Siri 1
Sunyi… Kesepian yang menghuni bilik itu
membuatkan Xyryll dan Asyraf bertambah buntu. Membisu seribu bahasa. Yang
kedengaran hanyalah bunyi bilah-bilah kipas siling yang meniupkan angin panas
petang Khamis di Bumi Melaka itu.
Hati Asyraf terasa begitu sebak
mengenangkan segala macam kemungkinan antara perhubungan cintanya dengan
Xyryll, sementelah kebenaran diberitahu oleh Meor yang dalam diam juga meminati
dirinya itu.
Di suatu persona yang lain, Xyryll
seolah-olah dapat mengerti akan kewajaran Asyraf bersikap dingin terhadapnya.
Mungkinkah rahsia yang dipegang rapi selama ini sudah terbongkar? Sudah dapat
dihidu baik oleh Asyraf; si kekasih songsangnya itu? Tidak pasti. Hanya
beranggapan sendiri.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya
jatuh ke tanah jua.
“Awak…”, Xyryll memulakan bicara. Yang
terbalas hanyalah sepi.
“Awak… Awak jangan lah buat saya macam
ni, awak. At least cakap lah something.”, rayu lelaki itu.
“Sayang, please…”, bisik sang lelaki
yang sama.
Muka ditoleh, memandang tepat wajah Xyryll
yang melutut di tepi katilnya itu. Bingkas dia membangunkan tubuh, membiarkan
dirinya dalam posisi bersila di atas kamar beradu itu. Tangan-tangannya laju
mencari bantal untuk dipeluk, diletakkan di atas riba. Sekaligus menafikan hak
dan peluang untuk terangsang andaikata Xyryll memulakan rabaan pujuk dan rayu
di bahagian sulit. Siapa tahu kemungkinannya? Itu cuma persediaan awal bagi
memastikan dia tidak terus hanyut dengan permainan Xyryll kali ini.
“Sudah lah tu, Ryll.”
“Sampai bila kau nak menipu aku lagi?
Semuanya aku dah tahu…” berhenti seketika.
“Aku rasa… aku dah tak boleh nak
menerima kau lagi. Aku dah tawar hati.”, sambung Asyraf.
“… dan aku tak sepatutnya menerima semua
ini. Aku tak bersedia untuk semua ni.”
Terdiam kedua-dua jejaka itu.
Berpandangan sesama sendiri. Tidak tahu siapakah yang sepatutnya menyambung
perbualan itu. Xyryll melabuhkan punggungnya ke lantai. Sama bersila.
Tangan-tangannya cuba menyentuh lutut Asyraf di atas katil. Namun, segera
ditepis perlahan, tanda tidak meninginkan.
“Xyryll. Betul kan? Aku ni bukan the
only guy yang kau ada?”
Tertunduk. Malu barangkali? Atau sengaja
melengahkan waktu memikirkan jawapan yang dia sendiri pun tidak pasti.
“But you are my sweetheart, Asyraf.” –
ringkas. Mengelak. Mencuba.
“Jangan jadi dungu. Aku tanya lain, kau
jawab lain.” – padat. Melempar. Tertampar.
“Dengan siapa lagi kau pasang dalam
kolej ni?”. Soalan kedua.
“Asyraf… please lah. Aku minta maaf.” –
ikhlas. Tertunduk egonya.
“Maaf?”. Satu tumbukan padu tepat
mengenai pipi kiri Xyryll. Asyraf sendiri pun tidak menyangka yang dia mampu
bertindak sedemikian rupa. Rasa bengang yang terpendam dalam hati itu kini
sudah terlepas dalam bentuk hukuman yang wajar, mungkin? Dia tak mampu
membiarkan dirinya dipermainkan. Salah. Dia sebenarnya tidak mampu dan mahu
membiarkan perasaannya itu dihancurkan sebegitu sahaja.
Sementelah Xyryll, si sahabat lama,
sahabat karibnya selama ini merupakan lelaki pertama yang pernah dicintainya.
Walaupun secara tidak sengaja barangkali.
"Let's just... break up." Bicara penamat itu yang terungkap dari mulut Asyraf. Walaupun jauh di benak sanubari, hatinya meraung mahu meluahkan segala yang terbuku; "Bodoh! Aku masih sayangkan kau!"
--Bersambung...
NUke
dalam topik : ku ampunkan cintamu 3, novel
4 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
:D saspen skit...
syuk:
dah sambung dah.
tengku:
dah sambung dah..