Siri 9


Sambil memerhatikan pelajar lain yang lalu lalang, Xyryll menyudahkan suapan makan tengah harinya yang terakhir itu. Dia mengunyah pantas lalu menelan butiran-butiran nasi yang tercampur gaul dengan kari ikan itu. Bangkit menuju ke arah sinki untuk membersihkan tangan dan mulut dan kembali ke tempat duduknya, menghadap Asyraf yang masih berbaki dua, tiga suapan yang perlu dihabiskan. Xyryll kemudiannya meminta kunci bilik daripada Asyraf untuk dipinjam sebentar, dek kerana mahu segera pulang ke bilik untuk berehat. Asyraf hanya menuruti, memandangkan dia mahu singgah ke surau terlebih dahulu untuk solat Zuhur.

Jumpa kat bilik nanti, ya!” kata Xyryll.

Okay. Nanti kunci aku tu, kau letak saja di atas meja aku.” Pesan Asyraf, mengingatkan Xyryll akan kunci miliknya itu. Dia tidak mahu kehilangan kunci bilik juga, sama seperti sahabatnya itu.

--

Nizam memohon maaf daripada Meor dan memujuk lelaki itu untuk menggunakan pengaruhnya bagi meringankan hukuman yang diterimanya. Namun, Meor yang masih keras itu dengan mentah-mentah menolak pujukan dan rayu Nizam yang sudahpun kelihatan serabut dan sugul. Dia kemudiannya meneruskan tawanya dan berlalu pergi meninggalkan Nizam buntu merenung nasib dirinya sendiri di situ.


--


Xyryll memandang ke arah deretan kasut dan selipar yang tersusun di luar pintu bilik. Dikesan olehnya akan Fadhiri dan Arief yang sudah pun berada di dalam bilik itu. Tiada kuliah untuk dihadiri barangkali. Salam diberi tanda hormat dan adab masuk ke dalam bilik.

Dan seperti yang dijangka, kedua-dua teman sebiliknya itu memang ada. Masing-masing membalas dan menjawab salam itu dengan hampir serentak. Cuma Fadhiri sahaja yang menjawab penuh. Juga seperti yang dijangka oleh Xyryll.

Hairan! Bukan hari ini sepatutnya kuliah korang tamat jam 3 petang ke?” soal Xyryll pelik melihat mereka berdua sudah pun berada di dalam bilik itu. Dia cukup tahu akan jadual kuliah mereka sementelah masing-masing ada menampalnya di pintu almari.

Kuliah batal.”, Fadhiri ringkas menjawab persoalan Xyryll itu. Dia kemudiannya menghampiri lelaki yang sedang menanggalkan kemeja hijau gelapnya itu lalu menghulurkan sepucuk surat dalam sampul putih.

Juga gugusan kunci bilik milik Xyryll yang tercicir itu. Seperti yang dijangka Fadhiri, riak wajah terkejut Xyryll tertonjol jelas. Namun, belum sempat Xyryll bertanya dan berkata apa-apa, Fadhiri mencelah.

Dr. Khairi yang pass surat dan kunci ni kepada aku sewaktu aku baru tiba di muka pintu bilik untuk masuk. Dia cakap, kunci ini barangkali milik kau.” Jelas Fadhiri sambil menyangkutkan tuala kecil yang digunakan bagi mengelap peluh ke atas bahu.

Katanya lagi, surat ini juga untuk kau. Apa isi kandungannya… aku tak pasti. Lagipun, tak kan aku nak baca pula kan? Surat untuk kau, dan bukan untuk warga bilik ini.” Terang Fadhiri akan surat itu.

Xyryll mengakui kejujuran dan sikap amanah yang dipertonjolkan Fadhiri. Ianya satu sikap yang harus dipuji dan dicontohi. Namun, persoalannya kembali tertumpu ke arah surat. Dan juga Dr. Khairi. Bagaimanakah pensyarah itu tahu bahawa dirinya itu adalah pemiliknya? Di mana pula agaknya kunci itu dijumpai? Dan apakah mungkin semua itu ada kaitannya dengan Nizam dan kejadian yang telah berlaku di antara mereka pada malam itu? Dia menggelabah di dalam hati.

Fadhiri kemudian berlalu pergi, kembali ke arah katilnya untuk sambung berbaring dan menghilangkan letih.

Perlahan-lahan Xyryll membuka lekatan sampul surat putih itu dan tidak sabar untuk mengetahui kandungannya. Sambil bola-bola matanya ligat membaca butir ayat satu per satu, dia merasakan degupan jantungnya seakan-akan terhenti seketika.

Ruj: KESALAHAN DISIPLIN & NOTIS PEMBERHENTIAN PENGAJIAN

Macam mana boleh jadi macam ni?” soal Xyryll bersendirian.

Tidak lama selepas itu, Asyraf muncul menolak daun pintu bilik dan masuk setelah kasut ditanggalkan dari kaki. Dia kaget melihat wajah pucat lesu Xyryll yang masih menatap dan membaca surat yang masih dipegang kuat kedua-dua tangannya itu.

Xyryll, kau okay ke?” tanya Asyraf.

Xyryll hanya membisu dan meneruskan pembacaannya. Di sudut bawah surat itu, tertulis akan arahan untuknya berjumpa dengan Penolong pengarah, Professor Fakhri pada masa dan tempat yang telah ditetapkan pada hari Isnin minggu hadapan.


--Bersambung...


NUke

3 Comments:

  1. Faizal Sulaiman said...
    tetiba aku kesian pulak dengan xyryll
    Unknown said...
    dunia memang begini
    NUke_Rude said...
    faizalsulaiman:
    yeah. ada ketika, seseorang itu perlu menjadi loser.

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.