tu tak bermakna yg adik bradik lain boleh mengejek dan bersenang lenang. sebab ayah pasti akan men'denda' kesemuanya. Yang selalu jadi mangsa... aku dan abang aku lah! Sebab kitorang ni berdua saja lelaki. So, akan ada lah sesi tilawah Al-Quran sama ada dari waktu Zohor hingga selesai Isya'. Ataupun dari Maghrib sampai ke tengah malam.

Sadis tu memang lah (kalau nk diikutkan hati budak2 la). kakak2 yg buat hal, kitorang pun kna skali. memng la tak puas hati!! Tapi yang bagusnya, ayah tak denda yg bukan2. Da suruh mengaji. Dan disebabkn itu jugak lah, aku dan abang aku bjaya mengkhatam Quran awal. Thanks to Ayah!! Ibu pulak lepas saja menyambung 'bebelan' nasihat pada mereka yg buat salah, akan trus dtg teman aku and abang aku mengaji depan ayah. mengalir jugak la air mata.

Tapi ayah sangat hebat... lepas saja dia 'puas hati', dia suruh kitorang pgi makan malam. kejadahnya aku nak berselera kan? terus saja aku and abang aku tidur. Sebab esoknya nak kena pergi sekolah.

Aku n abang aku siap dah boleh tau dah bila akan ada sesi tilawah yang seterusnya!!

Mula2, aku rasa benci sangat sebab ayah denda kitorang yag diklasifikasikan 'tak bersalah'. tapi aku perlu bersyukur sbnrnye, sebab ayah mendenda kitorang dengan cara yg mulia. Takdelah sampai nak cucuh puntung rokok, libas tali pinggang x tentu pasal kan?

Ayah. Sekeras dan segarang mana pun ayah itu... dia tetap seorang ayah. Sikit, tak banyak, pasti ada rasa sayang dirinya untuk anak2nya.

NUke

5 Comments:

  1. charco said...
    hehehe..bagus..salah satu cara denda yg best :D

    aku dulu pnah kne suruh tido kt beranda umah...nasib baek la mak aku baik hati, tlg bukakn pintu :D
    Mel said...
    lol.. ni mesti sebab apa kak su cakap tghari tadi kan?

    hahah!!!
    Faizal Sulaiman said...
    wahhh aku rasa mesti ko garang jugak nanti.apa2 pun bila melibatkan anak sendiri, mesti bertegas.niat mak ayah kita satu je kot.dia nak tengok hidup anaknya berjaya dunia akhirat.
    NUke_Rude said...
    charco:
    tu la pasal. sbb tu la aku respek ayah aku.

    liz:
    a lil bit lah! haha.

    faizalsulaiman:
    realitinya, aku ni mmg garang pun. haha. hm, btul, dia cma mahu yg tbaik utk anaknya.
    AkU said...
    story ayah ko sejibik mcm story ayah aku gak..hahha

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.