Siri 3

Sekembalinya Asyraf ke rumah keluarganya di Kuala Lumpur, hatinya sedikit sebanyak merasakan sayu. Tidak disangka dia kini dalam kondisi yang tidak bertegur sapa dengan teman karibnya. Barangkali bekas teman karib. Ah, serabut bila difikirkan! Dia hanya mempunyai tiga minggu untuk menenangkan fikiran daripada kekusutan perhubungan cinta songsang yang dilalui sepanjang semester lalu. Lebih teruk, Xyryll adalah teman karib dan rakan sebiliknya. Mengeluh panjang.

Tambah-tambah pula, si ibu sering bertanyakan perihal Xyryll ketika mereka menjamu makan malam di dapur. Ayah juga sesekali menyampuk kehairanan menyedari Xyryll sudah tidak datang bermalam di banglo ini; tidak seperti dahulu kala.

Entah lah ayah, dia pun nak luangkan masa dengan keluarga dia juga.” Sebaris saja ayat yang dibalas Asyraf pabila kedua-dua orang tuanya bertanyakan perihal Xyryll.

Konflik. Jika dua individu diletakkan terlalu rapat dan bersama, adakalanya, rimas mula menguasai diri. Kebebasan dan ruang berjauhan dirasakan perlu untuk sama-sama memperbaiki kelemahan dan segala macam gaduh yang pernah dilalui.

Telefon bimbit dicapai.

Xyryll, how r u?

Options; Cancel.

Lima minit berselang, sambil-sambil Asyraf melayan majalah di atas kamar beradunya, deringan notifikasi pesanan ringkas pun berbunyi. Segera dicapai dan nafas panjang diambil sebelum membaca isi kandungan mesej yang diterima daripada…

…Meor?” pelik.

Tiba2 terigt kt kau. Rindu kot. Goodnight! :)

--

Malam itu adalah malam Jumaat pertama dalam semester baru. Semester akhir buat mereka semua. Mereka-mereka yang berada di dalam bilik itu mengambil keputusan untuk sama-sama ke surau, mengerjakan solat Maghrib dan Isya’ secara berjemaah. Tambahan pula ada bacaan Yaasin.

Saf dirapatkan. Tumit-tumit kaki para jemaah berada segaris. Bahu bersentuh bahu, antara satu sama lain. Saf di hadapan yang kosong, segera dipenuhkan oleh si jemaah di barisan belakang.

Untuk khusyuk dalam kewajibannya sebagai seorang Muslim, adalah perlu untuk Asyraf membuang segala rasa dendam dan kurang selesa terhadap Xyryll yang berdiri di sebelahnya. Akan sedaya upaya dia mahu melupakan segala yang pernah terjalin antara mereka. Akan sedaya dan semahunya dia kembali ke jalan-Nya. Mencari kedamaian dan ketenangan yang sudah hilang dalam hatinya.

Allahu Akbar!” Imam melaungkan takbir, bermulanya himpunan Mukminin dan Mukminat dalam mencari satu kedamaian, di samping melaksanakan lagi tanggungjawab mereka sebagai seorang Islam.

--

Sepatu disarungkan di kedua-kedua kaki. Sejadah pemberian ibu segera diletakkan di atas bahu kiri. Asyraf hanya menanti teman-teman sebiliknya untuk keluar dari surau; untuk sama-sama menikmati makan malam, seperti yang dijanjikan. Jauh di benak sanubari, dia sebenarnya merindui keakraban antara mereka. Ralat. Barangkali hanya keakraban antara dirinya dengan Xyryll.

Assalamualaikum”, sapa Xyryll yang lengkap berbaju Melayu hitam, dipadankan dengan kain pelikat hijau.

Waalaikumussalam”, balas Asyraf. Seolah-olah asing, walaupun seketika dulu pernah bertaut tubuh-tubuh itu.

Asyraf.
Aku minta maaf. Sejujurnya aku betul-betul minta maaf atas apa yang dah berlaku.” Nada suara Xyryll sedikit bergetar menyampaikan maaf secara ikhlas dan tulus daripada sahabatnya itu.

Aku pun. Maaf sebab tumbuk muka kau tempoh hari.” Jatuh juga ego dendam dan marah Asyraf ketika ini.

Jadi, kau masih boleh terima aku?”, soal Xyryll mendapatkan kepastian.

Asyraf memandang seketika wajah Xyryll yang masih kelihatan keliru. Dialihkan semula pandangan ke muka pintu surau, memerhatikan dua lagi rakan sebiliknya yang sedang terkial-kial mencari selipar masing-masing. Membiarkan Xyryll ternanti-nanti jawapan daripadanya.

Boleh.
Hanya sebagai kawan.
Dan aku sendiri pun rasa kalau berlebih daripada itu mungkin takkan berjaya.” Asyraf berterus-terang merujuk kepada cinta yang pernah berbunga di antara mereka.

