Siri 6


Berdebar-debar dirasakan Xyryll sambil sesekali memandang jam tangannya. Masih berbaki dua jam sebelum 11 malam. Perasaan gusar itu memaksa dirinya untuk tidak terus berada di dalam bilik. Segera dicapai gayung berisi perkakas membersih diri dan sabun mandi lalu terus menuju ke bilik air. Walaupun dia sudah membersihkan diri sesudah selesai sesi bersukan Maghrib tadi, perasaan gemuruh itu membuatkan dia berasa panas dan berpeluh. Menjadikannya tidak selesa.

Arief yang terperasan akan kelainan Xyryll malam itu hanya membiarkan sahaja. Membutakan mata. Tidak mahu mengambil tahu apa yang mengganggu fikiran sahabatnya itu. Sesekali dia menoleh ke belakang, memerhatikan Fadhiri yang dilihatnya khusyuk menelaah.

Asyraf juga begitu. Lalu dia mengembalikan pandangan mukanya ke arah buku rujukan yang sedia terbuka. Menyambung semula tugasannya.

--

Dalam masa yang sama, Nizam yang baru sahaja selesai berdiskusi bersama teman-teman tutorialnya di bangunan akademik sedang sibuk mengemaskan alat tulisnya sebelum dia ditegur oleh Meor dari belakang. Dalam kesibukkan teman-temannya yang lain mengangkat kaki dan berlalu, Meor menekan perlahan bahu kanan Nizam, memintanya terus duduk di atas bangku.

Tidak disangka, Meor pula yang muncul malam itu. Nizam tahu bahawa dia perlu segera menyelesaikan apa yang perlu di situ  memandangkan dia hanya mempunyai baki masa kira-kira dua jam sahaja sebelum pertemuan yang dirancangkan petang tadi.

Meor berbual kecil dengan Nizam bersendirian setelah memastikan tiada siapa derada di sekeliling mereka, sebelum bersalaman dengan Nizam dan berlalu pergi.

Nizam mengeluh. Tanda lega? Tanda runsing? Tidak pasti.

Telefon bimbit dikeluarkan dari saku seluarnya. SMS dikirmkan kepada Xyryll bagi mengesahkan pertemuan sebentar nanti.

--

Baju di sarungkan ke tubuh badan, setelah dipastikan kering. Dompet diambil dan dimasukkan ke dalam kocek belakang seluar jeans biru lusuhnya. Telefon bimbit dicapai dan dipegang rapi di tangan kanan. Kunci bilik juga diambil dari permukaan meja sebelum disimpan ke dalam poket seluar. Xyryll memberitahu Arief bahawa dia ingin ke blok bersebelahan untuk berjumpa seorang kenalan, memandangkan dia saja yang berada di dalam bilik ketika itu.

Arief hanya mengangguk…

Perlahan langkah dimulakan Xyryll sambil menarik nafas semahunya. Hanya mengenakan sepasang sandal, langkahnya diatur kemas dan semakin laju berbanding sebelumnya, melintasi kafeteria dan perkarangan surau sebelum hilang di sebalik tinggi pokok-pokok angsana memisahkan perkarangan asrama kediaman dan bangunan-bangunan akademik.

Xyryll sengaja melencong jauh dan sesekali memerhatikan skrin telefon bimbitnya itu kalau-kalau ada lagi SMS yang diterima masuk. Dan dalam sedar tidak sedar, dia sudah pun berada di depan pintu lokasi pelampiasan nafsu suatu ketika dahulu. Teringat akan perihal ini, Xyryll tiba-tiba terangsang dan mengalami ereksi.

Pintu dikuak perlahan sebelum melangkah masuk.  Sesekali dia menjenguk ke dalam cubicle tandas yang ada di situ, mencari kelibat Nizam di dalamnya. Hampa. Hanya dia berseorangan sahaja di situ, walaupun waktu sudahpun tepat menunjukkan jam 11 malam.

Tak mengapa. Aku cuma tunggu untuk lima minit saja. Kalau dia tak datang, aku balik.” Xyryll bermonolog sendirian sambil berdebar menanti kehadiran Nizam. Tidak tahan ke hulu dan hilir, dia mengambil keputusan untuk duduk di para yang menempatkan singki-singki di dalam tandas itu.

Kreeaaakk…’, pintu dibuka perlahan oleh seseorang. Lelaki itu adalah Nizam. Masih bersama-sama dengan beg sandangnya, Nizam kelihatan berhati-hati dengan langkahnya, takut andaikata ada orang mengekorinya dari belakang. Dia berasa lega apabila Xyryll sudi datang untuk berjumpanya di situ.

Nizam…

Xyryll. Sorry, terlambat sedikit tadi.”, balas Nizam yang kelihatan sedikit berpeluh. Dia kemudiannya menurunkan beg sandangnya lalu di letakkan ke atas lantai yang kering. Dilihatnya sekeliling tandas itu, memastikan bahawa mereka berdua bersendirian. Tidak disangka, tandas itu masih lagi dalam keadaan yang bersih dan terjaga. Mungkin juga ia disebabkan oleh lokasinya yang sedikit terperosok, lalu menyebabkan tidak ramai pelajar yang menggunakannya. Sesekali Nizam tersenyum memandang Xyryll. Dalam fikirannya juga terkenangkan peristiwa seksual yang pernah berlaku di antara mereka di dalam tandas itu satu ketika dahulu.

Perihal Meor tu… sebenarnya ada sesuatu yang kau kena tahu”, segera Nizam memulakan bicara. Dia kemudiannya bersandar di dinding, menghadap Xyryll yang masih duduk di atas para. Xyryll hanya diam membisu dan menunggu Nizam untuk menyambung penjelasannya itu.

…kau tahu kan, Meor tu ada perasaan terhadap Asyraf?” soal Nizam. Lalu menyebabkan Xyryll sedikit melopong. Barangkali dia tidak terperasan akan perihal ini. Nizam seterusnya menceritakan bagaimana Meor cuba merapati Asyraf sebelum ini namun, respon yang diterima acapkali menghampakan. Sungguhpun satu ketika, Asyraf pernah mengakui tertarik kepada Meor, namun sukar baginya membuang rasa sayang terhadap Xyryll.

Betul ke?...” Xyryll ingin mendapatkan kepastian? Memaksa Nizam untuk kembali mendongak, mengalihkan pandangannya yang sudah pun jauh merewang kembali tepat ke arah muka Xyryll yang berada di hadapannya.

Betul ke apa yang kau cakap ni? Habis tu, apa yang Meor tu nak daripada aku?” sempurna soalan yang ingin diajukan kepada Nizam kali ini.

Meor mahukan Asyraf. Dan aku mahukan engkau.” Balas Nizam tersenyum sinis sambil tangan kirinya meramas-ramas bonjolan di seluar miliknya. Melihat tingkah laku berahi Nizam itu, Xyryll tidak pasti sama ada dia sepatutnya beredar dari situ, atau terus menanti apa yang bakal terjadi. Merelakan sekali lagi.

--Bersambung...


NUke

3 Comments:

  1. Faizal Sulaiman said...
    lari xyryll lariiiii
    sYukCurz said...
    glup.. semakin mendebarkan..
    Unknown said...
    apa yg dicari nafsu dan cinta atau cinta dan nafsu?

    saya redha tgu episod berikutnya

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.