Siri 7
Xyryll hanya membiarkan dirinya
dirangkul perlahan oleh Nizam. Tubuh kedua-dua jejaka itu semakin rapat dan
menyentuh, dengan mata-mata mereka kini saling bertentang. Sungguhpun mulut diam
membisu seribu bahasa, tapi gerak jari-jemari Nizam pada tubuh Xyryll sudah
mampu menyampaikan kehendak nalurinya. Menginginkan dan diinginkan.
Baju-baju yang awalnya melekap di tubuh
badan tanpa disedari sudah tertanggal. Memperlihatkan putih kulit dek limpahan
cahaya lampu kalimantang di dalam tandas itu. Xyryll kemudiannya menolak Nizam
ke belakang, memaksa dirinya masuk ke salah satu cubicle sebelum membalas
pelukan yang diberikan.
Dia hanyut. Hanyut dalam berahi sang
pemburu nafsu. Dia membalas kucupan yang diberikan Nizam pada malam itu. Segera
dilonggarkan seluar dan boxernya bagi memuaskan nafsu dan memuaskan hati lelaki
yang berada di hadapannya itu. Nizam juga menuruti langkah yang sama.
Meraba-raba.
Sesi pembiakan terlarang itu berlangsung
dengan masing-masing berkeadaan berpeluh dalam berdiri, sehinggalah puncak
kenikmatan hampir dikecapi Xyryll, dia segera menolak Nizam ke tepi. Tersedar
bahawa semua yang berlaku itu adalah salah. Dan bukan kehendak akal fikirannya.
Ianya hanyalah nafsu, dan Nizam berjaya mengambil kesempatan dari itu.
Terlambat untuk kembali waras, dia segera mempercepatkan gosokan pada alat
sulitnya, menuju puncak dan menghabiskan ejakulasi yang terbantut sebentar tadi. Nizam yang hanya
mampu berpaling setelah kenikmatannya diganggu sebentar tadi, bingkas berdiri
memperbetulkan posisi dan melakukan perkara yang sama; menghemburkan
benih-benihnya ke atas lantai tandas yang sepi itu.
Xyryll segera mengenakan seluarnya dan
mencapai baju yang diletakkan di atas para dan menyangkutkan ke bahu kiri
sebelum melangkah pergi. Pintu tandas dibuka pantas dan terus beredar.
Melangkah laju dalam samar-samar koridor bangunan yang menempatkan bilik-bilik
tutorial itu.
Tanpa disedari, kelibatnya yang bergegas
meninggalkan tandas itu terlihat oleh dua orang pensyarah yang dalam perjalanan
pulang ke perumahan pensyarah dari Bangunan Pentadbiran kolej. Curiga dengan
kelakuan pelajar itu, Profesor Fakhri, Penolong Pengarah Kolej cuba menjejaki
Xyryll namun dia kehilangan lelaki itu dalam kepekatan malam.
Manakala Dr. Khairi mengatur langkah
menuju ke arah tandas pelajar lelaki itu untuk memeriksa akan apa yang telah berlaku di
situ. Alangkah terkejutnya beliau apabila mendapati ada seorang lelaki masih
bersandar di dinding dalam keadaan bertelanjang bulat, dengan organ pembiakan
yang masih keras terpacak. Nizam yang masih menikmati kepuasan malam itu
walaubagaimanapun tergamam dan terkejut apabila menyedari kehadiran pensyarah
Matematik itu, lalu segera bangun mengenakan seluar dan baju miliknya.
“Apa kamu buat ni, ha?!!”, tengking Dr.
Khairi.
Bonjolan yang satu ketika yang pernah
keras itu... kini lembik lesu, tidak bermaya.
Nizam ditangkap buta-buta oleh Dr.
Khairi dan Profesor Fakhri. Setelah sempurna menyarungkan pakaiannya, dia
diheret keluar daripada tandas itu sebelum disoal beribu soalan oleh kedua-dua
tenaga pengajar lelaki itu. Setelah segala macam butiran peribadi seperti nama penuh, nombor
telefon bimbit, nombor pelajar, dan nombor bilik diambil oleh Profesor Fakhri,
Nizam dibenarkan pulang ke bilik asramanya. Dia dikehendaki untuk berjumpa
dengan professor itu pada keesokkan petang di bilik pensyarah itu di Bangunan
Pentadbiran kolej.
Masih terperanjat dengan apa yang baru
dilihatnya sebentar tadi, Dr. Khairi hanya mampu melangkah perlahan
meninggalkan perkarangan bangunan akademik. Akan tetapi, langkahnya terhenti
seketika setelah kakinya tersepak sesuatu di atas permukaan tanah. Dan setelah
diamati sebaiknya, ia adalah gugusan kunci bilik. Dan dia yakin, itu adalah
milik seorang pelajar lelaki. Barangkali pelajar lelaki yang bergegas lari
meninggalkan tempat gelora nafsu itu sebentar tadi.
-
Xyryll memulas tombol pintu yang tidak
berkunci itu. Badannya masih dibasahi peluh. Kesmua rakan sebiliknya masih
tidak tidur, sibuk dengan hal masing-masing. Arief sedang asyik melayan
lagu-lagu dalam pemain MP3 miliknya, manakala Fadhiri sedang sibuk membancuh
Milo. Dan Asyraf... sedang memandangnya.
“Kenapa dengan kau ni? Berpeluh semacam
je?” soal Asyraf.
“Oh, tak ada apa-apa! Aku berlari tadi
dari blok sebelah.” Balas Xyryll. Dusta.
Jantungnya berdegup kencang, cuba untuk
serasikan badan, keletihan selepas ejakulasi dan mengatur ayat dan intonasi
supaya helahnya kedengaran benar. Xyryll kemudiannya merebahkan diri ke atas
katil dan berbaring untuk mengeringkan peluh, sebelum menuju ke bilik mandi
untuk membersihkan diri.
Terpalit senyuman nipis di bibirnya
ketika mengunci pintu bilik air itu, tanda puas. Mungkin.
--Bersambung...
NUke
dalam topik : ku ampunkan cintamu 3, novel
5 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
series ni cm lucah sikit. haha
but it's not about the story. lol
haih~
faizalsulaiman:
hahaa. itu mmg personaliti dirinya.
syuk:
thanks for the suggestion, a friend of mine pun suruh buat benda yang sama. tgk la camne.
joey:
huh..?