Terima kasih, Asyraf!” Refleks Xyryll terus menyentap tubuh Asyraf yang sedikit kecil daripadanya itu, lalu memeluk ikhlas tanpa segan silu. Lama rasanya tidak terasa bahang tubuh sahabatnya itu. Lama pelukan yang diberikan Xyryll itu. Yang termampu dibalas Asyraf hanyalah satu dua tepukan perlahan ke belakang tubuh Xyryll, sebelum sopan menolak tubuh Xyryll.

Dan masing-masing kini mengerti. Antara mereka, ada garisan pemisah yang tidak kelihatan. Mereka kini tidak lebih daripada seorang kawan.

Ryll…

Ya?

Lain kali jangan lupa pakai spender atau boxer, eh?”

Kenapa?

Aku dapat rasa lah! Kau stim!

Kau bagitahu aku, siapa je tak stim kalau dapat peluk kau?!

 “Hahahahaha…


Tanpa disedari, perlakuan mereka di perkarangan surau yang sedikit mesra itu terlihat oleh Ustaz Zainuddin dan beberapa pensyarah dan pelajar lain yang kebetulan mahu keluar dari surau, menyambung urusan duniawi masing-masing.

Astaghfirullah al’azim. Budak-budak zaman sekarang ni, makin pelik ditengoknya.

Alah, Ustaz. Apa nak dihairankannya? Bukannya berpeluk antara lelaki dengan perempuan.”, sampuk pensyarah muda Matematik, Dr. Khairi, rakan sekerjanya.

Ish! Sekarang ni, macam-macam boleh jadi! Yang berpelukan sesama jantina ni lah yang lagi kita kena perhatikan!”, balas Ustaz Zainuddin, meyakinkan hujahnya.

Heh, betul cakap Dr. Khairi tu Ustaz. Apa benda yang nak dihairankan? Mereka berdua tu memang pasangan kekasih pun…”, suatu suara lain menyampuk perbualan dua tenaga pengajar itu.

Berpaling masing-masing. Baik Ustaz  Zainuddin, mahupun Dr. Khairi. Keliru dan terkejut dengan ayat spontan yang didengari dari belakang tubuh masing-masing.

Ustaz memang tidak tahu ke? Khabarnya, mereka berdua tu memang tengah hangat bercinta! Dari semester lepas lagi.” sambung seorang lagi individu lain sambil terkial-kial mencari selipar miliknya di perkarangan surau yang sedikit gelap itu.

Ya ke?! Mana kamu tahu ni? Kamu jangan nak buat-buat cerita! Fitnah namanya tu!”, Dr. Khairi cuba mendapatkan kepastian; dalam masa yang sama cuba menegur kalau-kalau apa yang disampaikan dua lelaki itu tadi hanyalah khabar angin cuma.

Alah, Dr. Khairi ni… Saya kenal sangat dengan budak-budak lelaki tu.

Tu! Yang pakai baju Melayu hitam tu!” Mulutnya dijuih menunjukkan ke arah Xyryll yang kini sudah pun ditemani rakan-rakan sebiliknya, dan kini menuju ke arah kafeteria untuk menikmati makan malam bersama.

Namanya Xyryll. Ramai yang tahu dia tu songsang. Minat kepada lelaki. Tapi, ada juga yang cakap dia tu minat kepada perempuan.”, sambung lelaki itu.

Saya sendiri pun tak tahulah, Ustaz. Yang mana satu betul, yang mana satu salah.”, sampuk lelaki kedua tadi, setelah terjumpa sepatu yang dicari-cari sebentar tadi.

Okay lah, Ustaz dan Dr. Khairi. Kami minta diri dulu, nak cepat balik ke bilik, ada kerja tutorial nak disiapkan.” Tangan dihulur oleh kedua-dua lelaki itu untuk bersalaman dengan kedua-dua pensyarah. Mereka kemudiannya berlalu pergi meninggalkan kedua mereka berfikir tentang apa yang baru diperkatakan dan dibincangkan sebentar tadi.




Aku jamin, lepas ni Xyryll tu mesti kena punyalah!” bicara Meor bersendirian setelah berjaya memberikan tanggapan buruk terhadap Xyryll kepada dua pensyarah itu tadi. Dia kemudiannya berpaling kepada sahabat konspirasi yang berjalan di sebelah kirinya itu dan melemparkan satu senyuman puas.

Terima kasih, Nizam.



--Bersambung...


NUke

4 Comments:

  1. Faizal Sulaiman said...
    sapa nizam ni? warghhh!! hehehe

    nizam ni mesti skendel lama xyrll but however i hope xyrll and asyraf realize they can't even get together.

    Sambung copek yo:)
    Ren said...
    ish ish ish hot stuff mmg selalu jadi rebutn....hahaha
    Unknown said...
    ouch! episod seterusnya
    NUke_Rude said...
    faizalsulaiman:
    ya. nizam tu pernah appear dlm kac2 sebelum ni. :D

    janggel:
    haha, bro, dah namapun hot stuff! :)

    tengku:
    baik!! dah sambung!

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.