Siri 4
Minggu-minggu pengajaran dan kuliah
berlalu seperti normal. Tiada drama-drama atau babak-babak besar berlaku di
antara Xyryll dan Asyraf. Melihat akan situasi ini, Arief berasa sedikit lega
mengenangkan kedua-dua sahabatnya itu kini sudah berbaik. Ya, seperti apa yang
diberitahu oleh Asyraf kepadanya; dia dan Xyryll kini hanya sekadar kawan.
Tidak lebih daripada itu.
Kedua-dua lelaki itu kembali rapat dan
ini mengundangkan rasa menyampah Meor terhadap Xyryll yang disangkakan sudah
kembali bertaut cinta dengan lelaki yang diminati itu. Rasa geram itu ditambah
lagi dengan tindakan Asyraf yang tidak membalas satu pun pesanan ringkas yang
dikirimkan kepadanya setiap hari semenjak cuti semester yang lalu.
“Sial betul mamat ni! Sekarang dah rapat
balik dengan Asyraf!” bebelnya berseorangan sambil memerhatikan kedua-dua
jejaka itu melangkah menuju ke kafeteria untuk minum petang.
“Asyraf pun satu! Tak serik-serik lagi
kah ditipu jantan tu?”
“Apa benda yang best sangat si Xyryll tu
pun, aku tak tahu.”
Dalam kegeramannya memerhati perlakuan
mereka dari jauh, Nizam datang menghampiri Meor, bertanyakan perihal apa yang
dingomelkan seorang diri itu. Dalam diam, dia sebenarnya mengidam juga untuk
merasa kehangatan tubuh Xyryll, sama macam apa yang pernah dinikmatinya satu
masa dulu.
“Oh! Kau usha Xyryll ya!”, tegur Nizam
menghangatkan lagi hati Meor yang sememangsya sudah panas.
“Kepala hotak kau!”
“Buat apa aku nak usha mamat tu…”
“Aku tengah usha Asyraf…”
Mencebik bibir. Nizam seolah-olah hairan
kenapa Meor masih tergila-gilakan si Asyraf itu. Pada pendapatnya, Xyryll itu
lebih menarik perhatian. Hot Stuff dari pandangan matanya.
“…badan sedap, tinggi pulak tu… dan ‘barang’
pun baik!” spontan Nizam membogelkan personaliti Xyryll kepada Meor. Dan
peluang ini digunakan Meor untuk memujuk dan menghasut Nizam untuk sama-sama
meneruskan niat jahatnya; menyingkirkan Xyryll daripada liga perebutan Asyraf.
“Kau tak nak main lagi ke dengan mamat
tu?” soal Meor. Benci.
“Kau gila!? Siapa je yang tak nak?”
sambut Nizam. Nafsu.
Memandangkan Nizam memberikan
tindakbalas dan respon yang mahu didengarinya, Meor mengambil kesempatan ini
untuk terus memperapi-apikan gelora nafsu Nizam untuk sama menggoda Xyryll.
Menjauhkan ‘mamat’ itu daipada fokus cinta yang masih belum termiliki Meor,
yakni Asyraf. Mereka kemudian khayal membayangkan bagaimana mahu memenuhi
kehendak hati masing-masing, sehinggalah termampu untuk merangka idea dan
konspirasi lahanat demi merealisasikan impian masing-masing.
Mendengar rancangan syaitan yang
dibisikkan Meor kepadanya, Nizam menjadi kaget. Tidak mampu bertutur kata.
Mungkin terlalu perinci rancangan jahat yang didengari itu, atau terlalu benar
untuk menjadi kenyataan.
Pun begitu, dia sebenarnya menyangka
konspirasi jahat mereka sepatutnya berakhir ketika di surau kolej tempoh hari.
“Kau serius ke ni, Meor? Aku ingatkan
benda ni settle kat surau hari itu saja.” Ucap Nizam mendapatkan kepastian
tentang rancangan jahat yang dibentangkan Meor.
“Dah alang-alang lecturer dah tau pasal
dia… ini saja lah masanya!” balas Meor dengan lirikan matanya memandang langit,
membayangkan apa yang bakal dilakukan dan apa pembalasan yang bakal diterima
Xyryll kelak.
Membiarkan Nizam termagu tidak pasti sama
ada dia masih mahu terlibat sama; atau tidak.
--
Dingin malam di bumi Melaka itu tidak
menghalang langsung kesungguhan Fadhiri untuk ke surau, melaksanakan solat
Maghrib berjemaah. Dia tekad, untuk semester terakhir ini, dia sebolehnya tidak
mahu terlepas ke surau pada setiap malam – untuk menunaikan solat Maghrib dan
Isya’. Dan mungkin ramai yang tidak peduli atau perasan, khutbah Maghrib dan
ceramah ketika malam Jumaat pada minggu-minggu berlalu lebih menyentuh akan
perihal salah laku disiplin pelajar, nilai-nilai murni pelajar, serta
kecenderungan homoseksualiti di kalangan pelajar. Antara keempat-empat teman
sebilik itu; hanya Fadhiri yang ternotis akan perkara ini. Lalu diambil
keputusan untuk bertanyakan sesuatu kepada Ustaz Zainuddin setelah beliau
selesai memberikan kuliah Maghrib sebentar nanti.
--
Manakala di suatu lokasi yang lain,
Arief yang sedang sibuk menyiapkan tugasan berkumpulan bersama-sama rakan
tutorialnya yang lain dikejutkan dengan satu cerita daripada Fatin yang mana
isi kandungannya lebih berpusat kepada apa yang didengarinya ketika berjumpa
pensyarah siang tadi.
Fatin menceritakan akan perbualan yang
didengarinya di antara pensyarah-pensyarah di Jabatan Matematik ketika berjumpa
dengan seorang pensyarah pada awal petang tadi. Menurut apa yang didengarinya,
sekarang ini para pensyarah sedang sibuk membincangkan tentang salahlaku
pelajar yang semakin menjadi-jadi, dan juga membincangkan tentang seorang
pelajar lelaki jurusan Fizik yang tidak diketahui siapa.
Tanpa sebarang prejudis, Arief
membiarkan apa yang didengari itu begitu saja dan dianggap sebagai halwa
telinga semata-mata, lalu mengembalikan tumpuan kepada tugasan yang perlu
disiapkan itu.
Tidak menyedari hakikat bahawa dia
sebenarnya kenal benar dengan pelajar lelaki jurusan Fizik yang diperkatakan
oleh pensyarah-pensyarah itu.
--Bersambung...
NUke
dalam topik : ku ampunkan cintamu 3, novel
2 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
go on meor!!
kick some ass