Siri Akhir (Siri 12)


Pagi Khamis  minggu itu, setelah usai menghadiri kuliah Kimia, Meor melangkah berseorangan menuju ke Bangunan Pentadbiran kolej. Dia mahu sekali berjumpa dengan Professor Fakhri bagi mengesahkan akan tindakan disiplin yang dikenakan terhadap Nizam. Dia juga mahu mendapatkan kepastian perihal Asyraf, sementelah terlihat kelibat lelaki itu meninggalkan bilik Penolong Pengarah kolej itu semalam. Setelah pintu diketuk beberapa kali, kedengaran suara Penolong Pengarah kolej itu member kebenaran untuk masuk. Meor sopan memberikan salam kepada pensyarah itu, sebelum menutup rapat daun pintu bilik.

Maaf ya professor kalau-kalau saya ni mengganggu kerja professor.” Meor memulakan bicara, memohon maaf andaikata kehadirannya ketika itu mengganggu proses pekerjaan pensyarah yang jelas kelihatan tertekan pada riak wajahnya.

Oh, awak rupanya! Tak mengapa. Sila duduk.” Sambut Professor Fakhri, mempelawa Meor untuk duduk di kerusi bersetentang dengannya. Professor itu kemudiannya bertanya khabar Meor dan juga perihal bapanya itu. Sebelum masing-masing tersenyum mesra dan beralih tumpu kepada tujuan kedatangan Meor ke pejabat pensyarah itu.

Kedua-dua lelaki itu berbincang serius akan perkara tindakan disiplin yang dikenakan terhadap Nizam. Sesekali, terselit senyum sinis dan tertawa kecil pada kedua-dua wajah mereka. Setelah menyoal pasti, Professor Fakhri mengesahkan akan pemberhentian pengajian Nizam yang akan berkuatkuasa dalam masa dua minggu lagi. Meor juga bertanyakan perihal Xyryll kepada Professor Fakhri, namun belum sempat dia menghabiskan soalannya itu, Professor Fakhri bangun dari duduknya dan menuju ke arah kabinet fail yang terletak berhampiran mejanya. Sambil membelek-belek beberapa dokumen, dia menjawab,

Memandangkan Nizam sendiri mengakui akan penglibatan Xyryll dalam kes ini, dan juga pengakuan oleh Xyryll sendiri pun sudah diterima, maka dia juga akan dibuang kolej.” Terdengar nada tegas dalam suaranya. Dia kemudiannya menyambung,

Tetapi… there is one cute student by the name of Asyraf. Katanya dia sahabat si Xyryll tu dan dia ada mengemukakan rayuan bagi pihak Xyryll.

Kamu kenal dia?” soal Professor Fakhri kepada Meor yang masih duduk di kerusinya itu.

Oh, Asyraf! Kenal! What do you think about him, prof?” Asyraf mengajukan kembali soalannya itu.

I don’t know. Dr. Khairi and I already asked him to please us this weekend. You know lah, Asyraf tu pun, not bad juga kan? Kami pun dah lama tak diservis.” balas Professor Fakhir berseloroh penuh makna dan berahi.

Rileks. Meor perlu lagak bersahaja. Namun, dia tidak mungkin mahu membiarkan pensyarah-pensyarahnya itu sahaja meratah tubuh lelaki yang lama diidamkan itu. Dia juga mahu menikmati tubuh lelaki yang dimaksudkan itu. Sedang dia mendengar ngomelan professor itu, mindanya ke langit membayangkan enaknya nikmat membayangkan tubuhnya bertaut rapat dengan tubuh milik lelaki bernama Asyraf itu. Pun begitu, semuanya tidak lama apabila Meor dikejutkan dengan persoalan yang terpacul keluar daripada Professor Fakhri.

Jadi, kalau sudah tiada apa-apa lagi, boleh la kiranya saya teruskan kerja saya ya, Meor?” sopan caranya meminta Meor untuk beredar dari biliknya itu. Tanpa berlengah, Meor bangun dari kerusi itu dan bersalaman dengan lelaki dihadapannya lalu meminta diri untuk beredar.

