Seperti yang di-highlight-kan dalam notakaki akhir KAC3 tempoh hari, aku ada mengatakan bahawa sebahagian nama-nama watak ini adalah nama betul sebahagian sahabat-sahabat aku. Pun begitu, ditegaskan sekali lagi bahawa personaliti mereka dalam cerita ini jauh sekali dan tidak sama dengan personaliti mereka yang sebenar di dunia realiti.

Huraian di sebalik nama watak; mengikut urutan peristiwa:-

Asyraf : Seorang sahabat dan kenalan sejak 5 tahun. Kawan sekelas tadika dan seperumahan. Kenal sejak tahun 1993. Kini menuntut di Ireland.

Xyryll : Nama fiksyen yang direka spesifik untuk siri KAC ini. Pun begitu, aku pernah terlintas untuk menamakan anak aku (kelak, insyaallah) dengan nama ini. Tetapi, bila difikir-fikir balik. Baik tak payah. Nanti bila dah besar, dia google nama dia sendiri, and terjumpa cerita ni, macam awkward pula.

Alya' : Diolah dari nama sebenar seorang sahabat; 'Alyaa Nadhira. Seorang kenalan sejak di MRSM dulu. Pernah satu kelas dengan dia. Dia baru saja menamatkan pengajian dalam bidang perubatan dari sebuah universiti di Indonesia.

Arief : Nama betul seorang rakan bilik ketika menuntut di matrikulasi. Student biology. Berkaca mata. Berasal dari Terengganu. Anak yatim.

Fadhiri : Nama betul seorang rakan bilik. Juga ketika menuntut di matrikulasi. Pelajar jurusan Biologi. Berasal dari Kelantan. Namun, beliau kini sudah tiada di dunia lagi. Terlibat dengan kemalangan motor ketika di semester akhir di UPSI. Arwah memang seorang yang arif dalam soal ibadah dan agama.

Jason : Pemilik nama ini merupakan seorang berbangsa Cina. Juga kenalan ketika menuntut di matrikulasi. Bijak dan pandai dalam kedua-dua subjek Biologi dan Fizik. Tinggi. Seusia dengan aku.

Puan Azizah (pensyarah Fizik) : Watak fiksyen. Nama Azizah itu diambil bersempena dengan guru muzik ketika aku di sekolah rendah.

Maisarah : Nama watak ini hanya disebutkan sekali dalam KAC yang pertama. Watak fiksyen.

Dr. Samad (pensyarah Matematik) : Nama pensyarah ini aku adaptasikan bersempena dengan cikgu Matematik aku ketika menuntut di MRSM dulu. Memang namanya Samad.

Khairul (kenalan bermain skuasy) : Watak fiksyen yang diambil namanya bersempena dengan seorang kawan di sekolah rendah - Khairul Amri.

Puan Hamidah (pensyarah Bahasa Inggeris) : Watak fiksyen.

Anuar : Kenalan ketika di matrikulasi. Sebilik dengan Jason. Biliknya hanya bertentang dengan bilik aku dulu. Orang Kelantan, bertubuh sedikit sasa tetapi pendek. Student Fizik.

Puan Roslinda (pensyarah Matematik) : Memang wujud. Beliau sangat garang. Pernah sekali aku terlewat masuk kelas tutorialnya ketika di matrikulasi, dan dia tak bagi aku masuk kelas. Setelah aku berkeras, dia bagi juga. Dan setelah insiden itu, aku selalu dipanggil ke hadapan untuk menjawab soalan di papan putih.

Pugneswary : Seorang kawan perempuan berbangsa India. Sekelas dengan aku ketika di matrikulasi.

Meor : Kawan sekelas ketika di matrikulasi. Tinggi dan berpewatakan macho.

Noradilah, Che Wan & Nuh : Nama gelaran dan nama betul sahabat-sahabat ketika menuntut di matrikulasi.

Hazieq : Lelaki yang aku kenal ketika masih menuntut di matrikulasi. Kebetulan kampungnya berhampiran dengan kampung ibu, di Melaka.

Nizam : Rakan dan kenalan ketika di matrikulasi. 

Ustaz Zainuddin : Watak fiksyen.

Dr. Khairi : Watak fiksyen. Pun begitu, namanya diambil bersempena dengan nama seorang kenalan ketika belajar. Teman sekelas dan teman bersukan ketika di matrikulasi.

Fatin : Teman sekelas ketika di matrikulasi.

Professor Fakhri : Watak fiksyen. Namanya diambil bersempena dengan nama sorang sahabat sekelas ketika di matrikulasi.

Meor Mustapha Hashim : Watak fiksyen.



Trivia dalam KAC:
1. Cerita ini secara tidak sengaja dipublishkan pada tahun 2009. Selepas itu, ianya terpaksa dikembangkan atas respon yang membina daripada pembaca.

2. Dalam KAC, Xyryll melakukan aktiviti tidak bermoral bersama Anuar. Yang mana selepas-selepas itu, mereka turut disertai oleh Nizam. Huraian ini tidak dipaparkan dalam KAC2 atas faktor ayat dan kandungan yang terlalu explicit. (Lost episode of KAC 1.5)

3. Sebelum KAC3 dipaparkan, penulis sudahpun memperlihatkan jalan cerita bagi tiga chapter yang pertama kepada beberapa individu untuk review awal. Respon2 yang diterima ini lah yang menjadi tunjang kepada apa yang anda baca sebulan ni.

4. Ketika plot jalan cerita ini siap, hanya seorang saja yang tahu pengakhirannya bagaimana. KAC3 sepatutnya berakhir ketika Asyraf diberi pilihan sama ada untuk menerima pelawaan pensyarah-pensyarahnya itu bagi menyelamatkan Xyryll. Individu yang tahu akan pengakhiran awal ini, bagaimanapun tidak tahu akan plot akhir yang telah diubah.

5. Poster-poster KAC : 1 (gambar penulis. self-captured, di dalam bilik di UKM), KAC 2 : Pemandangan di Lumut. KAC 3 : Ketika berada di Brunei.



Terima kasih kerana sudi membaca.

NUke


2 Comments:

  1. Faizal Sulaiman said...
    yg aku bleh simpulkan, KAC lebih bersifat personal :)

    Tahniah nuke!

    Ok start menulis untuk FIXI ye:)
    Ri said...
    oh! encik faizal dah jemput nuke turut jejak langakh dia dah tu!
    so.. ape tunggu lagi? ;)

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.