Oh, sampaikan juga salam saya kepada ayah kamu ya, Tan Sri Meor Mustapha Hashim…” pesan Professor fakhir sebelum menambah;

Pesan juga kepadanya, hujung bulan ini ada mesyuarat ahli lembaga pengarah, dan dia selaku Pengerusi Kolej Maju Cemerlang ini, perlu hadir sama.

Meor mengangguk tanda faham.

--

Jumaat. Ramai pelajar dan penghuni asrama mengambil keputusan untuk pulang bermalam di rumah masing-masing pada penghujung minggu ini. Xyryll tidak terkecuali. Tambah-tambah pula setelah dinasihati oleh Asyraf untuk menenangkan fikirannya di rumah, Xyryll seolah-olah pasrah dalam malas mengemaskan beg pakaiannya itu. Ada juga Xyryll mempelawa Asyraf untuk pulang ke rumahnya minggu itu, tetapi ditolak baik dengan alasan ada tugasan berkumpulan perlu disudahkan, dan Xyryll tidak mahu banyak bertanya.

Setelah memastikan hanya mereka berdua sahaja di dalam bilik itu, memandangkan Fadhiri dan Arief masih belum pulang dari Solat Jumaat, Xyryll merapatkan tubuh ke arah Asyraf yang sedia berdiri memerhatikannya mengemas beg sedari tadi. Dirangkul tubuh lelaki itu lembut sebelum memberikan pelukan ikhlas dan sayang.

Xyryll memohon maaf kepadanya andaikata dia banyak menyusahkan Asyraf selama perkenalan mereka sedari kecil lagi. Dan dengan tidak banyak soal, Asyraf memberikan satu kucupan pendek pada bibir Xyryll sebelum melepaskan pelukan lelaki itu.

Aku sayang kau, Asyraf.

--

Malam itu, setelah kebanyakkan penghuni asrama sudah tidur termasuk teman sebiliknya, Asyraf bangkit dan bersiap-siap untuk keluar. Dimasukkan beberapa helai baju dan seluar serta pakaian dalam ke dalam beg sebelum menuju ke kafeteria untuk berjumpa dengan Dr. Khairi seperti yang telah dipersetujui dan dijanjikan. Sebaik saja kelibat pensyarah itu kelihatan, dia sama-sama berjalan menuju ke arah kereta Proton Persona hitam milik pensyarah itu dan merelakan apa yang bakal terjadi selepas itu.

Dikhabarkan kepdanya oleh Dr. Khairi bahawa Professor Fakhri sudahpun menunggu kehadiran mereka di sebuah hotel di Seremban. Demi meleraikan kejanggalan di antara kedua-dua insan di dalam kereta itu, masing-masing berbual bicara mengenali hati budi masing-masing sepanjang perjalanan.

Namun, setibanya Asyraf di bilik hotel yang dimaksudkan itu, dia dikejutkan dengan kenyataan Professor Fakhri yang turut menjemput seseorang lain pada saat-saat akhir. Walau apapun reaksi yang bakal diberikan dan mahu ditonjolkan, Asyraf merasakan bahawa semua itu sudah tiada bermakna baginya. Malam itu, dia mengotakan janji dan pengorbanannya demi Xyryll, sungguhpun terpaksa menjadi peneman ranjang Professor Fakhri, Dr. Khairi, dan juga anak si Pengerusi Kolej Maju Cemerlang itu…





Meor…

--TAMAT--

Notakaki: Dengan tamatnya Ku Ampunkan Cintamu 3 ini, maka tamatlah sudah rangkaian novel-blog Ku Ampunkan Cintamu. Maaf dipohon andaikata jalan cerita ini secara tidak sengaja terkait rapat dengan kisah hidup mana-mana individu yang masih hidup atau pun yang sudah tiada. Ditegaskan berkali-kali bahawa cerita ini adalah rekaan semata-mata. Sebahagian nama watak yang diketengahkan ini merupakan nama sebenar sahabat penulis akan tetapi tidak menggambarkan personaliti mereka yang sebenar dalam dunia realiti.

Penulis juga berterima kasih kepada bloggers yang sudi memberikan kerjasama dan pendapat yang membina sepanjang penghasilan karya KAC hingga KAC3.


NUke

4 Comments:

  1. Faizal Sulaiman said...
    eh dah habes:) hehe

    aku sukakan yg ke 3 berbanding yg dulu dan karakter paling keji dalam cerita ini adalah meor. why? dia tak tolong nizam langsung dan dia merelakan saja immoral acts between him and his lecturer(s).

    The one that supposed to feel guilty of is Xyrll cuma bab2 last ini penampilan lelaki itu kurang menonjol, tenggelam dengan simpati pembaca pada watak Asyraf. Xyrll, bagi aku adalah perlambangan/wakil lelaki paling 'tak guna' bila ditimpa masalah. Problem dia create, jadi dia tak reti2 nak solve sendiri, maka harap simpati:) Hanya bergantung pada rupa paras, watak xyrll tidak mulia berbanding asyraf; especially tentang hati dan perasaan.

    Despite all the characters, Asyraf adalah figura tragis dimana dia:

    a) Kecewa bila xyrll curang

    b) Berperang dengan perasaan sendiri sebab hati masih sayang xyrll, tapi cuba menidakkan dalam realiti. Point (b) ini realistik sebab all gay outside nak hidup bersama, tapi terlindung dek bayang hitam seperti faktor kekangan agama dan penerimaan budaya dan bangsa.

    c) Asyraf adalah mangsa keadaan yang 'dihukum' oleh ketidak bijaksanaan Xyrll. Karma ini tak berpatah balik pada Xyrll tetapi 'memantul' semula kepada Asyraf. Pengorbanan cinta katenyewww.hihi

    Nizam on the other hand juga manusia yang terperangkap dalam kerakusan nafsu ini-tetapi powerless untuk berbuat apa2, hanya jadi pak turut dan meminta pertolongan dari orang yg salah, dan dah terperangkap dalam permainan preditor meor.

    Ending KAC3 tak perlu penerangan yg jelas, sebaliknya memberi huraian yang subtle bahawa:

    a) Xyrll lepas dari hukuman
    b) Immoral acts itu akan berlangsung lagi...lagi...lagi...dan lagi

    Good job nuke! untuk siri 3 ni aku lemparkan 3.5 Starts:) Keep on writing!

    POV saya je:)
    Unknown said...
    panjanglah org atas komen ;p

    Terima kasih nuke sbb memeberi 1 inspirasi kehidupan.

    1. Terdapat manusia yg sentiasa dilimpahi dgn penuh rasa cinta dan dia sangat beruntung iaitu Xyrll

    2. Cinta memang buta walaupun cuba dan ingin dipandu dgn bijaksana ia bukan sesuatu yg mudah dan ia adalah Asyraf.

    3. Nizam terperangkap antara cinta dan keinginan.Takdirnya belum berakhir cuma "hilang" dalam masalah.

    4.Punya kuasa tetapi lemah adalah Meor. Hidupnya kerana kuasa. Dan dia merupakan seorang yang tewas.

    keseluruhan utk akhiran cerita, saya masih berharap "pengorbanan" itu hanya sekali, biarlah cinta meraikan kemenangannya walaupun ianya hanya dalam "mimpi"
    RAWNA said...
    tragis
    NUke_Rude said...
    Faizalsulaiman:
    yeah. terima kasih atas pendapat dan huraian anda. dan terima kasih juga kerana membaca. juga terima kasih kerana memberikan kesimpulan kpd ending KAC ini. :)

    tengku:
    betul. aku setuju dgn huraian yg ko berikan tu. dan semua itu mmg blh dilihat dlm kehidupn seharian. cinta, mencinta, dicintai.

    k.A:
    ya. tragis.

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.